Jodoh oh Jodoh…

Setiap hari persoalan yang sama akan aku dengari dan akan dihujani… “bila lagi nak kawin??”… balik rumah, mak ayah tanya benda yang sama, bila jumpa kawan-kawan pun persoalan yang sama. Tidak kiralah kawan-kawan yang disekitar mahupun kawan-kawan zaman sekampus… kekadang terasa diri ni sudah tidak mampu menjawab persoalan yang sama setiap masa… tetapi dek menjaga hati orang lain, aku gagahkan juga menjawab dengan jawapan yang sangat mudah dan jelas “belum sampai seru, kan jodoh ditangan Allah, kena sabar jer”…

 

Kawan-kawan sekuliah 4 tahun lepas semua sudah mendirikan rumah tangga… bila dihujani persoalan yang aku sendiri tidak mampu untuk mengubah apa-apa pun sama ada mempercepatkan atau melambatkan, aku cuma tersenyum….

 

Yang membuatkan aku termenung, persoalan tentang ‘jodoh’ ni juga begitu hangat dekat pejabat … kawan-kawan sekerja yang sudah berkahwin asyik menghentam dengan soalan yang sama, siap yang sudah bergelar suami orang dengan mudah berkata “usia-usia macam kamu ni kena diselamatkan, tak ape kalau jadi isteri ke-2, banyak pahala yang akan kamu dapat iaitu ‘payung emas’ dari syurga lagi”… dalam asyik diceramah tentang kebaikan poligami, aku hanya diam dan tidak mengiakan mahupun menolak. Bagiku, bila melihat dipersekitaran dan pengalaman orang lain terlalu banyak risiko yang kena dihadapi… banyak kes yang selalu ada dekat dada-dada akhbar adalah kesan dan keruntuhan rumahtangga yang berpoligami… banyak suami curang dan abaikan tanggungjawab… Tidak salah berpoligami jika mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Buatlah sesuatu yang akan selamatkan kehidupan, bukan membinasakan diri dekat dunia dan akhirat kelak. Terfikir aku sejenak dengan firman Allah….

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa:3)

emmm… ada juga kawan dengan mudah berkata “kamu tuh jual mahal, sebab tuh tak laku!”… soal jual mahal tidak pernah timbul tetapi ciri-ciri lelaki yang akan jadi pilihan yang akan diutamakan… biar lelaki yang betul-betul ada rasa tanggungjawab dan boleh dijadikan sebagai ketua keluarga dan disempurnakan dengan didikan agamanya, itulah yang paling penting untuk mewujudkan keharmonian rumahtangga kelak…

terimbas pula sebuah cerita kisah gadis Bani Ma’­zhum yang sehingga kini aku jadikan sebagai iktibar. Bagaimana kerisauan gadis ini yang begitu tinggi tentang jodohnya sedangkan jodoh belum tiba juga untuknya. Pelbagai ikhtiar yang telah dibuat untuk bertemu jodoh dan akhirnya dia bertemu jodoh juga dengan seorang pemuda yang tampan… tetapi kenikmatan yang dia kecapi hanyalah seketika saja, umpama bermimpi disiang hari apabila suaminya telah meninggalkan dia  tanpa alasan dan kesan selepas menggunakan sebahagian harta Rithah… lelaki itu, cuma berkehendakkan harta yang melimpah ruah bukan kerana keikhlasan…Dan tinggallah Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. kemudian ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya.. gadis Bani Ma’­zhum ini ialah Rithah Al-Hamqa…

Janganlah terlalu mengikut kehendak hati dalam menghadapi masalah jodoh… usahlah jodoh itu dikejar… Kisah Rithah sepatutnya memberi kesan yang mendalam untuk memberikan pengajaran bagi wanita yang belum menempuhi alam rumahtangga termasuklah diriku sendiri. Jodoh merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau malah tidak berhak untuk orang sekeliling mempersoalkan. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang dengan sendirinya tanpa di undang.  

Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.  

Sebagai seorang hamba, hanya yang mampu aku lakukan berdoa dan terus berdoa kerana aku yakin Allah Maha Mendengar dan dekat dengan kita… ini jelas dalam firman Allah, 

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah:186) 

Perlu memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri sedangkan usia telah semakin senja…  Firman Allah dalam,

“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (Surah AI-Baqarah:45) 

kena yakin dengan Allah… ilmu Allah terlalu luas… siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang berlaku dan yang kita tempuhi… sedangkan sudah jelas dalam Firman Allah,

 “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…..” (Surah Al-Baqarah:286) 

Renungkan dan ambillah iktibar dari kisah ‘gadis Bani Ma’­zhum’…

wAllahua’lam… 

About these ads

13 Respons

  1. I understand what you feel sist because I do feel the same like you do..May Allah help us and gives the best for us. Amin

  2. Salam sayang Sue…

    seronok baca cerita Sue…erm bersabarlah Sue ya..insya Allah jodoh pasti akan datang juga, cuma cepat dan lambat sahaja….salam kasih…rindu kat Sue hehehe

    • salam syg kak iman..

      tang jodoh ni.. sue pun tak dapat nak komen lebih.. masih tak putus doa pada Allah, moga dpt juga seorang teman hidup dunia n akhirat.. amin…

      insyaAllah, pasti bertemu juga ngn seorg lelaki yg mampu jaga sue sebaiknya, yg dpt perbaiki agama sue dan baik untuk kehidupan sue skrg mahupun akan dtg… Allah itu dekat ngn kita, mgkin ini ujian tuk sue nak tgok jau mana sabar sue terhadap org sekeliling yg dok mengata ‘anak dara tua’ n ujian hati sue, tahap mana kekuatan hati sue terima liku kehidupan susah ni… yg penting senyummmm… :)

      rindu kak iman jgak.. moga akak sntiasa bhgia ngn fmily… amin…

  3. Salam sayang Sue…

    Biarlah apa orang nak kata Sue yang penting kita tahu jaga diri kita dan tak kacau orang lain. Mungki Allah hendak berikan jodoh yang terbaik untuk Sue.

    Macam akak ni Sue, dahlah diri tidak sesempurna orang lain..bila hendak khawinpun di kata orang nanti menyusahkan suami sahaja. yang paling menyedihkan bila ada mulut2 mengatakan kalau dah ibu bapa tidak sempurna nanti anak yang lahirpun akan mengikut jejak…nauzubillah…

    mulut org sue kita tak boleh nak halang dari bercakap…biarlah Allah Maha Merngetahui…sabar itu kunci segalanya……….

    • salam sayang kak iman….

      soal zuriat tuhh anugerah Allah, takde kaitan ikut jejak makbapa plak :)
      yg pntng kita slalu berdoa mohon zuriat yg baik, insyaAllah dpt gak tuhh… amalkan lah doa nabi zakaria, baik tuk zuriat…

      tang mulut org ni susah nak komen kak.. hehehe… andai mulut tempayan senang jugak nak ditutup tapi mulut org ni payah… terlalu byk liku hdp sue dah lalui ngn pengalaman cinta tak kesampaian ni… sue dah bosan kak… segala makian pihak2 tertentu, mulut manis lelaki2 yg pernah hadir dlm hdp sue.. suma sue dah muak….. biarlah Allah yg tentukan jodoh sue.. tak semestinya perlu bercinta dulu baru kawin kan…. moga Allah permudahkan jodoh sue… sue dah letih kak…
      terlalu byk ujian dilalui… sue serah pada yg Esa… bagi sue, DIA sentiasa menjaga sue… cukuplah DIA penyelamat sue didunia n akhirat…

  4. Salam…kak su, maaf saya tak balas mesej kak sue tentang wali Allah yang pernah jadi penyanyi..saya tak tau tentang tu..maaf ya kak…tentang jodoh..sama2lah kita sabar ya kak…Sama2lah kita cari dan kejar cinta Allah, mudah2an Allah akan temukan kita insan yang sangat cintakan Allah ..Ameen..rindu kat akak =)

  5. Nice quotes. Thanks for writing cos some people needs this somehow.

  6. assalammualaikum w.b.t

    tertarik dgan aper yg sue tulis.. sedikit sebanyak mmg membantu melegakan aper yg bergelodak didalam hati ni..

    thanx =)

  7. salam sue..
    kita serupa..sememangnye sabar itu adalah segala2nya..

  8. salam

    saya tersentuh membaca penerangan saudari mengenai jodoh kerana saya juga sedang mengalami situasi yang sama seperti saudari. adik-beradik semua dah kawan2 ada yang dah masuk anak kedua. kadang2 terfikir apalah kekurangan diri, bilalah dapat menikmati kebahagian seperti orang lain. saya hanya mampu berdoa kepada Allah, semoga Allah memperkenankan doa saya ini, amin…

  9. salam…

    Seronok baca cerita Sue…kerna ainul pun mngalaminya di saat…bersabar & sentiasa ingat padaNYA…seperti firmaNYA…
    “Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati (QS. Al Mulk: 13)”..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 268 other followers

%d bloggers like this: