Akibat tidak mensyukuri nikmat ALLAH

“DAN demi sesungguhnya! jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian kami tarik balik pemberian itu daripadanya, didapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.” (Hud: 9)

Huraian

Allah s.w.t. menjelaskan secara tepat sikap manusia yang gopoh dan lemah. Hanya hidup dalam detik-detik masa kini sahaja dan apabila dilanda sesuatu kesusahan ia lantas tidak teringat kepada detik-detik masa silam dan tidak dapat memikirkan masa hadapan.

Ia berputus asa daripada kebaikan dan tidak mengenang nikmat pada masa silam sebaik sahaja nikmat itu hilang daripadanya walaupun merupakan anugerah daripada Allah kepadanya. Ia menjadi begitu bergembira apabila mendapat nikmat daripada Allah dan merasa angkuh sebaik sahaja ia boleh mengatasi rintangan, mencapai kejayaan dan kesenangan.

Sebaliknya, ia tidak tahan menanggung kesusahan, tidak sanggup bersabar ketika menghadapi detik-detik kepayahan dan tidak sanggup menunggu detik-detik keselamatan. Ia tidak tahu menjimatkan kegembiraan dan kemegahan apabila mendapat nikmat dan tidak tahu pula membuat perhitungan terhadap kemungkinan hilangnya nikmat-nikmat tersebut.

Akhirnya apabila Allah s.w.t. menarik balik nikmat daripadanya, ia mula dilanda perasaan susah hati dan amat berputus asa kerana nikmat yang dirasai selama ini tidak disyukuri.

Kesimpulan

Memang menjadi sikap manusia yang mudah lupa daratan apabila diberi nikmat . Sebaliknya mereka menjadi berputus asa dan kecewa apabila nikmat itu ditarik oleh Allah s.w.t.

Mereka tidak berfikir semua pemberian dan kehilangan nikmat itu adalah ujian daripada Allah.Lantaran itu , kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menggunakan sebaik mungkin nikmat yang diberi.

Apabila ditimpa kesusahan dengan kehilangan harta dan segala yang disayangi hendaklah kita menyedari bahawa semua nikmat itu adalah ujian Allah s.w.t. untuk menguji sejauhmana keimanan dan kesyukuran kita kepada-Nya.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

About these ads

2 Respons

  1. bersyukurlah dengan apa yang kita miliki……menarik blog nie…

  2. Alhamdulillah, moga blogs ini akan menjadi iktibar dan perkongsian sedikit ilmu utk amalan kita sebagai bekalan di hari akan datang… ameennn….

    Sbg manusia yg diciptakan dengan kelemahan, kita susah untuk mendidik diri kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yg kita miliki….

    Kita tidak pernah merasa ‘puas’ dengan apa yg ada dihadapan mata… malah takbur bila rasa diri sudah ‘lengkap’ dari segala package….

    (Al-Futahal Makkiyah) Allah berfirman yang bermaksud:
    “Sesungguhnya manusia itu kebanyakannya berada di dalam kecukupan tetapi mereka masih mencari akan apa yang membawanya kepada kedurhakaan, sesungguhnya manusia itu juga tidak pernah berasa cukup dengan sedikit, tetapi tidak pula mereka berasa puas dengan yang banyak.”

    Firman Allah yang bermaksud:
    “Bahawa kebanyakan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur, jika kami berikan satu lembah emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas sekalipun, namun dia tidak juga berasa cukup lalu memintanya lagi.”

    Sama-sama memperbaiki diri dan amalan masing2 untuk menuju ke destinasi seterusnya…. hitung amalan sendiri sebelum kita dihitung di hari pembalasan kelak….
    belajar untuk menjadi hamba yg bersyukur dengan apa yg kita ada….

    Allah SWT berfirman yang bermaksud:

    “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Al-Baqarah: 152)

    “Dan Allah akan membalas orang-orang yang bersyukur.” (Ali-Imran: 144)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 258 other followers

%d bloggers like this: