Solat Dhuha adalah KUNCI REZEKI

SEMBAHYANG DHUHA
Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi  wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )  

About these ads

29 Respons

  1. Derajat hadits nya bagaimanakah? Shahih? dan dishahihkan oleh siapa? Syukron

  2. Ilmu seperti ini adallah baik diamalkan..mudah-mudahan mendapat keredhaan Allah jika di amalkan dengan ikhlas..

  3. JazakAllah khair
    izin share ^_^

  4. semoga sentiasa diberkati Allah kepada yg menyediakan maklumat berguna ini..semoga kita sama2 selalu mengamalkannya dengan ikhlas semata2 mencari keredhaan allah swt…

  5. assalamualaikum….

    saya suka ruangan ini..banyak informasi yang boleh didapati…
    bagus, teruskan..

  6. jez like it…

  7. Salam,

    mohon di ‘copy paste’ artikel ini..

    syukran..

  8. orang yang buat blog ni tunai ka dak solat dhuha ? tapi apa pun tk lah ..saja tanya je.. jangan la marah .

    • SALAM ISMAIL…

      SEBELUM LETAK ARTIKAL BERUNSUR AMALAN @ MOTIVASI, SEHARUSNYA TUAN BLOGS DULU YG AKAN KERJAKAN AMALAN ITU, BARULAH
      BERANI TURUNKAN ILMU PADA ORG LAIN. SO, JGN RISAU… SETAKAT INI MASIH LAGI AMALKAN SOLAT DHUHA NI.

  9. subhanallah ingat-ingatlah di akhirat

  10. khair..info yang baik ukhti..keep it up!

  11. Sila layari informasi di sini..

    http://bit.ly/bAKgCa

  12. [...] Solat Dhuha Adalah Kunci Rezeki [...]

  13. Insyaallah. Sama-samalah kita mendengar dan mentaati sabda Rasulullah s.a.w.

  14. Alhamdullilah…thank you for sharing….:-)

  15. Tahniah!!! sbg penambah motivasi utk semua, boleh tak kiranya tuan punya blog ini coretkan rentetan kejayaan samada kecil atau besar hasil dari amalan solat dhuha ini?

    Tq.

  16. pernah dengar dari sumber lain yang hampir sama dengan yang tertulis diatas bahwa Sholat Dhuha adalah pembuka pintu rezeki hampir sama dengan membaca surat Al Waqiah setelah sholat subuh dan sehabis sholat asyar…

    sangat inspiratif..
    salam

  17. insyaAllah.semoga kita dapa amal kan.

  18. InsyaAllah.semoga kita dapat amal kan.

  19. Alhamdulliah cukup berinformasi, ya rabbi

  20. ALHAMDULILLAH SAYA DAH CUBA AMALKAN DAN TERUS AKAN AMALKAN SOLAT DHUHA NI MEMANG ADA BERKATNYA..BESAR PAHALA NYA..CUBALA BUAT…BENDA YG BAIK JGN TINGGALKAN…ANDA DAH BUAT SOLAT NI TAU BERTAPA BESARNYA NIKMAT YG ALLAH BERI PD KITA….INSYAALLAH

  21. dari Allah utk Allah…kerana Allah,teruskan usaha murni anda kerana yg berkehendak itu bukan kita tapi DIA, …menciptakan ini utk kita agar dapat mencari jln kepadanya….dan besahabat atas NamaNya…..alhamdilillah.

  22. izinkan saya sebar info ini.t.kasih

  23. ya allah jadikan aku hamba yang senantiasa mengingati mu ya allah, dan kuatkanlah iman ku, murahkan rezeki ku, berkatilah kehidupan ku..ya allah amin..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 268 other followers

%d bloggers like this: