Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
* Coretanku
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…
Difailkan dalam: Doa & Ibadah, Monolog & Coretanku, Petua & Amalan, Solat


salam sue….insyaallah kalau kita terbiasa menunaikan solat sunat dhuha kita rasa begitu sayang sangat kalau ktia tinggalkan…tp itulah akak ni sue kalau duk ralit tengok bunga2 kat luar rumah tu ralik sangat…kekadang tertinggal jugak alahai nak kena muhasabah diri akak ni sue hehehe…
salam sayang…….
salam sayang buat kak iman….
sememangnya kita ni selalu leka… kekdg hobi juga akan melekakan kita.. hehehehe.. tapi rasanya, kita mampu membudayakan solat dhuha tuhh.. ameklah masa barang 5-10 minit je tuk sujud pada ilahi. lagipun agak pjg masa solat dhuha ni kan sebelum waktu zohor masuk so kita buatlah barang sekejap…
baik untuk ‘punca rezeki’ dan dapat tingkatkan darjat kita di sisi Allah SWT….
sehari dua tertinggal tak pe, jangan tinggalkan lama je lah sbb nanti makin liat nak buat… betul tak!
sama2 je kita saling beri semangat ye untuk meningkatkan kualiti ibadah kita kepada Allah, moga dapat gak keredhaan dariNYA.. ameennn
moga akak sentiasa mengisi masa akak mencari ilmu agama Allah… dan dirahmati olehNYA… ameennn…
Assalammualaikum, nak tumpang tanya masa kita sujud solat duha yang terakhir kita nak baca doa macam solat hajat tak saperti illa anta subha na ka ini kuntu mina dzalimin (3x)
salam….
tak pernah plak dgr org buat solat dhuha mcm solat sunat hajat…. rasanya tak salah nak berzikir (doa) masa last sujud, kan baik kita sujud lama…. doa solat dhuha sudah cukup cantik dan sempurna untuk kita hayati….
Akum kak, saya mengucapkan bnyk2 terima kasih dgn panduan solat dhuha yang terperincidan mudah difahami muga ilmu yang akak berikan kepada kami semua dirahmati allah, amin.
Harap dapat akak berikan panduan solat tahajjud pula, ok
Terima kasih.
salam….
InsyaAllah… mang dah lama nak masukkan topik solat tahajjud tapi asyik tertangguh jer ni… keja byk sgt dkt opis, nak buat topik baru pun takde masa… bkn dkt opis je bz, dkt umah pun masih mengadap komputer buat akaun.. agaknya, bila lah lejer ni akan habes
….. ni lah yg sebabkan hajat nak edit n masukkan topik baru asyik tertangguh…. artikal yg sekerat jln pun saya belum taip habis, tentang keadaan rupa malaikat semasa mencabut nyawa manusia… taip pun baru sekerat jln
… ntah bila agaknya baru nak taip bg habes ni…
niat dihati mang dah lama nak masukkan topik2 yg lbh memotivasikan kita… harap, Allah bagi kelonggaran MASA bg saya tuk luangkan masa tuk blogs saya ni… selamat beribadah
memang sue kalau kita dah buat solat sunat dhuha bila tinggal sekali dua rasa seperti berhutang…ttp bila dah kita selesai melakukan solat sunat dhuha kita akan merasa lega..itulah yg akak rasakan…..
betul kak iman…
sue dah rasa… heheheh… sue penah tertinggal dua hari berturut2 masa dibolehkan solat, sbb terhad masa dan ada urusan masa tuh… mang tak senang hati… rasa ada jer yang tak kena… mang rasa satu perasaan ntah susah nak cakap, mang tak sedaplah kan…bila dapat tunaikan… Alhamdulillah rasa TENANG setenangnya….
cubala budayakan… insyaAllah diberi jugak kekuatan oleh ilahi untuk terus melakukannya… sue pun mula2 liat jugak nak buat sbb masa kerja dan ditakdirkan dekat pejabat sue ni langsung tak disediakan surau tuk solat… lagi susah nak solat…. Alhamdulillah, kuartes tak jauh sangat tak sampai 10 minit sampai… sue balik ajer bila kerja sedikit relax dan tak banyak…
kena pandailah uruskan masa kerja dan waktu sujud untuk ilahi…
moga diberi kekuatan ini berterusan.. ameennn yaa Rabbal alamin…
bagaimana pula dengan doa,bolehkah kita baca doa dalam bahasa melayu atau bentuk rumi……ingin tahu
Salam erniey… moga berada dlm keadaan sihat dan dirahmati olehNYA… ameennnn…
Terima Kasih ye sbb jenguk blogs saya ni…
Soalan saudari tuh, saya dah bincang ngn ust shauqi dan pendapat ust adalah selari dengan pendapat saya sendiri…. kalau lepas solat… boleh doa dalam bahasa apa sekalipun. jde, tidak ada mslh untuk doa dalam bahasa melayu jika ada mslh untuk menghafal terutamanya jika ada mslh dlm membaca Quran (yang tidak tahu mengaji)… apa yang penting dalam konteks berdoa ni ialah kita FAHAM dan HAYATI apa yang kita lafazkan… dlm erti kata, kita ‘hadirkan diri’. InsyaAllah kita akan faham apa yang kita lafazkan… tidak guna sekadar berdoa hafalan tetapi makna kita langsung tak tahu…
Yang paling merugikan adalah org yang menyapu muka (abes berdoa) dan berkata “apa yang aku doa tadi yer?”… doa sebeginikah yang akan dinilai oleh Allah SWT??, doa sebeginikah yang Allah nak makbulkan??
doa sebeginikah yang bernilai dan berkuality pada pandangan Allah??
Seeloknya kita buat apa yang kita mampu… yakinlah dlm apa juga bahasa Allah SWT faham dan tahu hajat hati kita… DIA Maha Mengetahui…
Sedikit panduan adab semasa berdoa…
1. Mulakan dengan memuji Allah SWT iaitu mulakanlah dengan Alhamdulillah (segala pujian hanya untuk Allah)
ada hadis yang menerangkan iaitu DOA yang paling afdal adalah Alhamdulillah manakala zikir yang paling afdal adalah La ilaha illallah
2. Selawat keatas Rasulullah SAW, keluarga serta sahabat baginda
3. Mulalah berdoa (doa solat dhuha tuh, dlm bahasa melayu pun tak apa yang penting kita faham dengan jelas dan hayati doa tersebut)
4. Tambah dengan doa minta kebaikkan dunia dan akhirat “Rabbana atina Fit’dunia hasanah, afil akhirati hasanah, wakinah azabannar” doa ni mungkin saudari tahu sbb kita biasanya akan doa selepas solat fardhu jugak.
5. Bacalah doa minta Allah SWT perkenankan/makbulkan doa kita tadi… boleh baca surah Al-Baqarah ayat 127 @ yang paling ringkas kita baca “Rabbana watakabbal du’aa (wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.)” rujuk Surah ibrahim ayat 40
tidaklah wajib kena doa minta dimakbulkan tetapi sesuatu doa itu lbh baik bila kita meminta diakhir doa tuh spy dimakbulkan… dekat sini Allah akan tahu sejauh mana hajat kita tuh bersungguh2 @ tidak… moga segala hajat dimakbulkan…
5. Akhiri doa dengan selawat keatas Rasulullah, keluarga dan para sahabat baginda…
dekat atas bukanlah wajib dilakukan, tetapi sebaik2 doa kena ada adab untuk lebih bernilai di sisi Allah SWT…
wAllahua’lam…
Yang baik datang dari Allah dan segala kekurangan datang dari kelemahan saya sendiri…
Nak tanya, Blh ke kita berdoa ttg apa saja tak waktu dhuha ni selain minta rezeki (spt dlm doa dhuha) cth mintak hajat2 kita ke spy dimakbulkan oleh Allah spt mintak bertemu jodoh ke, cepat dpt anak ke etc?
salam Man…
solat dhuha ni khususnya dilakukan sebagai menambahan ibadah wajib kita, sbb Allah akan menilai yang ibdah sunat sebagai ‘penutup’ kekurangan ibadah yang wajib. solat dhuha ni bisanya untuk memohon rezeki yang halal dan berkat…
hajat untuk bertemu jodoh biasanya kita akan solat hajat dan solat istikarah. malah kita jugak bole solat tahajud sbb solat tahajud ni banyak fadhilatnya… kalo nak minta hajat2 ni, biasanya kita akan solat sunat hajat n sunat tahajud. tak pernah plak orang buat solat dhuha tuk minta cepat kawin @ nak anak
dekat sini sue bagi petua sikit mcmna nak hajat dibuka jodoh (sue pun x bertemu jodoh lagi ni
tapi Alhamdulillah diamalkan juga dalam harian)… semasa membasuh muka, kita baca ayat 4 surah Yusuf dengan niat agar dibukakan pintu jodoh, dipermudahkan jodoh dan dibuang suma halangan2 untuk bertemu jodoh… niatkan juga lah agar jodoh kita baik untuk diri, agama, kehidupan sekarang n kemudian kita…. inilah sedikit petua amalan dari ustza ct nurbahyah… kita amalkan bersama ya….
[...] sumber: http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/ [...]
semoga Allah SWT memberkati anda.
salam Razali…
makasih ye atas doa.. moga kita sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah… ameennn….
Salam… sebelum ni x pernah buat solat duha ni surahpun x hafal, satu hari anak balik sekolah cerita pasal solat duha tetiba terbuka hati nak belajar solat ni. Letak ayat duha depan sejadah Alhamdulillah dah hafal surah duha. Insyaallah rezeki dipermudahkan rasa sayang kalau tinggalkan solat ni dekat dhn pencipta. Amin…
Insyaallah…
moga ditetapkan hati untuk istiqomah dgn ibadah yg mulia ni…
insyaAllah….. n amin
Kali pertama tunaikan solat ni memang satu pengalaman yang cukup terkesan dihati.Buat pertama kali rasa sebak dan berlinang air mata
ketika berdoa selepas salat.
Tapi itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan iaitu dugaan untuk istiqamah menunaikannya terlalu mencabar.Berbagai-bagai urusan dunia menjadi penghalang dan ada ketikanya tu terpaksa mengalah
salam Zul Salleh…
mang itulah lumrah sbg manusia. kita bukan mcm malaikat yg sentiasa konsisten amalan, bukan jug apara Rasul n Nabi yg sentiasa naik amalan… kita cuma manusia akhir zaman… kekdg kita leka ngn cabaran rutin seharian… nak istiqamah betul2 perlukan kekuatan…. tapi yakinlah apa2 amalan yg dibuat, suma dapat ganjaran yg besar disisiNYA… jgn putus asa
thanks 4 d peringatan n ilmu
smoga ilmu kalian bermanfaat
moga kita dirdha oleh Allah
kembalikan kegemilangan Islam!
Salam,
Alhamdulillah… Semoga Allah merahmati saudari nursyimah.
blog saudari amat membantu saya untuk memenuhi azam baru maal hijrah saya untuk membuat amalan solat duha.
terima kasih.
salam zahrin…
moga maal hijrah ini lebih bermakna untuk kita semua…
amin…
Salam. Your words are soothing and inviting. and also sympathetic pd hamba Allah yg lemah seperti saya.
Thank you. May Allah bless you and your family. Amin.
salam aina…
makasih sbb jenguk blogs ni.. moga isi didalamnya akan bagi aina semangat n ilmu utk kemudian hari…
salam kak,nk tnyer klo kter nk qodho solt sunt dhuha yg smlm leh x?
salam…
tak pernah plak dgr org qhada solat dhuha ni sbb solat ini hanyalah ’sunat’ bukan wajib… jika tak dibuat tak apa2 n jika dibuat alangkah untungnya sbb walaupun hanya sunat tapi besar ganjaran diperolehinya.
Assalamualaikum Syirah
Banyak yang akak pelajari dari blog syirah..Alhamdulilah..
salam…
Alhamdulillah… moga blogs ini akan terus menjadi pendorong dan memotivasikan org lain n diri ini… carilah ilmu hingga ajal menjemput… sbb itulah yg membezakan seseorg yg jahil dan sesorg yg bijak pandai…
salam……
langsung aja yah apakah kalau solat 8 rokaat tiap 2 rokaat salam trus mulai dari awal lagi
makasih from bandung
salam…
dalam solat dhuha ni sunat dibuat 2 rakaat… abes dua rakaat terus salam dan teruskan lagi sehingga 4,6@8 rakaat, mengikut kemampuan kita… cuma yg perlu diingatkan kualiti solat lebih penting dari kuantiti…
Salam kak ,
Secara peribadinyer saya mmg x pernah buat solat dhuha, jd di sini saya nak tanya ayat aper yg patut kita baca semasa mengerjakan solat dhuha dan aper doa2nyer.
salam lia….
cara melaksanakan solat dhuha n doa akak ada masukkan sekali.. arap dapat rujuk dlm tulisan akak tuh ya…
nak mulakan sesuatu mang payah… belajar buat sekali dlm seminggu pun dah cukup baik nak didik diri tuk mengamalkan solat ni….selamat beramal
salam mudah-mudahan yang susah menjadi senang a-meen
Salam mujahadah..
Semoga Allah sentiasa merhmatimu..
salam,
mudah mudahan diberi kekuatan utk melaksanakannye….br terbuke ati utk melakukan solat dhuha….ameen
Salam,
saya baru last week tunaikan solat dhuha yang pertama sepanjang hayat saya. Alhamdulilah mmg saya terharu dan berterima kasih kepada Allah kerana telah membukakan hati saya untuk sujud kepadanya.
Syukur alhamdulilah !
semoga kita yg telah aktif melakukan sholat-sholat sunnah diberikan istiqomah dalam menjalankannya,dan yang terpenting adalah pembuktian dalam kehidupan keseharian,ikutilah setiap jejak dan langkah nabiyullah Muhammad saw,baik dalam habluminalloh dan hablu minannasnya,semoga selamat dunia akhirat.
Sesungguhnya jika kita dah biasa maka kita akan cinta dan sayang akan solat dhuha i2. Termasuk yang lain juga….
salam, alhamdulillah akhirnya saya ketemu panduan solat sunat dhuha. sebenarnya ayah saya selalu pesan untuk buat solat sunat ni…tapi sekarang dibuka kan pintu hati ole Allah SWT. insya seperti yang digariskan, amalan itu adalah bagus jika dibuat sikit tetapi istikamah berbanding banyak tapi jarang2….saya cuba untuk memulakannya esok…
salam shida…
Alhamdulillah…. moga teruskan usha n istiqamah ya
Salam..
Dhuha kena istiqamah.
InsyaAllah rezeki akan diperluaskan.
Boss Syarikat Bumi Auto ceritakan pada sepupu saya,
Dia dapat kemewahan skrg, selepas 13tahun istiqamah melakukan dhuha. Dan Alhamdulillah, walaupun skrg dan millionaire, setiap 10 malam terakhir Ramadhan dia tak tinggal beriktiqaf di Masjid. Kalau tak di masjid dekat rumah, dia akan iktiqaf di Masjidil Haram.
Kalau dia di ofis, bila masuk waktu solat, dia akan imamkan semua staff dia..
Semoga Allah merahmati dia.
salam….
Subahanallah…. ada gak org mcm tuh yer? igt BOSS2 ni tau nak menengking aje… biasa sue dpt boss yg PANDAI MENENGKING PKEJA je… tp yg ini lain plak perwatakan… kan elok kalo boss2 diluar sana ikut mcm boss Bumi Auto tuhh, lbh berkat business. pkeja pun sng hati nak bekeja.
nak istiqamah tuh mang payah… dulu saya pun tak tinggal solat sunat tuhh, keadaan tmpt tinggal walau tak disediakan bilik solat tapi kuaters dkt jer dr tmpt keja, dlm masa 5minit kot… so bila takde keja n masa terluang mang saya akan balik jap tuk solat… tapi bila abes kontrak, situasi berbeza…lebih2 keja ngn majikan yg kuat sgt menengking ni, cina plak mang paya nak solat.. lastly, solat sunat tuh hanya bila ahad je (time tak keja). ni bila dah jadi ‘pengganggur’ dah start balik solat tuhh setiap hari… moga dpt gak keja yg lbh baik dr keja yg lepas…
mang perbezaan yg besar dpt kita rasakan.. rasa tenang sgt pas lakukan solat tuhh.. mgkin jgak sbb itu sesetgh ulama ada yg cakap org2 yg bertaubat adalah org2 yg mengekalkan solat dhuhanya… mang sgt tenang pas buat solat tuhh…
yg ptng kita buat hanya utk mencari redha-NYA
kak saya wat solat duha tapi saya rasa syak wasangka perlu ke doa seperti solat hajat masa sujud terakhir
AlhamdulillAh…
Solat Dhuha jadikan teman…kita akan dijauhi rasa sombong, ego dan bangga diri. kekalkan amalan ini Allah permudahkan apa juga urusan kita seharian.
salam…
minta tolong ajar saya cara-cara solat tahajud.terima kasih.
salam qiesh…
insyaAllah, akan sue tulis tuk solat tahajjud plak… baik sgt solat tuh di amalkan. rasa tenang jer kehidupan seharian walau dtg mslh beribu lemon
solat tahajjud tuhh, sama gak ngn solat sunat lain cuma yg membezakan adalah ‘niat’ dan syarat solat tahajjud mesti tido dulu, tak kiralah setengah jam @ berjam2
.. paling baik dilakukan antara jam 3 subuh ke atas…
salam..
pagi ni,kat opis hanya sy seorg..tgk jam kul 10am..ttba ati terasa sgt nk solat dhuha..sy xpenah lakukan ny sepanjang 30 tahun sy hidup..taip google search jupe blog ni..alhamdulillah..sy gunakan panduan yg diberikan..sy rs kan inilah panduan yg terkesan di hati sy..sy rskan penulis blog ini benar2 ikhlas dlm tulisan ny..akan sy mark blog ni sbg fav sy..semoga Allah merahmati hidup anda sekurga dunia akhirat..ameeennn..
salam…
Alhamdulillah, belum terlambat nak buat solat tuhh walau usia dah 30an.. mencari ilmu agama bukanlah usia jadi pengukur, tp keikhlasan..
moga akan istiqamah solat dhuha tuh ya… mang agak sukar nak mulakan, tapi percayalah dah buat 40hari berturut2 pasti akan berterusan sbb melakukan sesuatu benda yg sama sepangjang 40hari akan mencari ‘tabiat’.. andai ditinggalkan psti akan ‘terasa sesuatu’ yg tak sempurna spjg ari…
solat dhuha ni byk kelebihan diperolehi… yg pasti ’syurga dunia’ yg akan kita perolehi… maksud sue, syurga dunia tuhh, ketenangan
…
Seronok tengok umat islam saling ingat mengingati, ajar-mengajarkan…semoga kita semua di dalam petunjuk Allah sentiasa…Saya juga tak pernah melakukannya…saya akan melakukannya insha-Allah…
Teruskan usaha anda nurshirah…semoga berbahagia selalu…
Salam.
Saya baru nak cuba buat solat dhuha ni esok.
Pertama kali dlm hidup saya.
Doakan saya diberi kekuatan dan kemudahan.
mula terbuka hati selepas baca
buku travelog dakwah oleh prof m kamil.
moga Allah mudahkan dan tetapkan hati saya.
Assalamualaikum w.tw
terima kasih. insyaallah esok sy amalknnye. malam ni nk hafal doanyer dulu..
Alhamdulillah
salam mus…
try lah buat ya… tak ada yg susah nak buat.. cuma yg susahnya nak ‘mulakan’ tuh yg liat
, tp percayalah sekali dah buat n try istiqamah, pasti akn jd tabiat n kalo tak buat akan rasa sesuatu yg x lengkap je dlm sehari
betul..betul,,,betul…..
Salam Sue… terima kasih atas panduan Solat Dhuha yang terperinci dan mudah difahami muga Allah memberkati dan merahmati ilmu yang puan berikan kepad kami semua, Amin
Harap dapatlah Sue berikan panduan solat tahajud pula, ok
Salam, 2 minggu lepas beli buku Travelog Dakwah oleh Prof Mohd Kamil, hujung minggu lepas pergi kursus anjuran Excel Training..penceramah oleh Dato Fadzilah Kamsah dengan Profesor Haji Hanim… Antara kesimpulannya : melalui bacaan buku Prof Mohd Kamil dan kursus, ada disarankan untuk kita mengerjakan solat dhuha. Minggu ni alhamdulilah, terjumpa blog ini, semalam juga terus mendirikan solat dhuha. Terima kasih Allah….terima kasih tuan punya blog…..
salam kak rozi…
sama2 kongsi ilmu ya… apa yg ada, kita ‘kutip’. yg xde ,kita cari
tuk bekalan hari akan dtg… tq jenguk2 blogs sue 
moga istiqamah dlm solat dhuha ni… sue pun Alhamdulillah masih amalkan… walau banyak halangan n dugaan nak kerjakannya dlm sehari, sekurang2nya kita lakukannya gak dlm seminggu… byk kebaikkan bila buat solat ni.. terutamanya ‘ketengangan’… rezeki pun tak putus dr Allah… try lah amalkan ya…
Assalamualaikum kakak,
Saya start belajar buat solat dhuha ni masa pegi umrah hujung bulan 5 yang lepas…mak saya ajar masa bermiqat di masjid tana’im.. n then bile balik malaysia sy amalkan…
betul la kak…kalau tertinggal walaupun sehari hati rasa resah. sy betul2 tersentuh dgn doa solat dhuha ni… harap2 saya dan semua orang yang bg komen kat sini akan istiqamah mengerjakan solat ini… amin..
salam…selepas terbaca tentang kebaikan amalan solot dhuha sy terbuka hati utk mengerjakan solat sunat ini….Alladulillah pertama kali sy melakukan menjadi telah menjadi amalan setiap hari sy lakukan hati merasa tenang setiap pagi selepas melakukan solat ini……rugi rase utk meninggalkanye…
Salam 1malaysia…
1solat 1hajat…
Solat didahulukan,
Keberkatan diutamakan.
H1N1= 1Hajat 1Niat
salam….. terima kasih atas perkongsian ilmu solat dhuha ini .. amat menghargainya… semoga akak juaga akan dapat mengamalkannyer begitu juga anak22 akak nanti…
perbincangan ilmu yg amat bermanafaat….teruskan.mudahan di berkati di dunia dan akhirat InsyAllah…
Alhamdullilah hari ini saya bagai tepanggil melakukan solat dhuha, dgn sedikit panduan drp seorg sahabat dan web saya berjaya melakukan solah ini untuk kali pertama dlm hidup saya. Apa yang menjadi kemusyikalan saya ttg istiqamah..dimana saya hnya berjaya melakukan sekadar basic tapi yg lainnya sprt keinsafan & tersentuh sprt pelayar blog yang lain tidak saya kecapi . knp begitu..
Apa istiqamah itu dan apa yg perlu saya lakukan. Adakah doa yang khusus sja yang dibolehkan sdgkan doa-doa yang lain yang dibenarkan? boleh cik terangkan.
salam zaza…
istiqamah tuh adalah ketetapan @ berterusan dlm melakukan/mengerjakan sesuatu yg baik serta jauhi larangan Allah dgn segala ketulusan hati. nak istiqamah ni mang payah sbg seorg mnusia tapi kita BOLEH usha… petua nak istiqamah 1) tekun n x berputusa ada, 2) menghargai masa, 3) berusaha melakukan ibadah dgn bersungguh2, 4) insaf diri atas KESILAPAN masa lalu, etc
nak solat dhuha ni bukan sekadar nak REZEKI dibuka tapi keinsafan pada diri disamping melakukan ibadah sunnat. yg paling ptng rasa rendajh diri pada Allah n mencari redhaNYA….
doa apa2 jer blh dibaca tp seeloknya gunalah doa khusus dlm solat dhuha ni sbb ertinya pun cukup baik…
Salam…
Akak dah berniat nak buat,..tapi hajat tak sampaian…bila dah mula buat kerja kat office dah terlupa…insyaallah akan usahakan juga..
Sebab selalu dengar dlm IKIM ustaz zambri selalu sebut sebut dan baca hikmah solat sunat ni…sayang kalau x amalkan
salam…
normal bagi kita bergelar manusia ni bila nak mulakan sesuatu mang agak payah… ada jer halangan… trylah n pilih waktu yg suai tuk start amalkan… x rugi sesaat pun masa kita
Salam Ramdhan kpd penulis blog….
Alhamdulilah, dpt juga saya cari blog yg memberi kefahaman dlm melaksanakan solat sunat dhuha secara ringkas….
sebenarnya saya dah lama sgt berniat pada diri sendiri nak buat solat sunat ini tp ada saja halangan dan yg ironi saya jadi cemburu lihat boss saya tiap2 pagi masuk kerja je buat solat dhuha dulu….tp saya masih segan nak buat, jadi sempena Ramadhan Al-Mubarak ni saya berazam akan cuba buat semampu yg boleh….doakan lah saya boleh laksanakannya ya…TQ
salam….dah lama saya cari panduan ttg solat dhuha..saya cari pagi tdi terus jumpa website nie..alhamdulliah.akan saya amalkan ..
salam…
alhamdulillah saye dh try buat solat sunat dhuha pg semalam..
alhamdulillah hari ni hati terpanggil nk buat lagi…
rase tak sabar pulak nak buat…
tp sy lafaz surah kursi tuk rakaat pertama dgn surah al ikhlas tuk rakaat kedua.. boleh jgak kan?..
sb sy tak lancar la surah dhuha ngn surah as syams…
salam….
dlm solat sunnat dhuha tak dikhususkan surah tertentu. tak kan nak baca surah dhuha setiap hari. yg penting NIAT dlm hati. ukur n lihat keikhlasan kita, apa yg kita buat semua utk mencari redha Allah.
tak menjadi mslh baca surah ayatul kursi n surah Al-ikhlas sbb dua surah tuh sememangnya terlalu byk KEISTIMEWAANNYA. cth surah al-ikhlas, surah tuh adalah surah yg mentauhidkan kewujudan Allah n merupakan 1/3 dr Al-Quran. andai dibaca 3x dah menyamai membaca seluruh al-quran.
Salam semua,
Terima kasih atas setiap inci informasi yang diberikan. Moga usaha semua akan membawa keberkatan bersama – InsyaAllah.
assalammualaikom..
haiz..
saya masih x paham lorh..
rukun solat sunat dhuha macam manew???
hurm…
saye konpius lorh..
salam….
solat dhuna ni sama cara2nya dgn solat sunat lain cuma beza NIATNYA jer…
masih dilakukan dua rakaat, blh lbh ikut kemampuan n masa..
n waktunya adalah khusus dari jam 7 am (matahari terbit) sampailah nak masuk waktu zohor…
bole baca dlm artikal yg saya masukkan dlm blogs
salam ramadhan….
Salam,
Saya sedang mencari cara utk menunaikan Solat Dhuha. Saya tidak pandai mengaji dan ingin belajar dgn cara hafalan. Tolong lah saya dlm niat saya ini.
Tlg ajarkan saya dgn cara terperinci dan jika tidak keberatan menuliskan ayat Dhuha itu dlam bahasa rumi supaya saya blh menghafalnya. Setakat ini saya telah pun menghafal ayat Kursi dan lain2 ayat yg asas.
Terima kasih
salam…
Alhamdulillah terbuka jugak pintu hati nak berubah… nak terangkan secara terperinci, payah jugak atas blogs ni. jln paling baik, mint ajar dari seorg yg blh membimbing dari segi bacaan @ soal2 agama. xdpt jumpa ust @ ustza, kwn2 sekeliling yg menjalankan rukun islam dlm rutin hidupnya, sdh byk membantu andai bertemu… saya jugak blh membantu apa yg saya tau, insyaAllah… ada apa2 hubungi saya dkt email permata_hati3@yahoo.com.sg
sama2 saling bantu membantu, saya pun masih dlm proses belajar….
Terima Kasih…
Sangat berguna panduan ni…
assalammualaikum..
alhmdulillah,jumpe gak blog yg tol2 memberi manfaat…
terima kaseh kak..
dh lme sy crik cre nk wt solat dhuha ni…
insyaAllah sy akn mulekn sok gk..
cume sbg plaja,byk sgt kekangan mse…
hrp dipermudahkn oleh Allah….
salam nursyirah..
solat dhuha amat memberi manfaat kpd kita semua
salah satu cara untuk memberi kekuatan kpd kitaa d pagi hari….InsyaAllah
Alhamdullilah, harini saya telah buat Solat Dhuha kali pertama wpun dah mnjangkau 30++ masyallah teruk betul, tp alhamdullilah kepada suami yg sarankan supaya saya cuba buat Solat Dhuha harini, saya berjaya buat atas saranan dan cara dari blog ni. Alhamdullilah keje baik ini dipermudahkan. Kpd Nursyirah – tahniah, anda telah berjaya mnjadikan blog sbg cara terbaik utk berdakwah, semoga kita sama2 mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Amin.
salam…
teruskan usha
salam…saya nak berkongsi sedikitla dgn kwn2…ni dari bacaan saya..saya de terbaca satu buku mgenai solat dhuha…ia memberi rezeki dan menolak kepapaan..dalam buku yg saya baca tu..rezeki bukan hanya duit atau harta benda…maksudnya..dari segala segi,,,kewgn..dpt kerja..dpt jdoh..dpt anak…semua benda2 yg baik.rezeki tu luas…tp saya x dpt nakbgtahu buku apa…tp insyaallah saya akan maklumkan nama buku dan siapa penulisnya…
Salam…
betul lah yg lynn ckp tuh. rezeki ni luas skopnya. bukan takat rezeki dpt makan minum tapi terlalu luas termasuklah soal kerja, jodoh, anak2 ataupun seumpanya. harus dibetulkan minda yg solat dhuha ni bukan khusus utk rezeki nak jadi kaya je. rezeki kan luas maksudnya. ada jugak ikut ceramah tentang solat dhuha ni. ust. ada ,menyarankan siapa yg belum kahwin mengamalkan solat dhuha setiap hari, insyaAllah terbuka jodoh. kalo saya, solat dhuha ni bukan takat jodoh jer, tapi minta agar dipenuhi segala keperluan dlm hidup yg belum sempurna termasuklah jodoh, kerja, kewangan dan kebahagian keluarga… doa dlm solat dhuha tuh pun sdh cukup sempurna dan cantik utk difahami dan dihayati.
yg paling penting solat dhuha ni kita buat adalah ikhlas utk Allah, jgn terlalu fikir soal rezeki. benda tuh letak kemudian sbb janji Allah pasti ditunaikan. selamat beribadah….
post ni sangat membantu.. thanx..
salam….
sama2
…..
terima kasih atas informasi..semoga dakwah ini berterusan..teruskan..salam…:)
salam…
sama2,
Salam Nursyirah…
Terima kasih atas panduan mengenai solat dhuha ini….insyaAllah sya akan mula melakukannya…
Tahniah Nursyirah… mmg betul2 bagus ada blog yg mcm nie…….Harap2 lepas nie dpt share info2 yg menarik lagi…
salam…
insyaAllah, nak tambah topik lagi tp masa terhad… skrng ni mang xde masa nak masukkan n tambah artikal… moga diberi kelonggaran olehNYA tuk edit blogs ni.
tahniah….teruskan n lain lain artikal.
pencerahan darimu sungguh bermakna
buat hamba. tks
salam…
makasih…sama2 cari n tambah ilmu
thank you…segala nasihat dan kata hikmat brkesan di hati ini
Sediakan Payung Sebelum Hujan…
kengkadang apa yang dijangka di luar bidang kita…seperti saya…semalam datang satu e-mail menjemput saya join Tamansyurga..alhamdulillah,rasenya ini satu peluang yang Allah SWT berikan pada saya untuk menjadi lebih baik
salam…
ya… kekdg sesuatu diluar jangka kita… benda yg baik, kita amek n jadikan amalan… benda yg x baik, kita elakkan…
EKONOMI TENGAH MELESET… PADA MASA BEGINI LAH ANDA MENCARI ALTERNATIF BAGAIMANA MENJIMATKAN DUIT DAN MEMELIHARA HARTA ANDA.
DAPATKAN MEDICAL CARD TAKAFUL PRUBSN SEKARANG. TAKAFUL BUKAN UNTUK ORANG KAYA SAHAJA.. TAKAFUL UNTUK MEREKA YANG TIADA HARTA DAN SIMPANAN YANG CUKUP UNTUK MENGHADAPI KEMUNGKINAN YANG BAKAL TERJADI DI MASA HADAPAN.JANGAN BERTANGGUH.. HUBUNGI AGEN TERDEKAT ANDA