Doa mohon zuriat keturunan yang baik (WARISAN TERBAIK)

          1)         “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

( Surah Ali’ Imran: 38 )

 

 

          2)         “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)

 

 

          3)         “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)

 

 

 

* Coretanku

 

Kepentingan Doa

 

Dunia adalah negeri perhiasan dan kesenangan dalam keinginan dan kefanaan. orang yang berangan-angan pasti akan gagal. Kecuali orang-orang yang soleh dan sentiasa berdoa kepada Rabb supaya diberikan KEBAIKKAN dunia dengn keselesaan hidup, kiranya dapat menjalankan segala kewajipan dengan baik dan sempurna. Mereka juga sentiasa memohon kepada Allah SWT rezeki yang baik dan keturunan yang baik-baik. Doa (1) adalah doa para nabi untuk memohon zuriat keturunan yang baik sebagai penyambung warisan terbaik.

 

Seseorang hamba yang akan naik darjatnya di syurga setelah dia wafat (meninggal) disebabkan oleh DOA anaknya yang soleh dan solehah. Doa yang baik adalah apa yang diajarkan oleh Allah SWT kepada kita seperti disebutkan di dalam Quran (surah Ai-isra: 24) “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

 

Doa (2) merupakan satu permohonan kepada Rabb yang bagi saya adalah penting sebab doa tersebut bukan saja minta kepada Allah agar memberi kekuatan kepada diri kita tetap mendirikan solat, malah untuk zuriat kita. Zuriat itulah pewaris, moga doa amalan tersebut akan menjadikan pewaris kita adalah warisan yang terbaik di dunia dan akhirat. Doa tersebut juga adalah penting sebab solat merupakan PENGHULU segala AMALAN… jika solat kita baik, maka baiklah semua amalan kita tetapi jika solat kita tidak berkualiti, maka amalan yang lain juga tidak berkualiti.  Moga dengan amalan doa ini seharian, akan menjadikan kita dan zuriat kita tetap mendirikan solat…. ameennn…

 

Doa (3) ini adalah doa yang telah diketahui ramai akan kebaikkannya khususnya untuk pasangan dan zuriat kita iaitu memohon agar pasangan juga zuriat kita menjadi penyejuk hati kita juga ikutan orang-orang yang bertakwa… pasangan mana yang tidak mahu keharmonian dan ketenangan dalam rumahtangga masing-masing… dengan amalan doa tersebut  moga Allah memberikan pasangan dan zuriat penyejuk hati kita dunia dan akhirat…

 

“Apabila mati manusia maka terputuslah amalannya kecuali dari 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan orang dan anak yang soleh/solehah yang mendoakannya” (HR Muslim)

 

Sama-sama mendidik zuriat kita walaupun terpaksa bersusah payah disepanjang mendidik mereka… pasti berbaloi juga usaha kita… dua kali Allah SWT nyatakan dalam Surah Al-Insyirah iaitu: “tiap-tiap kesukaran itu akan ada kemudahan (kebaikkan)” … moga kita mendapat rahmat dariNYA selalu…

 

ameennn yaa Rabbal alamin…

 

About these ads

12 Respons

  1. pernah jugak akak mengimpikan seorang anak perempuan…tetapi Allah s.w.t belum mengizinkan lagi..atau kalau di takdirkan hanya seorang sahaja anak akak, akak redha…….Allah Maha Mengetahui di sebalik apa yg tersirat dan tersurat…syukur alhamdulillah dgn anugerahMU ya Allah…………

  2. Salam kasih sayang buat kak iman…

    Alhamdulillah, ada jugak anugerah dari Allah utk akak dengan kehadiran hafiz… Doa yg sue masukkan tuh bukan khusus untuk yg ada keiginan menimang anak lagi, doa tuh jgn disempitkan maknanya… doa zuriat dkt atas baik jugak dgunakan utk anak2 yg sedia ada skrng ni… agar anak2 yg dimiliki sekarang ni, akan ada kekuatan untuk menjalankan segala ‘sunnatullah’ dan menjadi anak yang soleh dan solehah….

    berkat doa dari kak iman insyaAllah akan menjadikan hafiz anak yg soleh… itulah kemenangan bagi akak dan suami… insyaAllah…

    doa kena juga berterusan untuk anak dan suami… sebaik2nya janganlah putus doa tuk kesejahteraan rumahtangga…. selepas solat, tadahkan kedua tangan kita ini untuk insan2 yang kita sayangi…

    moga akak, suami dan anak mendapat keredhaan dan rahmat dari ilahi…

    ameennn yaa Rabbal alamin

  3. assalamualaikum jumpa lagi…

    mekasih doakan akak…moga sue cepat2 bertemu jodoh dengan calon yg beriman amennn..

  4. Ameennn yaa Rabbal alamin….

    makasih atas doa akak… moga bertemu juga ngn suami yg soleh yang akan menemani hingga ke destinasi terakhir…

    salam kasih sayang dari sue…

  5. Dlm meniti usia senja ini saya tidak terkecuali diuji
    dgn ujian yg maha berat. Anak yg menjadi penyejuk hati, kini menjadi racun paling berbisa. Sanggup
    membuat lapuran palsu kepada polis supaya dapat hidup bebas bersama kumpulan yg mengamalkan ajaran sesat. Bersuami tanpa nikah dan berkongsi suami dgn rakan-rakan seperjuangan. Tinggal serumah beramai-ramai lelaki dan perempuan, kononnya suami mereka seorang ustaz dan guru silat. Berpewatakan dan pertuturan yg mengelirukan penduduk setempat.

    Hancur hati saya dengan perubahan anak. Membiarkan saja ustaz itu memanggil ibu sendiri dgn gelaran [perempuan sundal] semata-mata menegur anak yg menjurus kekancah maksiat. Dinasihatkan supaya bernikah secara sah tapi akhirnya anak dibawa lari. Seorang ustazah yg berjubah bertudung labuh mengiakan perbuatan kumpulan ini. Senyum mengejek kerana saya tidak mampu memujuk anak kembali kerumah setelah hampir 3 bulan. Dikatakan anak selamat dengan pergerakan ini dan dia hidup bahagia. Ingin sangat bertemu dgn anak tapi permintaan tidak diendahkan.

    Ya Allah bantulah ibu malang ini yang hanya mengharapkan kehidupan yang terbaik dari sisiMu utk kehidupan anak-anak didunia dan diakhirat.

    Hidup saya dicabar dan dihina oleh anak yang dulu menjadi teman waktu gembira dan berduka.

    Sesiapa yang terbaca coretan ini tolonglah beri bantuan dan jalan untuk mendapatkan kembali anak saya.

    Pelbagai usaha telah saya lakukan tapi tak berjaya.

    Hari-hari yg dilalui semakin usang.

    Hanya Allah tempat mengadu.

    salam,
    Suara hati seorang ibu malang.

    • salam….
      sedih baca luahan hati akak… sabar byk2 n jgn putus asa.. doakanlah si anak agr kembali kepangkal jalan… doa seorg ibu adalah makbul… jgn putus asa.. moga Allah membantu akak…

      terfikir jugak, napa ada anak yg sanggup lukakan hati ibunya sdgkn esok2 si anak juga akan jadi seorg ibu. tanpa ada perasaan takut pada HUKUM KISAS… nauzubillah…

      sama2 kita doakan anak akak akan kembali kepangkal jalan… amin…

  6. Salam Nursyirah,

    Terima kasih atas simpati Nursyirah. Semalam Allah telah mengabulkan permintaan akak. Lepas Maghrib akak call anak. Lama baru dia angkat. Walaupun kata-katanya pahit utk diterima tapi akak tetap mengharapkan suatu hari dia benar-benar sedar atas kesilapan yang telah dia lakukan. Dia pohon akak tarik balik tuduhan terhadap guru dan kawan rapatnya. Katanya mereka tidak bersalah. Mereka itu terlalu baik untuk di aniayai. Dia pilih bersama dgn mereka kerana dia sentiasa bahagia apabila bersama dengan mereka. Sikap akak yang suka mengawal kebebasannya meyebabkan dia tidak gembira sebab itu dia buat polis repot supaya akak tidak dapat menganggu hidupnya lagi. Sekarang dia tinggal sebumbung dengan guru dan rakan-rakannya.

    Janjinya malam ini dia balik dan nak explain pada semua orang sebab-sebab dia keluar rumah.

    Tamparan hebat buat akak.

    Moga Allah bersama akak malam ini. Amin…

  7. salam,

    sekadar untuk meluahkan perasaan yg lama terpendam.sungguh bahagia melihat kawan2 mempunyai anak.teringin rasenya untuk merasai kegembiraan itu…tp saya sedih sekali sehingga ke hari ini masih tidak mempunyai anak..sy sudah berkahwin salama 2 1/2 tahun tapi masih tdk di kurniakan anak..penantian itu satu penyeksaan….apa yg perlu sy lakukan….

    • salam hafiza,

      saya faham apa yg hafiza alami.. saya sendiri menunggu 3thn utk disahkan hamil.. mmg perit utk kita terima, ttp yakinlah dan berbaik sangkalah padaNya , suatu hari nnt hafiza dikurniakan zuriat.. sbgai langkah pertama, berjumpalah dgn doktor.. dan berusahalah..bnyak2kan istighfar.. minta padaNya.. Dia Maha Mendengar .. InsyaAllah, satu hari nnt, ada berita gembira buat hafiza dan suami..

  8. saya baru je lapan bulan kawin…tapi sedey gak la sampai skang takder tanda2 mcm nk hamil….still berusaha…doakan ye…nak p check doktor kalau anniversary ni takder apa-apa lagi….

    • salam…

      bersabar je.. jgn pts asa..
      berSYUKUR sbb awak dah berumahtgga gak
      mcm insan segolongan saya ni yg belum bertemu jodoh,rasanya lbh berat yg kami tanggung..
      xperlu mengeluh n pts asa… tp cuba perbaiki amalan..
      cari tips utk dapatkan zuriat
      seeloknya amalkan doa nabi zakaria yg minta doa pada yg Maha Kuasa
      agar dikurniakan anak wlu dlm usia yg agak lewat…

      Doa ini adalah doa yang diamalkan oleh Nabi Allah Zakaria a.s. Oleh kerana, Nabi Zakaria a.s tidak dikurniakan anak selama berpuluh-puluh tahun. Maka Nabi Zakaria a.s. telah merayu dan berdoa pada Allah swt sepeti ayat dibawah ini. Dengan berkat rintihan doa Nabi Zakaria a.s, maka isteri baginda mengandung. Amalkan membaca doa ini selepas solat, Insya-Allah.

      “Ya Tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik.” (Al-anbiya':89)

  9. assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca halaman ini,
    saya nasir ingin memohan tunjuk ajar ilmu,doa atau pun petua untuk membuka nafsu isteri saya yang mana beliau amat dingin sekali terhadap saya kini saya telah punyai 3 orang anak bersamanya,
    yang mana setahu saya ada seseoang yang telah menaruh hati padanya dan pernah megajak beliau supaya tlinggalkan saya untuk lari menikahinya di sempadan,oleh kerana itu beliau menolak,selepas itu isteri saya langsung tidak pernah bersama (bersetubuh) degan saya lagi sampailah kehari ini kalau tak silap sudah hampir 2 tahun,
    terima kasih pada yang sudi membantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 269 other followers

%d bloggers like this: