TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

 

 

( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD – KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR,LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR )

 

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

 

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

 

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

 

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

 

 

Tanda 100 hari sebelum hari mati:

 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

 

 

Tanda 40 hari sebelum hari mati

 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

 

 

Tanda 7 hari

 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

 

 

Tanda 3 hari

 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

 

 

Tanda 1 hari

 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

 

 

Tanda akhir

 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

 

 

 

PENUTUP

 

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

 

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

 

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

 

29 Respons

  1. salam kasih sayang sue…sampai masanya kita akan pergi jua..tetapi takutnya andai tidak cukup bekalan untuk di bawa ke sana…semoga Allah masih memberikan kita umur yang panjang untuk beribdat kepadaNYa dan untuk membuat kebaikan…artikel sebegini dapatlah menginsafkan diri kita yg selalu lalai dan alpa……….

  2. salam kasih sayang kembali buat kak iman….

    sememangnya sebegitulah…. kita ni mang sering lalai… kena usha pastikan n didik hati kita agar sentiasa dibawah minda sedar dengan sentiasa mengingati Allah SWT….

    iman kita ni tak statik… akan turun dan naik tidak tentu… itulah iman MANUSIA biasa… bukan iman seperti Para Malaikat yang sentiasa statik dan tetap, bukan juga iman seperti Para Rasul dan Nabi yang sentiasa akan NAIK…. amal pulak mcm tuh jugak.. ada masa2 akan terbatas dengan tugas2 harian.. kekdg banyak sangat tapi kekdg sikit sangat pulak…

    kena didik diri kita agar lembut untuk mencari keredhaan Allah.. cara terbaik… ingatilah ‘ajal’… zikrulmaut itu ‘guru’ yang paling baik untuk mendidik hati kita agar sentiasa sedar kiat akan meneruskan lagi perjalanan yg akan kita tempuhi…. moga kita tidak membawa bekalan SIFAR ke akhirat kelak…

  3. assalamualaikum…wbt..
    sebelum ini saya sudah merasakan kehilangan yg amat…apabila sudah orang2 terdekat sudah kembali menemuiNya..
    apabila kehilangan nenek tercinta, seterusnya anak murid ibu yang paling baik, kemudian saudara sendiri..seringkali saya asyik terfikir, mungkinkah ini adalah peringatan kepada kami yang masih hidup. kerana kita sedar kematian sering berputar hanya di sekeliling kita..

  4. salam lisa…

    gitulah kehidupan kita sebenar… x ada alasan kita nak elak dari benda tuhh… x dijemput pun akan datang jua. so kena berhati2 aje agar x leka. persiapkan diri dengan amal kebaikkan… kita ni bukan kuat iman, dah namanya manusia AKHIR ZAMAN banyak dugaan dtg lbh2 lagi yg melibatkan akhlak n akidah kita… banyak dugaan tapi kena usha lah kan jadi yang terbaik…

    x kan nak jadi jahil sampai ajal kita pulak datang… nauzubillah….

    kematian org lain disekitar kitalah yang akan bukakan mata kita agar kita x hanyut dalam ‘enjoy dunia’… x guna, xdpt apa2 jgak….

    takat ni, sue pun di uji jugak dengan kematian, arwah atuk dan nenek suma dah pergi samada belah mak n ayah… malah sue x sempat nak mengenali kembar sue yang baru berusia 7 bulan dekat dunia… dia dah pergi dulu dari sue… dia dah jadi pilihan Allah untuk menjadi penghuni syurga… moga mak n ayah sue tetap tabah n redha atas pemergian kembar, walaupun dah bertahun2 lamanya, tapi kenangan tuh masih menjadikan ayah murung… moga ayah tetap tabah… sehingga ke hari ini, airmata ayah selalu kuar bila membacakan yasin tuk kembar…

    kena redha atas suma kejadian hidup kita dkt dunia…
    sabar, sabar n terus sabar.

  5. salam, artikel ini sgt2lah menginsafkan…tiada apa yg lebih saya syukuri bila dapat melihat arwah ayah meninggal dengan tenang dan masih berwudhuk ( selepas solat asar ) dan walau keluarga kami mmg sudah terbiasa memandikan saudara2 sendiri yg meninggal, tiba2 hari itu datang rombongan dari surau dan masjid berdekatan menguruskan semua urusan mandi arwah ayah..dan paling saya sayu apabila melihat dia disembahyangkan beramai2…semua saya tidak kenal…dan apabila selesai urusan, org2 ini hilang begitu sahaja…tak sempat kami mengucapkan terima kasih kpd mereka…saya ingatkan anak2 didik surau ( tabligh ) namun setelah kami bertanya pada jemaah masjid dan surau, mereka juga tidak tahu, namun sedar pada ketika itu mmg ramai jemaah lelaki berjubah putih ikut solat jenazah..selesai solat jenazah hanya beberapa belas org yg saya kenali sebagai rakan2 surau arwah ayah…dan ruang rumah dipenuhi suara org2 mengaji sepanjang malam walaupun yg dtg mengaji hanya terdiri dari beberapa org sahabat arwah dan kami adik beradik…tapi suasana seperti begitu ramai org yg berada di situ…saya sgt2 bersyukur padaNya kerana arwah ayah meninggal dgn tenang..beliau mendekatkan diri padaNya hanya pada 3 tahun terakhir sebelum dia meninggal..namun apa yg saya boleh katakan, sepanjang hayat arwah ayah dia sering mengutip anak2 kucing terbiar di tepi jalan, atau yg sedang cedera lalu dibawa balik ke rumah…apabila terjumpa bangkai binatang mati di tengah perjalanannya walaupun bukan beliau yg melanggarnya, arwah ayah tetap turun dan kutip lalu membungkusnya cermat walaupun ketika itu tengah malam sebelum dibawak balik ke rumah utk dikebumikan…arwah sgt mengasihi binatang terutama kucing…
    dari kecil saya sering ikut serta urusan memandikan jenazah arwah nenek2 saya, saudara mara perempuan..dan mcm2 perkara yg saya dpt lihat..subhanallah….menginsafkan, menakutkan dan mcm2 lah..
    dan terkini melihat keadaan FIL sendiri..hmmm, menjadikan saya sentiasa beringat2…tiap apa yg kita lakukan andainya hati berdegil tidak mau tunduk padaNya…seawal di dunia lagi Dia menghukum kita dgn cara yg tidak dpt kita lihat…subhanallah subhanallah…

    semoga arwah ayah dan nenek beroleh ketenangan di sana. Aamiin

  6. salam….

    soal kematian ni, kita tidak akan terlepas… banyak diterangkan dalam Quran tang kematian ni…. n banyak juga kita dengar n alami ‘kematian’ disekitar kita…. suatu hari kita PASTI akan lalui cuma x tau masanya aje kan…

    sedikit amalan yang boleh sue beri untuk bab kematian ni… iaitu, setiap hari kita kena baca surah Al-Mulk…. surah ni sgt baik n sgt banyak fadhilatnya antaranya dielak dari siksa KUBUR…. kita cuma manusia biasa, x mampu melawan siksa malaikat azab kubur… ngn amalkan surah Al-Mulk setiap mlm setiap hari secara istiqamah adalah jalan yg dpt selamatkan kita dari azab kubur… surah ini pun Rasulullah akan baca n mesti baca sebelum tido… x salahkan kita buat spt amalan Rasulullah… itukan sunnah baginda… moga kita dapat KERINGANAN dkt alam kubur kelak… amin… amalan yg sedikit tapi istiqamah adalah paling baik dari amalan yg banyak tp jarang2… fikir2kan…

    • salam, memang terasa saya apabila tanggal 12 Ogos 2009 suami tercinta telah dijemput ke rahmatullah, secara mengejut, hati hancur luluh mengenangnya dan berhari2 berlenang air mata tetapi dengan kalimah al-quran telah menenangkan saya dan keluarga. Hanya ayat suci al-quran yang dapat dikirimkan setiap waktu. Sememangnya kematian adalah benar tanpa sesaat. Saya akur ketentuan allah dan redha pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. al-fatehah. amin.

  7. Ass, mksh kak! Aq dah khilaf, benar yach, kita bakal mati. Slma ini kadang lupa sm yg namax mati. Sampe enjoyed dunia melulu.

    • salam…

      makasih sbb baca artikal dalam blogs ni… moga dpt diambil sebagai iktibar untuk masa depan…

      • assalamualaikum, dipandangan orang memandang saya seorang yang baik, tetapi saya seorang yang jahat . x tahu nak cite mcm mana?????

      • salam…

        manusia ni dicipta ngn KELEMAHAN, itulah namanya MANUSIA… tak kan lari dari kelemahan… jd, jgn rasa diri jahat sbb kita bukan insan yg sempurna. hanya manusia akhir zaman… apa yg penting, kita berbaiki diri menuju yg lbh baik… 🙂
        destinasi akhirat masih perlu dilalui….

  8. Assalamualaikum,
    Bila baca artikel ini teringat saya kpd arwah anak kecil saya yang baru setahun pergi. Walaupun saya redha dengan ketentuan-Nya tapi hati ini bagaikan hancur bila terkenangkan arwah sehinggakan ibu saya bagaikan mengalami kejutan yang teramat sgt sehingga memberi kesan terhadap kesihatan dirinya. Malang dtg bertimpa-timpa terhadap kami dan saya kdg2 hampir tidak boleh menerima semua ini. Selalu sahaja saya menangis di malam hari mengenangkan nasib diri…kini, saya mula takut akan kehilangan insan yang paling banyak memberi pedoman dan nasihat serta semangat utk saya meneruskan hidup ini. Apa yang perlu saya lakukan…..

    • salam takziah pada iza… n salam ukhawah dari sue…

      mang sukar nak tima org yang disayangi pergi, lebih2 lagi ke alam barzakh… bila dipihak sue, mang mudah cakap ‘sabar’ tapi dipihak yang mengalami mang akan sungguh pahit…. kehilangan itulah paling perit nak dihadapi… baru2 ni sue ada baca buku ‘mengembara kedestinasi alam ROH’…. setiap makhluk pasti akan mati, malaikat maut sendiri pasti akan mati… cuma Allah je yang Maha Berkuasa.

      tang anak iza yang dah pergi, sabarlah… sue pun pernah mengalami benda yang sama cuma keadaan yg tak sama.. sue kehilangan kembar masa umur 7 bulan, sue tak terasa sgt sbb masih kecek ketika itu tapi makbapa sue yang paling terasa kehilangan ank mereka… kita kena yakin suatu hari nanti kita AKAN MENYUSUL, itu mang pasti terjadi. jangalah iza mengeluh dan rasa sgt tertekan kehilangan ‘anak’ ya… anak iza itulah yang akan membawa ‘minuman’ pada hari yang tak ada perlindungan walau seurat benang pun, yang ada cuma kepanasan yang terik di MASYAR… ‘anak’ iza inilah yang akan membawa minuman pada iza dan suami. sedangkan yang lain belum tentu ada yg membawakan minuman. bersyukurlah ada yang akan menjemput iza ngn minuman di padang masyar… tang keadaan si ‘kecek’ tuh jangalah juga dirisaukan… anak ini dididik oleh Nabi Ibrahim sehinggalah kiamat, inilah amanah yg ditugaskan untuk Nabi Ibrahim… ‘mereka’ ni leka bermain dan hdp senang dibawa jagaan Nabi terpilih dan akan menjemput iza dan suami dipintu syurga bila tiba saat perhitungan kita… apa yang perlu, iza perbaiki diri ngn amal, mudah2an dapat jumpa ngn ‘anak’ yang dah pergi dulu. jangan sbbkan si anak menangis bila tak jumpa makbapanya masa hari perhitungan, sbb si anak ini akan mencari2 makayahnya.paling sedih n akan menangis si ‘anak’ sekuatnya bila makayahnya dimasukkan ke neraka. amalkan surah Al-mulk setiap malam, moga dapat mendapat syafaat di akhirat kelak dan dipermudahkan azab kubur… wallahuAlam…

  9. sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd anda kerana dapat menyedarkan diri saya…banyak ilmu yang sy dapat dari saudari…semoga laman ini terus bekekalan sampai bila.

  10. salam nursyirah…
    saya slalu baca blog awk..terima kasih atas segala ilmu yg awk muatkan..byk buat sy berfikir dan muhasabah diri sy yg slama ni mgkin jahil…semoga ilmu yg sy dpt dpt sy amalkan dan mndapat berkat dr Nya..terima kasih nursyirah, semoga Allah merahmati awk..aminnn

  11. Seperti Iza, saya pun kehilangan anak. 2 orang anak saya telah pulang ke rahmatullah, seorang pada tahun 2005 dan seorang baru-baru ini pada 7 Mei 2009.Saya redha akan apa yang ditakdirkan pada saya. Semuanya yang berlaku ada hikmah dan ujian yang diberi ini membuatkan saya lebih tabah dan menyedarkan kita. InsyaAllah kita akan bertemu kembali dengan anak-anak kita di akhirat nanti.

  12. salam..dapatkah hati rs tenang mmikirkan soal “mati”?ntahlah..byk sungguh yg difikirkan..semoga Allah m’beri kesempatan utk kita semua memperbaiki kesilapan,memohon keampunan dan mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.amin.

    • salam…

      nak sentuh topik tentang ‘alam barzakh’ ni sememangnya byk yg akan beri kita kesedaran tentang ‘alam tuh’… mang nak masukkan topik tentang su’ul khatimah n husnul khatimah, tentang peritnya saat maut.. tapi masa tak menaip topik tuh yg agak sukar nak buat..hehehe… biasalah ujian hidup ni pun masih banyak yg kena tempuh

  13. awk mesti orang baik baik kan

  14. Salam…

    Saya adalah insan yang baru hendak mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga dengan ilmu yang dikongsi bersama-sama ini dapatlah saya memperbaiki diri saya yang dhaif dalam agama Allah. Terima kasih buat saudari. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya…

    • salam…

      tanniah n Alhamdulillah dpt hidayah dariNYA. tak mudah org nak berubah kpd yg lbh baik n saudari nak berubah kearah mendekatkan diri pada Allah… moga dlm bulan yg mulia ni bertambah baik ibadah… cubalah baca Surah As-Sajadah setiap mlm, InsyaAllah akan lbh dkt pada Rabb… 🙂

  15. subhanalaah maha suci allah

  16. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

    -rasanya ada masalah periwayatan ini.

    1. Imam al ghazali tiada hubungan saudara dgn imam ahmad bin hanbal.
    2. Beza kematian mereka berdua sangat2 berbeza:
    Imam ahmad bin Hanbal meninggal pada 241H.
    Imam Ghazali meninggal pada 505H

    (?)

    ini cerita apa saudari/saudara?

    fikir-fikirkanlah.

    agama kita berdiri di atas ilmu. jgn buat agama mcm dongeng purba kala. sangat tidak bijak dan tidak comel.

    rujuklah pada hadith sahih. bukan sedikit hadith menerangkan mengenai perlunya mengingati mati. wallahu’alam.

  17. assalamualaikum.
    maaf terlebih dahulu, tapi saya ada nak betulkan suatu fakta.
    Imam Ahmad bin Hanbal BUKAN abang Imam Al-Ghazali. amat mustahil kerana kedua-duanya berada pada zaman yang sangat berbeza. Imam Ahmad 164-241 H manakala al-ghazali 450-505 H.
    boleh lihat di http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_ibn_Hanbal & http://id.wikipedia.org/wiki/Al-Ghazali

    harap boleh semak semula riwayat cerita ini sahih atau tidak supaya tiada salah faham dalam agama.

  18. mengetahui tnda2 kematian ni mmg amt menginsafkan..idup ini penuh dgaan cbran..smga kita sama2 tabah mghdapi sgalanya dan idup ini juga trlalu singkt harap2 kita mempunyai msa utk perbaiki segala kelemahan dan amalan2…

  19. mak saya meninggal 20.11.2011….masih rindu sgt…x putus doakan dia…tp masih rasa terkilan sbb x sempat nak jaga mak betul2 dan dia ditakdirkan meninggal seorg diri di kg.

  20. ok semua setuju

Tinggalkan Jawapan kepada nursyirah Batal balasan