Kelebihan membaca Al-Quran

 

Hendaklah membaca Al-Quran setiap hari kerana:

Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah   baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya

Di dalam hadith Qudsi bhawa Allah SWT berfirman: Orang yang sibuk membaca Al-Quran dengan mengaji, menghafal dan berfikirkan tentangnya dengan tafsir dan terjemahannya dll, bahawa ia menghalangnya dari berzikir dan berdoa kepadaKU (iaitu ia tidak mempunyai masa untuk berzikir dan berdoa) maka Daku memberinya lebih daripada yang Daku beri kepada orang yang berdoa kepadaKU bagi memenuhi keperluannya (iaitu Daku sempurnakan segala keperluan dan hajatnya). Rasulullah SAW bersabda bahawa ‘kalam Allah’ mempunyai kelebihan di atas segala makhluknya.

Di dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa kamu hendaklah mempelajari Al-Quran (dapatkan pengetahuannya), bacalah ia dan ajarkannya kerana contoh Al-Quran, bagi pihak orang yang mempelajarinya, mendapatkan pengetahuannya, membacanya (tertutama dalam solat Tahajud), mengajarkannya dan juga mengamalkannya adalah seperti sebuah beg kulit yang terbuka yang penuh dengan kasturi yang baunya yang sangat wangi sampai ke semua tempat. Bagi seseorang ang mempelajari Al-Quran (mendapatkan pengetahuannya) tetapi (meluangkan masa) pada malam hari (dalam kecuaian), iaitu tidak membaca Quran di dalam tahajud atau ia mengamalkannya, manakala Al-Quran wujud dan dilindungi di dalam hatinya, adalah seperti sebuah beg kulit yang diisi dengan kasturi dengan mulutnya tertutup rapat.

Di dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) baginya satu hasanah dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Daku tidak etakan bahawa Alif, Laam dan Miim sebagai satu huruf, tetapi Alif ialah satu huruf, Laam satu huruf, Miim satu huruf (jadi dalam membaca Alif, Laam Miim terdapat tiga hasanah dan ganjaran minimum menyamai tiga puluh kebajikan)

Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dua orang sahaja yang boleh dicemburui, pertama seorang yang Allah SWT berikan Al-Quran yang ia amalkan pada siang hari dan malamnya dan keduanya, seorang yang Allah SWT berikan harta dan ia belanjakan harta siang dan malam menurut perintahNYA.

Di dalam hadith yang lain bahawa pada hari kiamat ia akan dikatakan kepada pembaca Al-Quran teruskan membaca Al-Quran dan naiklah darjat kamu dalam syurga. Bacalah dengan tartil dan mudah di dalam dunia kerana darjat dan kedudukan kamu akan berada pada ayat terakhir yang kamu akan baca.

Di dalam hadith yang lain bahawa barangsiapa yang membaca Quran dan ia seorang yang mahir (iaitu ia membaca dengan lancar, maka pada hari kiamat ia akan bersama dengan mereka yang dimuliakan dan malaikat yang suci yang menulis amalan yang baik. Dan barangsiapa yang membacanya dengan tersekat-sekat tanpa lancar kerana tidak menghafalnya dan dengan cara ini, mengalami kesulitan dalam membaca mendapat dua kali ganda pahala (satu kerana membaca Al-Quran dan satu lagi kerana mengalami kesulitan dalam membaca)

 

About these ads

17 Respons

  1. timak kasih coz buat blog ni…ia berikan saya satu lagi rujukan untuk memahami islam…and paling penting tambahkan maklumat dalam ISL(asgmnt) saya…
    thankzzzz..
    teruskan usaha anda semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT….
    aminnn…

    • salam…

      makasih sbb sudi jenguk blogs sue…
      amek ilmu didlmnya sbb panduan masa depan :)
      “….. berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2 pada kesabaran”(Surah Ashr:3)

  2. syukran…bnyk pngisian yg sy dpt…n sngt brmkna untk presentation sy…..

  3. satu usaha yang cukup baik untuk menyebarkan Islam , agama yang tiada tolok bandingnya. Berkorban apa saja untuk Agama dan saya yakin bahawa , setiap pengorbanan di dunia akan dinilai oleh Allah di akhirat kelak nanti . Tanyalah diri apalah sumbangan kita untuk agama , kalau dibandingkan dengan para sahabat .. zubir Al Awam dibadannya penuh dengan parut .. untuk pertahankan islam.. dimana sumbangan kita .. saya juga mengharapkan tuan /puan dapat beri sumbangan untuk pembinaan masjid di taman kenari kulim.. 012 5788016 .. Cgu Harun Hj Yaakub

  4. salam ziarah sini, jom tukar2 link dengan ana, ana akan masukkan blog anda di mega link ana

    • salam ust,

      makasih yer sbb jenguk n link dgn blogs sue ni… sue dah masukkan link ust… moga dpt kongsi ilmu… sue ni pun masih terlalu cetek ilmu agama… yg salah n silap harap diperbetulkan…

  5. salam, sebuah artikel yang baik , saya minta izin untuk copy untuk dijadikan panduan…. syukran

  6. good job,,,,,,

  7. terima kasih atas buat blog ni

    saya tak terok nak cari rujukan ..so minta izin copy .

  8. best blog nie memberi banyak pengajaran….

  9. Tersuskan usaha yang mulia ini , semoga hidup tuan diberkati Allah.

  10. salam..info yg bermanfaat..nk mintak izin utk copy artikel ni..utk pedoman diri sy,kluarga, dan rakan2 (^_^)

  11. Salam
    minta izin untuk kongsi blog dengan rakan2
    terima kasih

  12. [...] nursyirah wordpress [...]

  13. salam…
    mintak copy yew…
    untuk tambahkan ilmu pengetahuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 267 other followers

%d bloggers like this: