Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’

Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ denan banyaknya

 

Kelebihan:

1.     Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

 

2.     Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

 

3.     Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.

 

4.     Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

 

5.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

 

6.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah

 

7.     Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

 

8.     Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing  yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

 

9.     Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

 

About these ads

12 Respons

  1. salam…akak..nk copy page nie bole x?
    unk dikongsikan dgn rakan-rakan..insyallah..~

  2. nk mintak copy page ni..nak share ngan kawan2 ofis

  3. seseorang itu sering berzikir dengan kalimah laa ilahaillallah dengan penuh keikhlasan hatinya tetapi pada masa yang sama juga dia sering dengan sengaja melakukan maksiat. Bagaimana statusnya?

  4. salam saudari Nursyirah ,
    gud info.
    halalkan saya petik artikel ni ye … saya muatkn dlm artikel ini ;

    http://ummihanie.com/2011/04/zikir-amalan-harian-jauhi-syaitan/

  5. berzikir memuji dan mengagungkan nama Allahswt dapat membelenngu,membakar,mencekik,menikam syetan.subhanallah maha agungnya Allah maha pencipta seluruh alam,dengan berzikir kita lebih dekat lagi dengan sang pencipta yang maha dahsyat kekuatannya,saudara mari kita galakan zikir dan bertaubat selama Allah masih memberi kita kesempatan untuk beribadah

  6. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)..

    boleh bagi sumber hadis..siapa perawinya?

  7. salam,saya pernah bermimpi seseorang telah memberi ayat kalimah tauhid kepada saya. Saya nk bertanya seandainya anda boleh beri sedikit jawapan dan penjelasan berkenaan dgn mimpi yg saya alami ini.sekian

  8. salam. .mintak copy boleh . . nak share ke kawan2.

  9. mohon share 7 copy.

  10. q akn sering membaca LAILAHAILLALLAH
    thanks ea infox

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 258 other followers

%d bloggers like this: