Azab cinta sejenis

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

 

JOHOR BAHRU: “Janji dia menyayangi saya di dunia dan akhirat adalah drama semata-mata. Selepas dua bulan tinggal bersama, dia mula tunjuk belang termasuk mencuri wang dan menggadai semua barang kemas saya,” kata seorang mangsa pengkid temberang yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 33, semalam.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu menyesali peristiwa hitam dalam kehidupannya gara-gara terpedaya pujuk rayu dan godaan kekasih kaum sejenis hingga melarikan diri meninggalkan anak dan suami pada 2005.

Dia sanggup melupakan anaknya yang ketika itu berusia tujuh tahun dan suami yang bekerja sebagai pekerja kontrak.

Mengenang semula peristiwa gelap itu, kata Anita, ia umpama mimpi buruk kerana tidak menyangka boleh terjalin hubungan intim bersama Angah yang berperwatakan lelaki di tempat kerja iaitu sebuah kilang di Tampoi.

“Angah yang berusia 40-an berpura-pura baik dan penyayang sehingga menjadi tempat saya berkongsi masalah keluarga. Hubungan kami kemudian bertambah rapat dan lebih daripada rakan biasa.

“Saya taksub dengan kata-kata Angah lalu mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu. Selama setahun menjalin hubungan bersamanya, saya sanggup membelanjakan semua duit gaji bagi memenuhi pelbagai permintaannya.

“Apabila cinta songsang kami diketahui keluarga, saya tidak berfikir panjang untuk melarikan diri apabila Angah mengajak memulakan kehidupan baru bersamanya disebabkan tiada pilihan lain untuk menyelamatkan hubungan itu,” katanya.

Anita berkata, mereka melarikan diri ke Melaka dengan bekerja sebagai operator pengeluaran manakala tempat tinggal di asrama pekerja.

Kebahagiaan mereka tidak kekal lama kerana pengkid terbabit mula menunjukkan sikap agresif termasuk nyaris mencederakannya beberapa kali apabila hubungan percintaannya dengan seorang gadis lain terbongkar.

“Angah sanggup mencuri pelbagai barang kemas saya dan wang semata-mata untuk menampung keperluan kehidupan sosialnya.

“Perbuatannya menimbulkan tekanan hebat kerana sudahlah saya meninggalkan keluarga demi dia, dia pula bersikap lepas tangan walaupun pernah berjanji sehidup semati bersama saya.

“Saya terkilan dengan tindakannya memperbodohkan saya apabila menghilangkan diri dan meninggalkan saya berseorangan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kempas, semalam.

Anita berkata, dia bersyukur kerana keluarga sanggup menerimanya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Selama ini dia bekerja di Temerloh kerana tidak mahu pulang kerana bimbang keluarga tidak akan menerima kehadirannya.

“Perpisahan itu balasan Allah terhadap perbuatan saya dan ia memberi pengajaran.

“Hanya kunci rumah yang saya bawa bersama menjadi pengubat rindu terhadap keluarga selama tiga tahun ini,” katanya yang tidak menyangka ahli keluarga termasuk ibunya yang sanggup meminta bantuan Harian Metro pertengahan Ogos lalu.

Dia yang membaca berita itu segera menelefon ibu dan memaklumkan situasi sebenar kerana tidak mahu dia bimbangkan keselamatannya.

“Kami tidak tahan sebak kerana sudah lama tidak berbual, tetapi saya tidak dapat pulang segera ke Johor kerana perlu memberi notis berhenti kerja kepada majikan.

“Saya tidak menjangka ibu dan anak saya, Lela yang kini sudah berusia 10 tahun sanggup menjemput saya di Terminal Pengangkutan Awam Larkin apabila saya tiba di Johor kelmarin,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang tomboi yang melarikan isteri seorang pekerja kontrak sejak tiga tahun lalu hingga gagal dikesan.

Kejadian itu mengakibatkan keluarga wanita terbabit hanya mampu meratap kesedihan apabila insan kesayangan mereka menjadi mangsa pujukan tomboi itu.

Keluarga berkenaan pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan wanita itu di Balai Polis Larkin di sini, 23 April 2005.

 

About these ads

6 Respons

  1. memang cari penyakit la dia org ni… benda yg tak bleh buat, itu la yang dia org nk buat..

  2. Sebelum akhir zaman pun dah berlaku perkara ni, akak Nursyirah. Kalau dah akhir zaman… tak hairan dah.

    • salam ahmad…

      hehe… mang x pelik benda2 mcm tuhh… kan dari zaman nabi luth lagi dah terjadi sehingga ditenggelami dan dihancurkan semua umat nabi luth tuhh… sekrng ni terjadi mang x heran… yang menghairankan manusia yg dah buat banyak dosa tapi x mau sedar dan bertaubat… sedangkan NERAKA dan syurga tetap menanti dihadapan.

      teringat satu hadith yang mengatakan ada 7 golongan yg TIDAK AKAN DIPANDANG ALLAH dipadang masyar kelak. salah satu dari 7 golongan itu adalah cinta kaum sejenis (homosek@lesbian).. sedangkan masa dipadang masyar itulah kita mengharap belas dari yang Esa… jadi, jgn pertaruhkan diri untuk menjadi org yg paling hina dipadang masyar kelak…
      nauzubillah….

  3. semoga kita semua dilindungi Allah SWT dari perkara-perkara mungkar

  4. syukur alhamdulillah… akhir kembali ke pangkal jalan jua, n punya kelurga yg memahami.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 267 other followers

%d bloggers like this: