Ingatlah akan hati yang terluka dan air mata yang membasahi pipi

Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni

 

Tidakkah engkau lihat bahawa mala mini

Bila telah sempurna kegelapannya

Pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya

 

Seorang penyair berkata: bila anda mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah bersumpahdemi waktu bahawa anda akan mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui. Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa jua yang anda sukai, maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.

Jika anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawa hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah diberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam, baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana, baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya, maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah air mata anda. Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman, dan musibah atas diri anda bukanlah yang pertama dan terakam dalam daftar musibah dan penderitaan.

Allah SWT berfirman:

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 214)

About these ads

38 Respons

  1. kita perlu tabah menghadapinya…..dan berdoa……

  2. knp cra slalu dlukai?adkah dri ini x brhak utk dcntai mcm org lain?klau ini adlh tkdir hdup sya,sya trima…dan sya brharap sgat2 spya Allah s.w.t. mnutup pntu hati sya trhdap cnta…

    • bsabar…mgkin allah blum mnemukan jodoh awk yg sbenar…byk kn bzikir dan slalu mngingati kebesarannya..sy doakn awk dberi ktenangan…ameen

      • saya selalu bersbar, tapi kadang saya selalu berfikira klaw allah tidak sayang pda saya. pernah suatu hari saya lg bruh banget pekerjaan, dan saya cba melamar ke suatu perusahaan, tpi apa hasilnya???????
        pnggilan kerja pun gada, pdahal saya selalu berdo’a, salat mlam, bahkan jg sya puasa. tapi dimna keadilan tuhan yang sebenarnya?????????????
        apakah allah tdak sayang pda sayaa??????????

      • salam..

        Astagfirullah.. mengucap saudara…
        semua kita alami benda yg sama
        sering diuji dgn dugaan n ujian yg berat..
        saya juga x telepas… sabar n tima dugaan ini.. insyaAllah, sok lusa
        pasti ada ketenangan n kegembiraan milik kita…

    • jangan diminta untuk ditutupkan hati terhadap cinta..ingat kita dicipta atas dasar tiga tanggungjawab..al imarah,al khalifah dan al ibadat.cinta kepada allah lebih tinggi darjatnya,lebih hakiki dan menjamin kebahagiaan mutlak dunia dan akhirat.jadi,bukalah pintu hatimu untuk cinta ALLAH RABBUL’IZzati..innallahama’aka….

  3. jika mmg dunia ini adalah ujian untuk kita.. jika memang dunia tidak memberikan cinta utk kita.. jika memang kita tidak berhak utk dicintai.. jika memang kita hanya hidup untuk tidak berkongsi dengan seseorang yg disayangi.. maka kiranya tiada cinta insani untukmu.. cukuplah cinta Allah sebagai penyuluh hidupmu….

  4. cinta???byk sgt ke makne cinta

  5. byk sgt ke erti cinta

  6. aku dah x percaya cinta… aku benci cinta…

  7. bsabar..n banyakan bdoa..

  8. angkara cinta aku korban segalanya, angkara cinta aku hilang segalanya, mmng cinta kepada Tuhan Ya Rabbi yang hakiki menenangkan hati..

  9. memang betul manusia dibumi ini sering diuji….hanya mereka yg kuat berpegang dengan agama yg mampu bertahan…tanpa agama manusia akan lemas dan lemah bila ditimpa musibah….kesabaran itu yg paling utama tatkala ditimpa musibah…usaha dan doa agar dipermudahkan segala urusan….

  10. Ujian yang ditimpakan pada kita sebenarnya adalah pengukur sejauh mana kita tabah mengharungi. Cinta itu memang indah andai kita tahu menghargainya. Hidup ini akan lebih bermakna jika kita meletakkan segala CINTA pada ALLAH. Semoga hati ini mencintai Allah lebih dari segalanya…Amin..

    • kan bagus kalau ade yang mengajar saye ini sebelom mereka mengajar saye utk solat, puase, tutup aurat dan sebagainya. mengape mereke hanya ajar utk ‘keje ibadah’ tanpa beritahu sbb dn tanpe pnah bgtahu cinta pada Allah itu penting. y ade cinta pada ibu bapa aje y lebeh2. mengulang2 bende y same sampai muak dan bosan. knp bile dewase baru nak ckp. lepas segale silap berlaku baru nk ajar kebenaran. syukur dan ikhlas adalah care terbaik utk mendekati dan cintakan Allah. tapi sume sebok mengajar ibadah saje. ustaz ustazah didik mengejar pahale spt mengejar WANG. xde bezanya.

  11. npew ak asyik dpmenkn oleh cinta seowg lelaki???
    adkh ak xlyak untk menerima ksih syg dri dya????
    ak syg sngt2 kt dya,dya tgal an ak tnpa sebb….
    kwn2 tlg la ak…ak xlrat untk nagis lg…ak prlu bibimgan dri ko owg sume untk lupakn sgale2 yg pnah brlku kt ak…ak mcm dh xdew ala tuju ckng…urmmm

    • jangan menangis utk lelaki..simpan je air mata 2..1 hari nti akan hadir gak seseorang yang reti mghargai kite..cuma cepat atau lmbt je..sbb manusia ni kn dijadikan berpasgan..

  12. ‎”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya.”
    Ibadahku xssempurna mereka,tp ak sllu harap Allah buka hati ak ntok jadi lebih baik.ak tgk diorng yg btudung labuh,xd bf,idop slalu ddamping buku,ak pk,boring nye idop diorng.tp bile pk2 balik.diorng la yg paling bruntung,sbb dberi hidayah,diorng bahagia dlm dunia diorng.n diorng mng dunia n akhirat.ak pulak,idop ak yg ak sngkakn enjoy sgt ni rupenya x la se’hepi’ yg ak sngka.ad bf,2 sume mndtngkn kecewa n enjoy dgn knkawan yg hepi go lucky,tp bile dtimpa ksusahan,sume jaohkn dri.

  13. Setiap insan akan bertanya “Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? “.

    So, jawapannya…. yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

    Teringat pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.

    Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

    Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

    Apakah dia istidraj itu?

    Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

    Rasullulah s. a.w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

    (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

    Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

    Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

    Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

    Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

    Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

    Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
    Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

    Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

    Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya”
    (Kitab Nasaibul > æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

    Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.
    Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

    Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

    Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

    Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

    Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
    Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

    Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan
    istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

    Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita
    cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

    Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

    • salam…

      satu perkongsian ilmu yg sgt berguna.. tq Diana Jamri sbb post ni ye…
      akan jadi peringatan utk diri ini dan pengunjung lain…

    • salam…jawapan bg persoalan y selalu sy fikirkan..sgt berguna..

    • sy juga pernah merasai ujian daripada allah..wlaupuntidak sehebat yang org lain alami..tp sudah cukup begitu perit bagi saya..sy besyukur mempunyai hati yg sentiasa memujuk saya spy percaya pd allah tatkala mulut saya melafazkan ketidak yakin pd kuasa allah..dalam meniti ujian itu sy sentiasa musabahkan diri..allhamdulillah allah mmg adil, 3thn menanti..sy dianugerahkan dengan ape yang sy hajati selame ni…syukur, alhamdullilah..amin…kawan2 allah sentiasa bg kite ujian spy kite mengenal siapa diri kite, mengenal allah…kesabaran dan usaha adalah kunci pd ujian tersebut.. knape mst kite melihat pd jalan yg sempit sedangkan masih ade jalan yg luas tebentang dihadapan kite..

    • Byk iktibar boleh diperolehi di atas artikel anda. Mohon kongsi artikel untuk disebar kpd rakan lain.

    • nk mnx izin share eh??cm menarik je.^_^

  14. jangan menulis diatas kaca menulislah diatas meja jangan menangis karna cinta menangislah karna dosa

  15. bila Allah cepat maqbulkan doamu ,maka dia meyayangimu .bila Allah lambat magbulkan doamu maka dia ingin mengujimu .bila Allah tidak maqbulkan doamu maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua sekalipun kerana ksh syg Allah itu mendahului kemurkaanNya…..ini khas utk arul.bersabar la saudara ye.n jgn la mudah pts asa.bkn awak seorang je yg ada maslah.semua owg ada masalah…

  16. jika seseorg itu slalu melukai n menyakiti aty kita, adakah satu ari nanti dea akan rasa sama seperti yg kita rasa??

  17. kadang2 sy tpikir np sy tpaksa terima semua nie…sy dah lakukn y tbaik u semua org..tp np ade je y tidak puah hati gan saya..apa salah sy?
    saya bdoa selalu u mhalang tp pe y saya dapt sbalik nye..kadang2 sy ttanye np saya perlu lalui semua nie…

  18. aku masih keliru dgn bakal suamiku sendiri…keliru dgn kejujuran die…keliru dgn semue tentang die…adekah benar die adelah milikku?yg mampu menjadi khalifah keluarge aku nanti?yg mampu membimbing aku ke jalan kebenaran…?tarikh pernikahan bakal menjelang dan semakin hari aku rasekan tidak bersedie utk hadapi semua ni….. :'(

  19. Salam, sy sering tertanya2 adakah kerana dosa2 sy lampau maka sy ditakdirkan menerima & telan penderitaan ini sepanjang hidup sy???
    Suami sy die bertanggungjawab cuma die bukan lah suami yg memiliki ciri2 yg soleh..langsung tak pernah solat , selama 6 thn sy kawen dgn die, malah die dgn sinis bertanya, jika sy solat, apakah kau rasa solat kau diterima allah??
    bila masuk bab pendidikan utk anak2 die seolah2 tidak mementingkan pelajaran untuk akhirat..bila sy cadangkan itu, ini die ckp sy terlampau pandai, maka jadilah pergaduhan , sy slalu berdiam & menangis saja, mungkin ego nya terlalu tinggi, hingga tidak mau sy mencampuri urusan sekolah anak , jika sy ckp sedikit shj die akan menengking2 sy , memanggil saya bodoh sudah terlalu biasa sy dengar ….sy betul2 sedeh dgn keadaan ini..setiap kali ada perkara yg sy cadangkan,ada saja yg tak kena di hati die, pukul bantai , tendang sy jika sy melakukan kesilapan kecil sekalipun ..entahlah mungkin ini balasan atas dosa sy yg lps2 pd allah..pernah die menendang saya hanya kerana sy tidak mahu mengikut die pergi ke kasino …entahlah sy pun sukar meluah perasaan pd org lain atau pd keluarga, maka biarlah sy simpan sj dlm hati ..hingga kini sy percaya, cinta sy hanya utk allah, dan sy percaya allah saja yg mencintai hambanya..bukan harapkan cinta dr manusia, yg hanya bertahan utk sementara , yg hanya jadi debu setelah ditiup angin, yg hanya berkecai dek sedikit getaran , cinta pd allah jua yg kekal..pd sy hidup sy sudah lama tiada cinta atau kasih syg yg ada cuma tanggungjawab & kasih pd anak2 , juga kasih pd arwah abah & ibu yg masih hidup ..

  20. wlaupun hati sya selalu terluka namun sya slalu memaafkan orang tersebut. mungkin ALLAH nak uji sya. nmun sya redha dgn ap yg berlaku. adakah diam itu lebih baik ..

  21. aku sdar tuhan mash synk m kita meski pun coba’n ynk ku hdpi bgtu brat vi q cmn bsa brdoa mga ine cmn ujian semntara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 268 other followers

%d bloggers like this: