Amalan orang melayu bila membeli sesuatu barang baru…

  su1

 

Apa yang hendak aku sentuh iaitu topic tentang amalan orang melayu apabila membeli sesuatu barang baru contoh kereta baru atau motor baru, malah yang baru nak naik rumah baru pun akan diadakan majlis kenduri doa selamat…

 

Benda ni sedikit bagi mataku celik, kenapa ada amalan orang melayu yang sering dicampur adukkan dengan khurafat. Dipersekitaran rumahku dan penduduk kampungku juga tak lepas dari amalan sebegitu. Bagi mereka bila membeli kenderaan baru, mesti dibuat doa selamat agar kenderaan baru tuhh tak akan ‘amek darah diaorang’ inilah kejahilan yang jelas sbb mereka fikir kenderaan itu yg mengawal manusia, yang berkuasa untuk mengubah sesuatu dalam perjalanan juga takdir hidup orang yang menaikinya. Jelas terpesong sungguh minda macam tuh..

 

Bukan setakat penduduk dikampungku tapi masa aku study di Universiti pun amalan doa selamat tuk ‘membuang’ atau ‘melepaskan’ sesuatu utk keselamatan diri si pemilik masih diikuti. Kawan-kawanku pasti akan membuat kenduri doa selamat bila beli motor baru. Dengan harapan lepas buat doa selamat tuh, tak akan berlaku eksiden lagi…

 

Semakin aku heran dikampungku, bila aje beli kenderaan baru mestilah dibuat majlis dan yang bercampur adukkan khurafat dengan “membaling darah” yang dikorban dekat kenderaan tuhh. Biasanya ayam yang akan dikorbankan.,. kunun2, ayam itulah korban ‘darahnya’ supaya darah si pemilik tidak akan diamek.. jadi tak adalah eksiden… minda yang sungguh jahil… masih diamalkan benda syirik tuh dikampungku. Ntah nak buat macamna nak bagi minda penduduk kampung ni terbuka tentang ajaran islam sebetulnya.

 

Amalan buat kenduri doa selamat ni bukan tak boleh, malah dituntut dalam agama sebagai tanda kesyukuran atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh-NYA pada kita…. Eyalah, dapat gak beli sesuatu yang baru.. kan itu merupakan rezeki dari Allah… tapi yang menjadi salah bila dicampur adukkan dengan khurafat dan syirik. Itu salah besar dan dosa yang sangat besar… menyekutukan Allah tiada pengampuanan dari-NYA…

 

Aku ada membincangkan topic ini pada ust shauqi…. Dan minta penjelasan tang budaya doa selamat untuk dijadikan sbg ‘pelepas’ sial…. WallahuAlam…

 

******

 

salam ust….

 

arap sihat sentiasa ya… sue, alhamdulillah sihat jugak…

 

masa sue study, ada kwn kami eksiden… jatuh motor, mang teruk jugak. patah kaki dia.. ada kwn cakap “si farah ni asyik jatuh motor sbb dia beli motor baru tuh tak buat doa selamat dulu… itu yang motor tuh makan darahnya”… aikk, sue ingat org KL tak amal adat mcm tuhh, upanya org KL pun mcm tuh. kalo dkt tempat sue ni, mang mcm tuh lah biasanya.. bila ada beli kenderaan baru aje, mesti diwat doa selamat.. kunun2 kenderaan tuh tak akan amek darah kita plak, jadi x de lah eksiden :) … betul ke?

 

*******

 

Salam sue…

Lama tak dengar berita… moga2 sue sihat walafiat dan didoakan moga sue bahagia selalu….


Berkenaan dgn doa mohon pertolongan allah supaya selamat tidak menjadi masalah, bahkan dituntut, tetapi yang dilarang ialah buat ‘tepung tawar’ pada motor tu, atau apa2 upacara yg bercanggah dgn syarak. Cukup sekadar bila naik je motor, baca doa… kalau nak eksiden juga, ia merupakan ujian… so tak kena mengena dengan sebab masa beli motor tak buat ‘pelepas’ dulu… ini kepercayaan yg syirik.

wallahu’alam.

About these ads

6 Respons

  1. Salam sayang Sue…apa khabar?

    di kampung akakpun ada jugak org buat doa selamat bila masuk rumah baru dan beli kenderaan.tetapi diorang cuma buat solat hajat sahaja.

    manakala kalau dapat anak baru diorang ada buat kenduri kesyukuran…

  2. semoga kita dijauhi amalan2 syirik…..insyallah…

  3. Nursyirah
    Saya rasa apa yang dikemukakan tu ada sedikit salah faham la. Apa yang penting ialah niat pada diri seseorg tue . Dalam bab nie, kte buat kenduri2 tu semua bukan untuk meraikan kenderaan atau rumah baru, tapi lebih kepada aspek bersedekah mengikut ajaran islam. Secara khas nya, kita akan membuat kenduri tersebut di atas kesyukuran ke atas penganugerahan ilahi terhadap sesuatu perkara itu. itu lah sebenarnya tujuan kenduri tersebut.

    • salam haz…

      ikut ajaran agama sememangnya kita dituntut untuk bersedekah dan salah satunya adalah dengan membuat kenduri. itulah juga tanda terima kasih kita pada Allah diatas rezeki yang diberikan. cuma yg menjadikan kepada syirik bila dicampur adukkan dengan bidaah dengan bercanggah pada hukum agama… niat sesorg itu juga yang penting sbb Allah tgok pada ‘niat’ hambanya…. sekiranya tujuan kenduri dibuat agar kenderaan baru itu tidak membawa malang pada penumpangnya bukan ke sudah lari dari hukum sbb dalam minda, kenduri perlu dibuat agar tidak ada darah yang tumpah pada kenderaan itu… kenduri itu seolah-olah adalah sesuatu yang dapat menyelamatkan dr berlaku musibah… lebih2 lagi dibuat korban haiwan yang berdarah, sungguh jahilkan….

      tulisan sue tuh BUKAN mengharamkan kenduri kesyukuran (doa selamat) cuma sesetengah pihak ada yang mencampur adukkan dengan benda khurafat… itulah yang menjadikan syirik… jika tujuan kenduri itu untuk sedekah kepada penduduk kg lain dan sebagai tanda terima kasih kita pada Allah, itu seharusnya dituntut dan sangat digalakan kita buat bagi yang berkemampuan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 268 other followers

%d bloggers like this: