Kawal nafsu jadi manusia mulia

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.

Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.

Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: “Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia.”

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.

Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu ‘amarah’ (nafsu jahat), ‘lawwamah’ (menyesal apabila buat kejahatan) dan ‘mutmainnah’ (tenang).

Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.

Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:
- Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.
- Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.
- Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?
- Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.
- Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.
- Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:
- Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.
- Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.
- Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti ‘ma’thurat’ dan baca al-Quran.
- Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).
- Banyak bersedekah.
- Berkawan dengan orang miskin.

Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.

About these ads

10 Respons

  1. insyaallah segala apa yang dapat daripada sumber ini menjadi panduan hidup.

  2. ASSALAMUALAIKUM , sy adalah seorg remaja yg dahulunya terlalu khusyuk dan lalai dengan nafsu . kini sy ingin menutup hati dri nafsu2 . Bagaimanakah caranya ??

  3. apakah doa untuk lawan nafsu?????????

  4. sy ingin btanya kpada yg pkar…sy mpunyai msalah bkaitan dgn nafsu…ketika sy brada di sisi orang ramai sy normal nmun sbaliknyer jika sy ksorangan…sy akn brimiginasi kuat ttg seks

    • macam nie lah.. sebagai manusia .. nafsu bnyak btul x?? kalau betul lah kamu nk lawan nafsu.. usaha kene ad.. betul x?? kalo dok ikut kata hati berimiginasi.. mmg lah .. kite kene lawan sume nie.. cuba lawan.. ingat akan hari kejatuhan kita di liang lahad nanti.. selalu…(seram pulak tibe2 nie..) aq sendiri takut..

    • Lukman al hakim,
      “Hai anakku, pertama yang mesti kuingatkan padamu adalah setiap orang itu ada nafsu, jika kamu turuti ia, ia akan meminta yang lainnya. Sesungguhnya syahwat itu tersembunyi di dalam hati sebagaimana persembunyian api di dalam batu. Jika dibakar menyala, jika ditinggalkan akan padam jua”

      Cuba semampu mungkin menjauhi perkara yg ‘trigger’ nafsu contohnya dengan menjaga mata dpd melihat perkara yg diharamkan dan banyakkan berpuasa. Umpama orang yang masih sakit setelah memakan satu ubat. dia perlukan ubat yang lebih tinggi dos. Begitu lah bila kita masih lagi terasa nak turuti nafsu ni, kita perlukan lebihkan dos ibadah.

      Bila keseorangan, banyakkan membaca. jadi takdalah fikiran saudara melayang2 taktentu hala. jalani kehidupan yang aktif bukan setakat bersenam saja, silalah cuci2 rumah,cuci2 masjid, buat kerja2 volunteer

      Teringat doa Rasul ke atas seorang pemuda, sambil meletakkan tangan kanan Baginda di atas dada anak muda itu,baginda berdoa:- ‘”Ya Allah, bersihkanlan hatinya. Ampunilah dosanya dan peliharalah kemaluannya.”

  5. sya seorng remaja yg berusia 16thn…bagaimna hendak mengawal nafsu ketika sedang memuncak…?

  6. salam saya mahukan bantuan kerana saya sering kali gagal mengawal nafsu..kadang2 saya rase sedih marah..saya juga menhadapi masalah putus cinta dgn kekasih saya yg membuat keputusan untuk memutuskan hubungan saya geram kerana dia dh banyak wat saya sakit ati dan saya dh banyak bersabar dgn perbuatan dia..perassan saya kacau bilau..ape yg perlu saya lakukan..

  7. arkh!!!!!!!! dh smayang tobat..buat lg cmne ni..?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 267 other followers

%d bloggers like this: