Sumayyah wanita pertama mati syahid

 

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

About these ads

55 Respons

  1. terima kasih post kisah di atas…

  2. betapa tabahnya Sumayyah, biarpun di seksa tetapi mulutnya tidak pernah melupakan Allah…….

  3. subhanallah…begi2 bsar sksaan abu jahal kpd sumayyah ttpi imannya ttp kukuh dan tdk seinci pun runtuh imannya kpd allah SWT…kite ptut mncnthi sikap sumayyah yg mengkkan agama islam…..

  4. salam..mintak izin copy paste bahan mana mana bahan dari laman enti….kalu diizinkan

  5. salam…

    subahanallah…sungguh besar peng0rbanan wanita yg bernama sumayyah binti khabath..
    h0pe kte p0n dpt c0nt0hi keteguhan imannya dlm menegakkan islam…

  6. Salam…

    Memang betul2 mengagumi ketabahan dan kecekalan iman mereka… adakah kita juga mampu seperti mereka? Terasa lemah dan kerdil sungguh diri ini…

    Kalau tak keberatan, boleh sertakan tak rujukan utk kisah sumayyah ni…

    • salam…

      artikal tuh, saya amek dkt utusan…

      sememangnya, kita tak mampu nak tandingi org2 terdahulu. iman kita yg dtg kemudian ni mang terlalu kecek n lemah, nak pi berdakwah pun byk alasan diberi. nak bersedekah pun tak rajin, tuh pun berfikir dulu nak sedekah @ nak guna tuk kperluan diri… itulah kita, umat yg dtg kemudian.. ada jer alasan akan diberikan…

    • sumayya memang tabah dialah insan perempuan yang mati syahid /subhanallah>.<

  7. salam….mgkn zaman sekarang kehidupan kita tidak seteruk orang yan g terdahulu, tetapi untuk mati ke jalan allah, masih ramai yang tidk sanggup…subhanallah…

    • Salam…

      emmm… biasalah, zaman kita ni sebut jer pasal AGAMA sure letak kebelakang dulu… kekdg tak fhm, napa zaman terdahulu semngat agama diaorg lbh kental. zaman kita ni, enjoy plak yg lbh kental dlm hati… mudah jer kita lalai… kalo lah, kita blh jdi spt org2 terdahulu, kan elok….

  8. SUBHANALLAH…
    HEBAT IMAN WANITA INI DAN KELUARGA YASIR…CONTOH TAULADAN UNTUK SAYA KUATKAN IMAN.
    SETIAP KALI MENDENGAR LAGU SUMAIYAH KUMPULAN HIJJAZ, MEREMANG HATI SAYA. SEHINGGAKAN MENITISKAN AIR MATA.
    SEMOGA KITA MENUJU IMAN SEPERTI SUMAIYAH.

  9. lagu sumayyah memang disukai oleh orang islam.termasuk saya sendiri

  10. TERHARU APABILA MBCA KISAH SUMAYYAH NI… SEMOGA MNJDI PENGJARAN BUAT KTA SEMUA… DI SMPING KITA DPT MENILAI DAN MUHASABH DIRI….

  11. begitulah penderitaan seorang wanita yg hndk memprjuangkn agama suci (ISLAM)..akan terasa sdih dan sgt simpati dgn pendritaan beliau apabila kita,sbgi umt islam menyelami ksh sumayyah ini..marilah kita sama2 renung2kan..

  12. btapa sbar nye sumayyah,,,
    adkh lg mnusia spt sumayyah d zman skrg nie???

  13. mmg x sngke ade manusia yg snggp mati krane p’thankan agame…pada zaman rasuallah je yg ade manusia sperti itu…ade ke manusia cmtu dlm dunie niey lagi>???sngguh menginsafkan…

  14. kan best klu aq nie sekuat cam sumaiyah .
    kuat iman nyer menempuh dugaan allah .

  15. thanks for the post….
    mmg btl2 tabah Sumayyah…
    rasenya,zaman skrg ni dh xde org sekuat tu, baik llaki atau pmpuan…
    hatta,jika diugut pn ade yg dh hilang iman, apetah lg jika diseksa…
    begitu kuat Sumayyah membela agama Allah..tp org sekarang bermegah dgn larangan Allah.
    Sumayyah dh mndapat syahid.kite plk mcm mn ek mati nnt?
    wlau x syahid,harap mati dalam iman..InsyaAllah. klu x,….Nauzubillah……….

  16. MasyaAllah…..hebatnya iman para sahabat di zaman rasulullah….sedih mengenangkan iman setipis kulit bawang di zaman kita ini….Bila di uji dengan CINTA, ada yang sanggup menggadaikan imannya

  17. huh!!takut aku dengar cerite sumayyah ni….aku rase diri ku sungguh krdil nk dibandingkn dgn kuarge yasir….aku kadang2 dok trpikir, adekah aku ni sudah mnjalankan amanat rasulullah…..kite manusia akhir zaman sepatutnye kene lebih kuat dari orang trdahulu sbb zaman moden ni lagik byk seksaan mnggunakan mental dari fizikal….kalo fizikal trus mati je akhirnya….tapi kalo mental….hati kite bole jadik hitam brkarat…..dn akhirnye kite akn mati…bkn mati jasad, tapi mati keimanan….dn balasan Allah amat la berat…..

  18. subahanallah…….

  19. brbeza btol islam dlu ngan islam skrg..
    sgguh hebat sumayyah mngakkan islam..
    kini islam hya pd nama shaja..
    subhanallah..

  20. kesian die harap dia di ltkkn di sisi allah maha besar

  21. YA ALLAH,aku rindu SUMAYYAH ….SUMAYYAH!!!!! slama 5 hari asyik ingt pnderitaan trhadap SUMAYYAH , YASIR & AMMAR ……d’ mulut SUMAYYAH tetap brkata ALLAH TUAH KU ,ISLAM AGAMAKU ,MUHAMMAD NABI KU…….YA ALLAH…..YA RABBI YA KARIM KAU MAHA AMPUN…

  22. mintak nyalin maklumat nya ya…
    Gomawo…Aniseyo

  23. dari dulu mencari cerita tentang sumayyah ni selepas saja saya mendengar lagu sumayyah yang telah dinyanyikan oleh kumpulan hijjaz .thank you for that writing,thank you very much

  24. Aku amat kagum dengan mu wahai summayah…
    Syurga menanti mu…..

  25. Ya Allah kau terapkanlah hati kami wanita-wanita yang hidup hari ini seperti hambamu yang mulia Sumayyah….

  26. ya Allah…kau jdkanlah aku sbaik-baik hmbaMu..berilah ketabahan pdku utk terus memperjuangkan agamaMU..

  27. salam…sy nk share cite kat ats…menarik :)

  28. baguslah sumayyah ni. dia enggan mengaku batu berhala sebagai tuhannya.

  29. Sumayyah mmg kuat iman nye…Dan kita patut contohi nye

  30. subhanallah, betapa tingginya keimanan sumayyah dan keluarganya kepada yang ESA…..

  31. Alloh maha tau apa yang menimpa sumayah,,beliau tersenyum ketika ajal didepannya kerana Alloh memperlihatkan tempat kembalinya yasir family with heaven or paradise…barokallohu lakum ayyuhal musahidunn…ana uhibbukum,,allohuakbar

  32. askm….setelah membaca kisah sumaiyah ini….
    saya terharu…dan menangis….kerana saya begitu teruja dengan kekuatan sumaiyah untuk mempertahan kn agama ‘ALLAH’…subahanaallah….

  33. WANITA YANG HEBAT !!!!!

  34. sumayyah ialah wanita sebaik-baik manusia. betapa tabahnya dia mengharungi dugaan dan cabaran yang diberi oleh allah taala.

  35. jkkk

  36. Sungguh besar kesetiaan Sumaiyah terhadap Allah SAW. Saya bangga dengan Sumaiyah, Yasir dan Amar.

  37. smoga dgan kisa ini kita dapat mngambil pngajaran,,
    subhanallah sungguh tabah hti2 kluarga yasir,,

  38. menitis mengalir berlinangan air mata ni bila di kenang kisah di atas. betapa hebatnya sumayyah yang sanggup menengakkan islam. allahhuakbar

  39. sedih baca kisah sumayyah ni..mudah2an menjadi iktibar bagi umat islam skg ni terutamanya kaum wanita,yang sering memperlekehkan isu agama islam yg tercinta….

  40. memang tak ber hati perut si abu jahal

  41. Subhanalloh!sampai menitikan air mata.sungguh tidaklah sia2 kematiaMu sayidina Yasir.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 258 other followers

%d bloggers like this: