Istiqarah itu adalah jln terbaik dlm kehidupanku…

Mungkin dah qada & qadar, hanya itu yg mampu aku luahkan… kekdg diri ini betul2 tak mampu nak hadapi setiap mslh yg dtg… mana nak fikir soal duit nak sara keluarga, nak bg kesenangan pada mereka ni dtg lagi beribu dugaan.. ya Allah, aku hanya insan yg terlalu kerdil.. ada tika aku tak mampu nak hadapi semua dugaan hidup… aku ingat mslh ku akan selesai & akan dpt berita yg mengembirakan hidup ku setelah aku buat solat istiqarah.. lazimnya itulah amalan tiap kali jalin hubungan yg serius.. eyer la, kita kena rujuk pada yg Esa jgak apa2 yg berlaku dlm hidup… emmm, tak sangka lepas 3 mgu solat.. ‘kapel’ yg mengaku syg sepenuh hatinya & janji akan menjagaku selagi hidup ni, rupanya hanya manis mulut seorg lelaki… cepatnya jawapan yg Allah bagi.. dlm masa sebulan setengah langsung mendiamkan diri.. hubungi pun tak dapat.. akhirnya berlaku plak sesuatu benda yg aku tak jangka.. selama sebulan lbh menghilangkan diri tanpa satupun kabar berita & smlm berlaku plak episod lain.. si dia call Tanya kabar.. terkejut jgak.. btl2 dua bln baru nak hubungi aku.. ader gak dia tgl kan pesanan dlm mail ckp dia msh rindu & sentiasa mengingati aku tp ada mslh tak dpt nak elak (KUNUN!) akhirnya aku balas dgn ayat yg sememangnya pedas bagi org yg berfikir.. aku ckp cuma “SAYA BUKAN BARANG JENIS PAKAI BUANG! SLPS SYA NI JGN BUAT PADA PUAN LAIN BENDA YG SMA. SYA HALALKAN SGLA ALASAN TUH & INGT ADA NAMANYA HUKUM KISAS.. YG BAIK DIBLS BAIK N YG JAHAT AKAN DIBLS JAHAT..FIKIR2KANLAH..TQ”.  ntah la mcmna aku dpt kekuatan mcm tuh. Lelaki ni kena di ajar.. jgn igt kaum puan ni lemah.. hari ini dia telepon lagi & ckp nak tolong dptkan keje… emmm… aku tak bersikap kasar, aku angkat jgak lah telepon tp nak mainkan aku, sory la.. aku bkn bodoh.. dia Tanya apa dah citer aku sbb 2 bln dah baru berhubung… aku ckp biasa jer… n tak sangka pass tuh dia ckp perkara yg sebenarnya yg dia dah ada pasangan. Mcmna la aku tak sedar.. patutla selalu ckp bz… bila Tanya, dia akan ckp bz pi main bola sbb ada perlawanan antara jabatan polis… emmm… tak sangka plak, jawapan Allah cepat kali ni aku dpt… dlm sedih aku diperbodoh2kan, sempat jgak aku ucap Alhamdulillah sbb Allah kabulkan doaku dlm masa yg singkat.. dari aku dok tgu tiap hari, tiap masa.. tp apa yg akan aku dpt?? Benda yg menyakitkan… aku doakan moga dia bahagia selalu… tittle kecewa nampaknya aku sandang lagi awl tahun ni… inilah qada n qadarNYA.. benda yg menyakitkan ni, PASTI ada kebaikkan darinya… aku perlu tabahkan hati n teruskan kehidupan rutinku dlm berjuang utk mak ayah ku… aku masih ada yg sayang… mang terbukti doa org2 yg teraniaya adalah makbul.

Seandainya si dia membaca luahan ini… pesanku buat yg kesekian kalinya.. jgn menyakitkan hati org, kelak akan dibalas jgak oleh Allah. Ingt, hidup kita ni ada HUKUM KISAS.. kalo tak kena pada diri sndiri pasti kena pada anak2 @pun keluarga yg lain yg terdekat pada kita… so, jgn sbb kita org lain akan kena… WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK.. hidup kita ni tak lama, isilah dgn benda yg beri kebahagian pada diri n org lain, bukan sesuatu yg menyakitkan org lain.. jgn zalimi org lain…moga Allah beri hidayah buat si dia.. amin..

Rupanya, ada hikmah napa Allah temukan aku pada vemma. Masa yg ada terluang semua aku gunakan utk vemma… dari basic zero aku study step by step… Alhamdulillah, semua ok dan aku dapat suaikan diri dengan cepat.. dah tgjwb, kenalah jugak dipikul… yg penting usha untuk buat yg lebih baik dari hari semalam… segala pujian kembali padaNYA..

About these ads

28 Respons

  1. “Mahukah kau percaya jika aku katakan yang dunia ini amat luas? Dan sesungguhnya kejayaan menanti bagi mereka-mereka yang ikhlas dan sabar?
    Juga engkau ini bukanlah selamanya susah bergini? Dan juga wahai adik, percayakah kau jika aku katakan Allah itu Maha Kaya dan Maha Memberi?
    Dan berjanjilah denganku yang kau tidak akan sekali-kali akan berputus asa didalam mengejar kebahagiaanmu?”

    “Voice from wirajiwa”

    • salam saudara wira yg sue angap n hormat sbg seorg abg sndiri…

      kita ni manusia yg tak dpt lari dari segala mcm dugaan n ujian… kdg kala, kita x mampu utk terus bertahan.. manusia itu kan dicipta dgn kelemahan, keluh resah… cuma yg sue sedikit kcewa, napa ada manusia dijadikan Allah sbaik2 manusia tapi hatinya pnh dgn kotor… keikhlasan kita sering kali dibalas dgn kepura2an… adakah perasaan seorg insan itu langsung tak ade nilai dimata golongan2 sebegini?

      napa ade sestgh laki ni suke sgt mempermainkan kaum yg lemah… penuh dgn kepuraan, sandiwara.. kekdg hati ini slalu bertanya, napa benda ini slalu terjadi. sedap sgt ker memainkan ppuan… memberi JANJI setiap waktu… kalo saya ni, tak berani nak berjanji sbb janji itulah AMANAH yg kita kena laksanakan… kalo kita tak laksanakan, dkt akhirat nti, Allah akan tanya samada amanah itu dah btl2 kita laksanakan @ tak…. kalo nak berjanji, biar lah janji itu kita blh pikul n jalankan dgn baik… tak perlu berjanji nak jaga kita selagi hidup ini ade skiranya hanya manis dimulut! sedangkan kata2 yg dilafazkan itu, akan mengikat dia diakhirat kelak… moga golongan2 sebegini akan diberi hidayah ole Allah… menzalimi org lain pasti akan dizalimi kelak… fikir2kan lah sblum buat sesuatu!..

  2. Kau mungkin akan bertemu dengan orang yang kejam dalam dunia ini , tidak kurang juga mereka yang berperangai binatang dan pendusta, juga ada diantara mereka yang sangat tidak jujur, meninggi diri dan suka mengambil kesempatan. Ada dikalangan mereka yang sangat pandai berpura2 mengambil berat tapi hakikatnya mereka sangat suka mengambil kesempatan.

    Tetapi ,walau macam mana buruk sekalipun dunia dan isi2nyer ini pada pengalaman dan pemandangan awak… yakin dan percayalah yang masih lagi terdapat keindahan didalamnya, masih juga lagi terdapat insan2 yang baik dan bersedia berkorban untuk kita, masih lagi dunia yang kacau bilau ini sarat dengan kasih sayang sebenarnya…..
    Jadi janganlah kau membenci hanya kerana sifat buruknya itu, cintai dan sayangilah kerana sifat yang baik itu

  3. “ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

    Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
    Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
    atau:

    http://beritamuslim.wordpress.com

    Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
    Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat

    http://en.wordpress.com/report-spam/

    Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
    Your Email : email Anda

    http://beritamuslim.wordpress.com

    Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
    semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
    Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

    • Waalaikum salam Pakcikli00.

      Secara kasarnya aku paham akan maksud dan niat pakcikli00 ni. Dengan niat supaya blog atau web tur ditutup. Tetapi tidakkah dengan secara tidak lansung Pakcikli ni telah memanjangkan link web yg tidak baik itu? Tidakkah juga pakcikli00 telah menjadi promoter tidak bergaji kepada musuh-musuh Islam ini?

      Andai kata yang masuk ke link tersebut hanyalah untuk ‘spam’ web tersebut, syukur Alhamdulillah, tapi bagaimana pula jika ada dari mereka itu yang membaca artikel-artikel didalamnya. (kerana dakwaan itu tidak boleh menjadi benar kecuali dengan bukti, lantas mereka merasakan mereka perlu baca dulu untuk membuktikan kesahihan tuduhan tersebut)

      Bayangkan jika ada diantara mereka yang cetek ilmu agamanya, merasa “eh betul jugaa apa yang dia ni tulis” atau lebih halus dari itu , namum masih juga bahaya akhidahnya “ada laaa betulnya, tapi kita orang Islam, kita tak bolehlah ngikut dia” (bukankah perkataan itu telah meletakkan Islam itu dalam kesangsian, atau tidak bebas dari kekotoran? Bukankah juga ayat yang tidak bermaksud merendahkan Islam itu tadi telah meletakkan setingkat lebih rendah dari usul yang lain darinya?

      Golongan orientalis, fremeson, iluminati ini sebenarnya bukanlah hendak menyesatkan manusia dengan mengajak mereka(umat islam) beriman yang tuhan itu tiada, atau Muhammad itu sangsi kerasulannya. Cukup dengan meletakkan, “eh betul juga pendapat dia tu” sepertinya ada perkataan yang pernah aku dengar, lalu aku melahirkan pandanganku.
      [Dalam membuat contoh bertapa buruknya dajal itu , sifat dan tabiatnya. Sehingga 'org' itu berkata, "sesatnya dajal itu lebih sesat dari iblis. sekurang2nya iblis itu ada juga "baiknya" kerana dia tidak mengaku dirinya tuhan. Sedangkan dajal itu mengaku dirinya tuhan. Dan iblis itu tidak menyuruh manusia ini menyembah dia, tapi dajal itu menyeru manusia itu menyembahnya.” Sebenarnya secara tidak lansung akidah bagi yang berkata demikian telah jatuh rosaklah dia. Kerana kasar atau halusnya, dan dibandingkan dengan siapa atau apa sekalipun iblis itu tidak adalah sama sekali kebaikannya atau lebih baik sedikit, kerana telah Allah batalkan segala bentuk kebaikan itu untuk dikaitkan dengan iblis itu.]

      Pakcikli00, aku tidak berniat sama sekali untuk menunjukkan bertapa betulnya aku dalam hal ini. Aku Cuma berharap kita sama-sama dapat memikirkan adakah perbuatan ini banyak menafaatnya.Juga dalam ketika menilai bertapa tingginya kebaikan pada perbuatan kita itu, marilah kita lihat pula bertapa mudharatnya pula. Dan ada ketikanya dalam melakukan sesuatu itu lebih utama jika kita memilih ‘pilihan mana yang lebih kurang mudharatnya’.

      Berbalik pula kepada tujuan asal penyebaran link-link yang tidak baik ini. Tujuannya adalah supaya kita sama-sama masuk dan spamkan web tersebut? Takkanlah Pakcikli00 tak tahu bertapa sekejapnya nak create web atau blog baru, yang isinya sama seperti web yang telah di-banned. Hanya ‘select all’ backup dan paste-kan semula kat html blog baru. Tak sampai 5 minit encik Pakcikli00. Adakah kita telah Berjaya menyusahkan dia? Berbanding dengan kemudharatan yang terjadi kerana penyebaran link ini.
      Aku bersetuju dengan jalan memberi peringatan itu. Tetapi cukuplah jika peringatan kepada bahayanya melawat blog-blog dan artikel-artikel yang bahan-bahannya mengelirukan. Tidak perlulah kita detail-kan alamat dan sebaginya.

      Sepertinya kita mencegah perbuatan mungkar itu dengan menganjurkan amal kebaikan dengan lebih banyak. Atau menjauhkan manusia ini dari amalan yang buruk dengan menceritakan kepada mereka kebaikan dan kelebihan sesuatu amal baik itu. Ceritakan fhadhilatnya bila dia melakukan, bukan menceritakan hukuman dan dosanya jika dia meninggalkannya. Bukanlah aku bermaksudkan memberi sebahagian keterangan dan menyembunyikan sebahagian yang lain. Tetapi umat islam lewat kini sangatlah lemah imannya, jika dibanyakkan ketakutan itu dari harapnya , aku khuatir ia hanya meletakkan jiwa-jiwa mereka dalam keadaan berputus asa. Malah ketakutan itu tidak diperolehi kebaikan didalamnya. Lantaran dari itulah, pada bahagian-bahagian tertentu apa kata kita lebihkan fadhail-nya.

      Seperti kita melarang umat Islam dari pada mengunjungi tempat-tempat maksiat, club-club malam dan sebagainya. Cukuplah sekadar kita melarang mereka dari pada pergi ketempat-tempat maksiat seperti itu. Tidak perlulah kita berkata “janganlah engkau pergi ke tempat-tempat maksiat, seperti The B&^% di Jalan Bla bla bla..” Bukankah cukup sekadar kita berkata “Janganlah engkau pergi ketempat-tempat hiburan yang mana pasti terdapat banyak maksiat didalamnya.”

      Sebenarnya sering aku tegaskan dalam setiap tulisan-tulisan aku yang lain-lain dalam memperkatakan sesuatu isu. Tidaklah aku mengharapkan tidak boleh tidak orang lain perlu bersekutu denganku dalam meninggikan sesuatu pendapatku. Tetapi marilah kita fikirkan dengan sedalam-dalamnya. Dan renungkan dengan sehalus-halusnya pada setiap tindakan. Janganlah kita hanya melihat pada niat semata-mata. Kerana sesuatu yang baik itu jika dilakukan tidak dengan kesederhanaannya, melainkan mudharatlah yang menanti pada kesudahannya.

  4. Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

  5. Salam buat saudari yang diRahmati Allah..

    Kisah kita hampir serupa. Cuma apa yang hendak saya kongsikan di sini adalah kelebihan solat istiqarah yang telah saya lakukan. Alhamdulillah selepas seminggu saya memohon pandangan Allah SWT, saya telah mendapat jawapan dari Nya. Walaupun mengharap sesuatu yang indah, tetapi diri akur menerima Qada & Qadar Allah. Moga2 Allah menggantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik. Bagi yang masih mencari pilihan (sama ada pasangan hidup,pekerjaan,pelajaran dan sebagainya) lakukanlah solat istiqharah selepas meminta nasihat sahabat2 yang boleh dipercayai agamanya. InsyaAllah..Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang bertawakal kepada-Nya.

    • salam fauziah…

      kena sabar jer dlm tempuh hidup ni… kekdg x tahu lah dkt mane sbenarnye keihklasan seorg lelaki… mudah berjanji, berjanji n berjanji tapi langsung x sama dgn hati sbenar!. sue usha utk lupakan sumer benda yg lepas2… dah byk kali jgak jumpa laki yg x bole harap ni… sue doakan jer kebahagian diaorg… yg sue terkilan kelmarin ader plak call sue n ckp yg dia dah beristeri sbenarnya… mau pengsan jer sue masa tuhh… tapi sue kuatkan hati… n ckp pada diri yg sue bole hidup lbh senang dari hidup dgn lelaki mcm tuhh… moga Allah sntiasa beri rahmatNYA pada sue… moga sue akan jd lbh baik dari hari smlm…

      ujian dunia ni kecek banding ujian dkt SANA KELAK… kalo dkt dunia ni kita lewas, dkt akhirat nti lagi ler tewas…. kena jadikan diri kuat… esok masih ada harapan…

  6. Asalamualaikum

    Dengan izin, saya suka menjawab komentar wirajiwa terhadap komentar yang saya titipkan di atas sebelum ini, komentar itu adalah komentar yang telah dititipkan diruangan komentar weblog saya dan minta disebarkan sebagai ingatan kepada pelayar server mengenai keaiban weblog tersebut. Saya rasa tidak salah jika saya turut membantu menyampaikan peringatan kepada sesiapa yang memerlukan peringatan. Memandangkan weblog saya cuma menerima lebih kurang 3 hingga 4 ribu kunjungan sahaja sehari, saya rasa tidak salah jika peringatan ini dipanjangkan ke weblog ini supaya dapat ditatapi oleh khalayak. Begitu juga dengan notis memohon derma diatas adalah kerana ada pihak yang minta pertolongan saya. Dan tidak terniat pula dihati saya meminta ganjaran atau gaji dengan pertolongan itu. Saya telah banyak dikecam untuk melaksanakan bantuan tersebut. Kepada tuan punya weblog ini saya mohon maaf mengenai notis saya diatas. Saya harap komentar saya bolehlah dilupuskan jika ianya tidak menyenangkan.

    Terima kaseh salam hormat.

    • Waalaikum salam pada Pakcikli00 dan Assalamualaikum pada yang lain.

      Pertama sekali aku nak memohon maaf dulu. Demi Allah aku tidak berniat memandang rendah pada usaha baik Pakcili00. Apa yang aku tulis itu cumalah pandangan dari aku(secara peribadinya semata-mata). Tidak mewakili sapa-sapa atau mana2 pihak. Dan aku sangat kesal jika tulisan aku terlihat merendahkan pandangan org lain dalam sesetengah hal.
      Sebenarnya tidak lebihlah daripada pecetus minda agar kita sama2 dapat memikirkan jalan yang lebih baik untuk kita sama2 laksanakan. (Bukan juga maksudku perbuatan orang lain itu salah, cuma dalam perkara ‘yang baik’ itu bukankah ada yang ‘lebih baik’ atau dalam perkara ‘buruk’ itu ada pula yang ‘lebih buruk’?)

      Sebenarnya itu saja, dan mungkin kita dapat menemuinya dalam perbincangan2 yang terbuka. Tidak perlu ‘melebihkan’ atau ‘mengurang’kan kredebilti sesiapa. Jika kredebiliti aku dipersoalkan dalam melayakkan aku mengkritik sesuatu perbuatan yang pada pandangan aku lebih banyak mudharat dari menafaatnya. Maka benarlah, aku ini jauh dari kelayakan tersebut. Jika juga ‘koleksi’ amal kebajikan yang jadi ukurannya untuk melahirkan sesuatu teguran. Juga aku ini tersingkir jauh juga.

      Aku faham, sebahagia dari kita beranggapan ‘Hidup perlu Optimis’ Mendahulukan menafaat pada setiap perbuatan. Cuma apa yang ingin aku utarakan pada tulisan aku yang lepas. Salahkan ,sesekali, pada waktu tertentu, ketika dan keadaannya, kita ‘memikirkan apakah keburukannya’ dahulu pada satu-satu tindakan kita?

      (cuma aku sedikit heran, apa kena mengenanya dengan notis ‘derma’ tu? Sedang aku tidak menyetuhnya sama sekali, dan aku tidak berniat mencampur adukkan sesuatu yang baik itu bersama dengan sesuatu yang sia-sia kedalam satu hidangan) ***Atau dalam memberikan kritikan dan pandangan pada sesuatu yang aku rasakan lebih banyak kemudharatannya dari kebaikannya(pendirian aku semata2) adakah perlu aku menyertakan pujian keatas usaha2 baik seseorang itu(yang disepakati oleh aku) ?

      Sebenarnya tulisan aku yang sebelum ini, bukanlah bertujuan mengkritik keperibadian. Atau juga mempertikaikan ketokohan. Dan jauh juga dari mengangkat diri sendiri lebih benar dari orang lain. Mungkin cara penulisan aku tidak bijaksana. Jika itu silapnya , sekali lagi aku mohon beribu-ribu maaf jika tulisan aku yang lepas dan mungkin juga kini telah mencederakan hati Pakcikli00. Okey Pakcikli00? Hehehehe…jangan laa marah dah yerk.? Meh peluk sikit. :) (kita sama lelaki tak per tak haram , hahahha)

      ***Quote from the first article
      [Seperti kita melarang umat Islam dari pada mengunjungi tempat-tempat maksiat, club-club malam dan sebagainya. Cukuplah sekadar kita melarang mereka dari pada pergi ketempat-tempat maksiat seperti itu. Tidak perlulah kita berkata “janganlah engkau pergi ke tempat-tempat maksiat, seperti The B&^% di Jalan Bla bla bla..”

      Bukankah cukup sekadar kita berkata “Janganlah engkau pergi ketempat-tempat hiburan yang mana pasti terdapat banyak maksiat didalamnya.”

      [Pandanganku sahaja]Cukuplah jika peringatan kepada bahayanya melawat blog-blog dan artikel-artikel yang bahan-bahannya mengelirukan. Tidak perlulah kita detail-kan alamat dan sebaginya.]

  7. Asalamualaikum

    Dengan izin, nampaknya nursyirah diam membisu saja, pakcik mohon izin kepada nursyirah meninggalkan catitan untuk wirajiwa kerana pakcik telah cuba meninggalkan komentar diweblognya tapi tak berjaya masuk kerana di alah spam, takut spam. Nampaknya wirajiwa beria ia sangat dengan isu diatas, sehingga membuat intri khas diweblognya, jika pakcik tak respon pun, pakcik rasa tak patut. Orang berbudi kita berbahasa. Kepada wira jiwa setiap benda itu berdiri diatas buruk baiknya yang saling melengkapi untuk menyatakan sesuatu. Budaya hidup kita hari ini berasaskan logik (logos) ia itu kajian. Menurut budaya kita yang berasaskan amal jika segala pepohon didunia ini dijadikan pena dan tujuh air lautan menjadi tintanya adalah tidak untuk menulis segala kajian mengenai alam ciptaan tuhan, kerana alam itu menuntut amal untuk memperolehi ilmu. Perkembangan budaya kita dari penceritaan lisan kepada tulisan, dari tulisan kepada radio, gambar, filem, TV dan server. Perkembangan ini adalah menjurus untuk mendedahkan segala galanya kepada lebih nyata. Budaya kita yang memerlukan berrahsia, berlidung, bersubsidi, bertongkat nampaknya tidak boleh bertahan lagi. Memanglah zaman datuk nenek kita dahulu, kita akan ditengking atau diherdek bila ditanya lebih mendalam sesuatu pekara, tapi mungkin tidak sesuai lagi buat masa ini. Dunia server mendedahkan kita semaunya kepada berbagai maklumat supaya menjadi lebih matang. Sesungguhnya pakcik ingin menulis lebih panjang lagi, tapi nanti apa kata nusyirah. Jika wirajiwa ada masa sila layari weblog pakcik, kerana dalam masa 6 bulan pakcik boleh menghantar hampir 2,000 interi. di Dukun asmara tidak termasuk dua lagi weblog yang lain. Pakcik minta izin kepada nusyirah meninggal kan Url weblog pakcik disini untuk kemudahan wirajiwa. Terima kaseh salam hormat.

    http://pakcikli00.wordpress.com/

    http://sihatmasayu.wordpress.com/

    http://wannura.wordpress.com/

    Jika mengganggu komentar ini bolehlah dilupuskan setelah menerima isyarat wirajaya menemuinya.

    • salam pakcikli00 & saudara wirajiwa….

      emmm… tak tau camne nak mulakan ni… pakcikli n saudaraku wirajiwa, sue tak sokong sesiapa dlm hal ni… mgkin kamu ni ada kekeliruan @ miscommunication sbb msg2 dah berbalah ni…

      ok kita berbalik kepada komen pakcikli tentang blogs yg menghina islam tuhh….
      saudara wirajiwa, niat pakcikli tuhh mang baik spy kita negara sesama islam ni peka dgn isu2 berkait dgn agama kita. sue dah masuk web site tuhh n baca kandungan blogs tuhh… mang ramai pengunjung blogs tuhh… n tidak dinafikan islam terlalu diperlekeh2kan oleh tuan blogs tuh… Rasulullah, Rasul junjungan kita jugak dipersenda2kan. segala kartun sgt2 memperbodohkan islam… n artikal baby yg seminggu akan kuar tulisan arab jugak dipersoalkan, kunun itu adalah tipu n blh dicipta sdiri utk memesongkan fikiran…

      secara personal, sue mang rasa siapa yg baca blogs tuhh kena ada ILMU n IMAN YG TGI!… mgkin akan mara sbb islam terlalu diperlekeh2kan @ mgkin ada yg bole terpesong ke arah agama tuhh… dari segi penulisan, mang ada potensi utk menyongsangkan aqidah org islam yg baru nak mengenal ilmu agama ni… ada btl jgak saudara wirajiwa ckp, yg blogs tuhh bole membawa kepada benda yg tidak baik lbh2 lagi bagi org yg kurang ilmu agama… kita bole perhatikan setiap tulisan tuan punya blogs tuhh, siap tunjuk bukti cth spt tulisan arab timbul pada baby kecek setiap minggu, tuan blogs tuhh pun ada masukkan gmbr tgn seorg warga china (kot ler) dgn tulisan china ditgn org tuhh… ini akan menambahkan kekeliruan lagi kepada sesiapa yg membaca artikal tuh, lbh2 lagi ilmu didada sememangnya lemah n x cukup… apa yg dikuatiri, makin ramai yg akan terpesong bila membaca setiap artikal…

      tapi sue yakin, maksud pakcikli tuhh sememangnya utk ‘berjihad’ pada agama.. lebih2 lagi org yg memperlekeh2kan agama islam.. itukan musuh islam… so, kena berjihad dlm menentang kemungkaran… mgkin persoalan ini ust nor amin bole perjelaskan dgn lbh jelas… WallahuAlam…

  8. salam.. insya allah dpt petunjuk dgn istiqarah.. thn lpas, sy berkenalan dgn seorg lelaki.. sebelum jumpa btol2, sy dh bt itiqarah.. sy dpt mimpi.. dlm mimpi tu sy jmpa dia, entah kenapa, perasaan sy terus x suka dia.. pastu, sy jmpa dia.. kiteorg kawan.. x lama, tembelangnya pecah.. penipu punya lelaki.. alhamdulillah, sy dpt petunjuk rupanya.. (sekadar berkongsi)

  9. hurmm..sy pnya mslh pn lebih kurang jugak..tp sy sndri x pasti apa yg sy buat ni betul ke tidak..sy byk berdoa n memohon petunjuk dr Allah..tp begini juga cara sy..sy berkwn dgn seorang lelaki ni sudah menjangkau setahun lebih.dlm sebulan ni kami ada mslh dan dia pn sudah ada yg lain.tp sy x tahu knp,hati sy masih lg mahu menolong dia dan x mahu melihat dia hidup susah.buat pengetahuan semua,sy yg menolong dia mndpatkn pekerjaan wlupn setelah dia bersama prmpuan lain.byk sudah sy korbankn utk dia dr segi masa dan wang ringgit.smpi skrg pn sy masih membantu dia dr segi kewangan dan kata2 semangt.sy ikhlas buat semua tu tp sy mnusia biasa.kdg2 sy rasa diri sy x dihargai dan mcm dipergunakn je.tp sy masih bersabar dan terus bersabar.di awal perkenalan kami,sy memohon pd Allah agar sy dpt membantu dia utk mengubah kehidupan dia jd lebih baik.keluarga dia pn byk beterima kasih dgn sy krn bersama sy byk perubahan dia.tp jiwa sy sngt terseksa bila dia bersama prmpuan lain..sy sbnr nya masih mengharap utk bersama dia.sy pernah berjanji dlu,bersolat,mohon doa agar sy dpt jd isteri dia n jaga dia smpi akhir hayat sy.adakah krn jnji ini hati sy sngt kuat pd dia..sedangkn dia sudah berpaling pd yg lain..tp pd masa yg sama dia masih mncari sy lg..sy kdg2 keliru sngt…apa yg sy mahukn dia berjaya dlm idup dia n sy mahu sy bersama dia bila dia berjaya kelak..kdg2 sy diberi kekuatan itu n kdg2 sy lemah sngt..sy pernah di hina..krn sy bkn lah memiliki rupa paras yg menarik dan bentuk fizikal yg menarik.tp alhamdulillah..sy sempurna sifatnya..sy xpernah membenci dia malah sy sering doakn dia agar dia kembali ke pangkal jln..skrg ni sy hanya mampu berdoa aje..hrp2 Tuhan berikn petunjuk pd sy…

  10. salam sayang semoga di tabahkan hatimu dik….setiap kepahitan pasti akn ada manisnya suatu hari nanti…………

  11. Salam…
    kes saudari sama dgn sy…cuma sy berthan lama sedikit…6 bulan… dia tinggalkan sy mcm 2 je tanpa apa2 keputusan. sy ambil keputusan sendiri, yg kami dah clash. last sekali dia marah2 sy…sedih…xsangka..kebaikan yg kita bg…bukan kebaikan yg di balas.. sy kenal dia dr zero..sampai lah..dia ade semua dgn bantuan sy…xpernah di hargai langsung. bukan sy minta untuk di balas..at least pndi lah appreciate pengorbanan org lain. sy xbuat istiqharah, sbb takut.. tp sy sedar..hanya bantuan Allah dapat menentukan apa yg patut di lakukan..

    • salam..sy baru bertahan sebulan lebih..tp alhamdulillah Allah beri sy kekuatan dr dlu smpi skrg..dr awal perkenalan kami mmg byk sngt sy mengalah..setahun lebih usia hubungan kami,mcm2 dugaan da ditempuhi..tp bila dia bersama perempuan lain hati ni sakit sngt2..skrg ni sy dekatkn diri sy dgn Tuhan n doakn kejayaan dia.bukan mudah utk kita bantu seseorang utk mengubah diri dia kn..dr zero hingga skrg…tp bila kita ikhlas sygkn seseorg tu..InsyaAllah Tuhan yg akan balas keikhlasan kita tu..alhamdulillah,sedikit sbyk pengalaman lalu byk mengajar sy erti kehidupan ini n mematangkn sy dlm menjalani kehidupan yg penuh mencabar ini..

      ‘If you really love someone, then let the person go.If that person is meant for you,than that person will come back to you eventually.But if thar person does not,then that person was never meant for you,in the first place’

  12. Asalamualaikum

    tiba tiba pakcik teringat lagu spoon !

    kalau sudah tiada jodoh apa lagi nak di heboh,

    jangan marah bergurau saja.

    • ye la pakcik…huhuhu

    • salam pakcikli00..

      tujuan sue coretkan kisah sue dkt atas tuhh bukan utk diHEBOH… niat sue utk buka mata n hati sumer org islam tentang pentingnya solat istiqarah ni utk memilih jln yg terbaik… kalo jln buntuh, rujuk pada Allah n minta pertolongn agar diberi petunjuk jln yg cerah n bahagia yg akan dilalui kelak… betulkan kata2 pakcik tuh… sesetgh benda ble bergurau, tp sesetgh benda juga ble jadikan kite insan yg sensitif lbh2 lagi pengalaman yg telah dilalui…

  13. salam pada semua yg ada,,
    maafkan sy pendatang baru yg singgah di blog ni..
    sy terjumpa blog ni mase sy tgh mencari info untuk solat istiqarah…WHAT U GIVE U WILL GET BACK,,sy pon mengalami situasi yg sama seperti sue alami,,tp apa yg membezanya adalah sy di pihak yg salah..di pihak yg menganaiya..masih kah ada ruang kemaafan untuk sy membetol kan segala kesalah an yg telah sy lakukan?sy hanya insan biasa yg mendambakan kasih syg,,sy berslh kerana tidak berlaku jujur pada pasangan.tetapi tu bukan lah niat sy utk mengecewakan hati pasangan sy..segalanya berlaku n perasaan yg hadir bukan lah sy rancang,..ia hadir tanpa di duga,,YA ALLAH aku bersalah,,mengecewekan hati insan yg sebenar2nya ikhlas pada ku,, sekarang sy kemungkinan besar akan kehilangan dia..klu itu yg sudah ditakdirkan untuk sy atas kesalahan yg saya lakukan,sy redha,,hurmm..

  14. nk nyanyi lagu lama sket, dr nazri johani – the Zikr:
    “Tuhan dulu pernah aku menagih simpati, kepada manusia, yg alpa jua buta, lalu terheretlah, aku di lorong gelisah, luka hati yg berdarah..kini jadi kian parah”….hua………td pun aku menangis lg bila nk solat n lepas solat. Ku sentiasa berdoa semoga dia sentiasa dilindungi olehNya…..cinta,sayang,rindu aku ikhlas utk dia….wpun cfm..tiada balasan….aduhai teman/sahabat, sungguh besarnya beza MENGASIHI dan DIKASIHI…xpelah…aku nyanyi jelah lagu M.Nasir…Sang Pencinta…………

  15. Assalamualaikum Nursyirah,

    Salam perkenalan. Ini pertama kali saya masuk ke halaman ini, kebetulan mencari maklumat lanjut bekenaan solat dhuha. Byk info yang saya perolehi terutamanya berkenaan dengan solat. Tulisan dan komen semuanya menarik. Syabas untuk anda dan insyallah jika ada kelapangan saya akan terus hadir disini.

    Tq for all the info.

  16. salama. saya memang selalu mengikuti halaman awak ni. tapi hari ini baru terpanggil nak bagi komen sebab apa yang awak alami baru je saya alami. sama dan serupa. tapi sekarang dalam proses pemulihan semoga kita akan tabah dan bertemu dengan insan yang lebih baik. amin

  17. Dear Nursyirah,

    Sesungguhnya tindakan adik melakukan solat istikharah itu bagus. Ya.. untuk mencari jawapan.. ketenangan.. kepada Allah kita meminta.. petunjuk DIA yg kita pohon.

    Adakala.. apa yg berlaku pada diri kita amatlah menyedihkan dik. Walau kita tahu semua yg berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah di sebaliknya.. sebagai manusia yg lemah.. ada kala kita x dapat lari dari merasa sedih, teraniaya etc.

    Mungkin dgn menulis di blog ini.. meluah apa yg adik rasa akan serba sedikit melonggarkan sesak di dada.. maka teruskan la. Ada juga cerita/bahan menarik yg boleh dijadikan pedoman oleh insan lain.. bukan sekadar cerita kosong.

    Kuatkan semangat dan tabah kan hati. Akak pernah lalui dan masih lalui apa yg adik lalui ini dan akak doakan semoga adik temui kebahagiaan yg pasti akan menjelma tak lama lagi… INSYAALLAH

    • emmmm….

      ntah lah akak… kalo nak diungkap dgn kata2, dah x mampu nak diucapkan… cukuplah hanya DIA yg tahu segala dalam hati ni..
      perit hidup, hanya DIA yg tahu…
      org luar hanya lihat kita tersenyum… tp dalam hati ni, menahan derita mang cukup hebat…
      yg tahu hanya DIA…
      melalui blogs ni lah cara saya nak lepaskan sedikit demi sedikit yg terbuku dlm hati ni…
      terlalu byk yg dilalui… tak sunyi dari mslh… biasalah, manusia tuh takkan dapat lari dari ujian…
      kena sabar je… n teruskan perjuangan….
      kena tambah ilmu agama sbb kita sgt perlukan ilmu agama utk bekalan kelak…
      agamalah yg akan pimpin dan tunjuk kita ke jln yg lurus..
      cuma, adakalanya kita akan rebah seketika… dah nama manusia, yg dicipta dgn kelemahan…
      bila dah rebah, segeralah bangkit semula…

      • assalamualaikum

        sy salah seorg insan yg teraniaya….teraniaya oleh dua lelaki yg hanya tahu menabur janji…hari nie dah masuk hari k4 sy tidak lg digelar kekasih….ape yg ingin sy katekan disini…setiap malam sy lakukan istiqorah dari sebelum berpisah sampai berpisah..tido sy xpernah termimpi ape2…tp pada suatu hari,sy buat solat istiqorah…bila bangun keesokan die berkata kepada sy die hanya inginkan hubungan sahabat antara kami untuk waktu ini..atas alasan die ingin membina kerjaya..tp die berjanji dgn adik die akan cari adik selepas die dh bersedia, maksudnya bila die dah berkerja,ada semua baru die akan cari,masa tu baru die nk pikir ape hubungan kami setersnya…tp sebenarnya yg adik tahu..ibunya dah ada calon untuk die..tp kenapa mesti die berjanji pada adik yg die xkan ada wanita lain..die meyakinkan adik die akan cari adik lg..sekarang adik buntu dgn ape yg terjadi dan buntu..apakah maksud diatas petunjuk Allah kpda adik..adakah die jodoh adik atau die tidak ditakdirkan untuk adik….akak adik tak malu lg nk mengatakan adik cintakan die,sygkan die,,adik nk die jadi milik adik…sampai ke saat nie adik mendoakan agar Allah jodohkan adik dgn die..akak tlg la bagi la pendpt yg terbaik…betulka tindakan adik

      • salam nurul…

        Jangan letak cinta pada mnusia 100% sbb cinta manusia tuh sering BERMUSIM.. bkn tetap.. kelak adik yg sakit!
        amek 1 masa yg sesuai utk adik meluahkan segala kekusutan pada yg lbh Mengetahui iaitu Allah..
        pastikan masa adalah sgt sesuai utk tumpukan perhatian.. seeloknya dibuat sepertiga malam.. lakukan solat tahajjud kmudian solat istiqarah… sblum lakukan solat tersebut, perlu kosongkan fikiran jgn set apa2.. akak takut adik set sbb dah terlalu syg.. mcmna Allah nak tolong beri petunjuk kalo kita dah set awal2 dlm fikiran n nak si dia jadi milik..
        sebaiknya lakukan hingga 7 hari, jika belum dpt jawapan tawakkal lah.. tapi bagi akak, sesiapa yg ‘rujuk’ pada Allah dgn melakukan solat istiqarah, pasti akan dpt jawapan cuma yg beza jawapan itu cpat n lambat jer… kenalah sabar ye.. akak sndiri hampir setahun baru nekad buat keptusan.. sbenarnya 7hari selepas buat solat istiqarah dah dpt jawapan tp tak nak akui itu sbenarnya jawapan yg Allah beri, sehingga 1 tahap baru lah akak lepaskan segalanya.. walau pahit tp akak terima dgn redha n bersabar bila bukan berpihak kpd akak namun Allah lbh mengetahui dgn sapa yg layak kita hidup bersama… Allah tak pernah buat sesuatu dgn SIA-SIA, tapi penuh bermakna setiap kejadian yg DIA putuskan. dan adik kena igt Allah tak pernah MERAMPAS sesuatu milik hambaNYA yg sgt berharga tetapi MENGGANTIKAN dgn yg lebih bermakna..itulah hadiah dari-NYA.. adik fahami kisah ‘kaktus dan ulat… kaktus kemudiannya mengeluarkan bunga yg sgt cantik dan ulat bertukar mjadi rama2 yg sgt cantik… tgok, Allah tetap memberi yg terbaik utk hambaNYA cuma masa utk mendapatkannya kemungkinan lambat … yakin pada Allah, serahkan sepenuh hati pada-NYA.. minta petunjuk n solat istiqarah dgn tertib..
        akak doakan adik dpt petunjuk ya… minta lah padaNYA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 267 other followers

%d bloggers like this: