Bila takbur menjadi raja pada hati

Melihat persekitaran ku, termenung aku dibuatnya..

kadang-kadang terlintas didalam hati..

kenapa manusia terlalu takbur dengan apa yang dimiliki..

sedangkan semua itu hanya lah pinjaman ilahi semata-mata..

sikap takbur sudah menjadi kebiasaan bagi yang merasa dirinya telah lengkap dalam urusan ‘duniawi’ tetapi kenapa tidak ditambah untuk urusan ‘akhirat’nya?

yang miskin semakin dipijak, dicaci, dihina, direndahkan dan dipinggirkan..

sedangkan Allah tidak pernah membezakan hamba-NYA..

bila diri sudah stabil dengan kenikmatan duniawi yang dimiliki..

ego dan takbur turut mengekori diri sehingga tebal didalam hati yang lalai ..

dimana hilangnya ketakutan pada ilahi lantaran takburnya diri..

tidak kah terfikir oleh manusia yang rezeki adalah urusan ilahi?

mengapa perlu dipersoalkan rezeki orang lain yang kurang?

janganlah dipertikaikan rezeki orang lain yang masih berada dalam tangan Al-Haq sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha luas Ilmu-NYA..

rezeki setiap hamba adalah ditangan Allah…

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Thaha:132) 

betapa sedikitnya insan yang bersyukur pada akhir zaman ini…

ini terbukti dalam Firman ALLAH,

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sedikit saja dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Saba’: 13) 

sedih hati melihat kesombongan dan ketakburan manusia pada hari ini..

tapi apakan daya, cuma pandangan kosong yang mampu  dilontarkan..

dan doa dihulurkan agar takbur tidak memakan diri..

sehingga membinasakan hati yang sememangnya lalai..

perlu sentiasa mengingati janji ALLAH adalah pasti..

begitu juga dengan nikmat yang telah dikurniakan..

akan dihitung dan dipersoalkan dihari pembalasan kelak..

Renungilah firman Allah

 “Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (Surah At-Takatsur:8) 

apabila kita berada diatas, sentiasa lah kita pandang dibawah kita..

agar kita tidak lalai dan tidak bangga diri dengan apa yang telah dimiliki..

kerana melihat kesusahan dan penderitaan org lain..

akan mendidik kita erti untuk bersyukur…

 Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Al-Baqarah: 152)

“Dan Allah akan membalas orang-orang yang bersyukur.” (Ali-Imran: 144) 

“Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur” (Surah An-Nahl: 23)

Sabda Rasulullah SAW,

“tidak akan masuk ke syurga sesiapa yang terdapat sebesar zarah rasa takabbur didalam hatinya”

wAllahua’lam…

Sifat Lemah Lembut Mendatangkan Kebaikan

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”(Riwayat Muslim)

Huraian :

  • Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
  • Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
  • Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
  • Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 

Impian kasih

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Dimana nilai sayang yang sebenar

hati ini seakan-akan mencari

dimana nilai sebenar erti sebuah ‘cinta’

sedangkan usia kian memakan diri

hati semakin pudar untuk menerima cinta

semakin dicari tetapi semakin tidak ditemui

semakin dikejar tetapi semakin menjauh

hidup bagaikan mengejar bayang-bayang setiap hari

tidak ditemui apa yg diimpikan

bukan untuk mencari kesempurnaan

dek diri sendiri yg penuh dengan kekurangan

kealfahan dan kelemahan  yang sentiasa sebati dalam diri

akhirnya tersungkur dalam ‘cinta mainan manusia’

yang bertopengkan kecantikkan dan kesempurnaan luaran

sedangkan dalaman penuh dengan kepura-puraan

masih ada kah keikhlasan??

dimana nilai kasih sayang sebenar??

termenung sendiri menghayati firman ALLAH

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”(SURAH YASSIN :36)

yakin dengan hati, janji ALLAH adalah pasti

kasih Al-Haqq adalah abadi

jangan dicari kasih yang bermusim

kelak akan binasa

jangan ditagih sayang yang tidak pasti

kelak akan kecewa

jangan dipuja cinta yang datang

kelak akan menyakitkan

jangan asyik menanti ‘cinta’ datang

sedangkan ‘cinta’ datang belum tentu untuk kita

jangan di kesal benda yang telah lepas

kesusahan, kesukaran dan kesedihan pasti ada hikmanya

 “Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah Al-Insyirah:6) 

teruskan hidup menuju nur ILAHI

dihadapan masih jauh akan ditempuhi

 

Ya Rahman, Ya Rahim…pimpinlah daku menuju redhaMU

Amalan 7 Tips Dalam Keluarga Bahagia

Amalan 7 Tips Dalam Keluarga (Ustazah NorBahyah)

1. PUJI – S etiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima
kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang
antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan
keseronokan dunia.

Kembali

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilah ku dengan nurimanmu
Hanya kau tempat ku berserah
Mohon magfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana bumi di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari hari yang telah aku lalui
Ingin ku tinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskan lah diriku dari di belenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku ya Allah
Bimbinglah daku ke jalan redhamu
Moga sinarmu terangi hidupku
Didalam kegelapan
Aku kan kembali padamu Rabbi
Mengadapmu Ya Rabbulizzati
Segala ketentuan ku pasrahkan
Di hujung penghayatan
Wahai Tuhan yang maha pemurah

Secebis Harapan

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan……