Amalan 7 Tips Dalam Keluarga (Ustazah NorBahyah)
1. PUJI – S etiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima
kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang
antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan
keseronokan dunia.
Filed under: Perkahwinan, Petua & Amalan |
aku bahagia di samping suami dan 2 org ahaya mata alhamdulillah rumahtanggaku bahagia.kadang -kadang kala ada pasang surutnya…ustazah bantulah saya bagi mengawal emosi ku.kadang-kadang api kemarahan memuncak selalu berfikiran bodoh.suamiku terlalu baik tidak pernah berkasar sealu bersabar dengan kerenahku .bantulah dan bimbing la saya…..
insyaallah….