Impian kasih

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Advertisements

3 Respons

  1. salam…
    1st skali, tq a lot 4 this blog….bnyk ilmu sy dpt, dpt refresh kan hati ini yg semakin lalai saban hari…

    bila mmbaca impian kasih, sy teringin nk meluahkan isi hati saya yg xpernah sy luahkn pd sesiapa pn sebelum ini…moga2 saudari dpt mmberi sedikit pndangan….mungkin ianya kisah biasa yg dialami oleh kebanyakan orang, dan sekarang ianya terjadi ke ats hamba Allah yg lemah ini…

    saya mengenali z kira2 2 tahun yg lalu…dan smpai sekarang sy xdpt melupakannya….sy xpernah brcinta sebelum ni, ttp sejak jmpa dia, hati sy terus terpaut…sy kagum dgn dia, tingkah lakunya n perangainya…saya selalu berdoa agar ditemukn jodoh dgnnya ataupn dgn yg lebih baik darinya…boleh dikatakn saban ari kami bertemu, kerana satu kmpus dgn dia…bila brjumpa, betapa terasa suatu perasaan indah, walau cuba dinafikn, namun sy ttp tringatknnya…

    kami pernah berhubung satu sama lain, dan sy dpt tahu dia mmpunyai seorng yg istimewa dihatinya, yg dia kenali n sayangi sjak zaman sekolah lg….hajat di hati mahu berterus terang terus x mnjadi….jika dia masih ‘single’, sy pasti akn berterus terang ingin mnjadikn dia teman sehidup semati dunia akhirat..tetapi, mnyedari dia sudah berteman, sy tidak smpai hati mengganggu hubungan mereka, kerana jika org buat begitu pd saya, saya pasti akan marah n merasa geram segeram-geramnya….

    perkara ini membelenggu sy sejak sekian lama, tetapi sy sabarkn hati…jika ditnya, knp suka dia, jwpnnya don’t know…kita xtau knp hati kita Allah buka kan utk suka dia…sy prcaya pd ketentuan ilahi, jika ada jodoh x kemana, dan sy cuba utk tdk brharap kpdnya, kerana sy xmau kecewa jika hasrat hati sy tidak mnjadi…utk melupaknnya buat masa ini adalah mustahil, kerana sy telah mncuba nya sejak sekian lama…hanya Allah yg Maha Mengetahui….

    jika ade kelapangan, mohon reply…persoalan sy, patutkah sy berterus terang?? jika ya, bila masanya, n bagaimana(direct or indirect)…
    tq…..

    • salam…

      mencuba x salah.. napa perlu sembunyikan isi hati… jika lepas luah bukan berpihak kpd kita, kena sabar n redha sbb kita dah usha utk dapatkan namun Allah jua yg lebh mengetahu…
      “…sesuatu perkara yang kita suka dan baik pada pandangan kita, belum tentu baiknya, dan sesuatu perkara yang buruk dan kita tidak suka, belum tentu buruknya..”
      cuba lakukan solat istiqarah.. andai si dia adalah jodoh, xkan kemana gak tuh… Allah Maha Berkuasa… so, tumpukan pada yg Maha Kuasa. minta petunjuk dan dipermudahkan.. buatlah solat istiqarah.. insyAllah pasti bertemu jawapan.. sbb saya selalu lakukan kalo nak serius dlm hubungan… jawapan mang menyakitkan tp percayalah, Allah x buat sesuatu tuh dgn sia2… n x pernah merampas sesuatu berharga dari hambaNYA malah memberi yg LEBIH BAIK.. andai bkn berpihak pada kita… redha je n terus berdoa agar ditemukan dgn pasangan yg dpt membahagiakan kita disamping menguatkan iman kita…
      Wallahu Alam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: