Hamba yang dimurkai ALLAH

~Dipetik dari  www.utusan.com.my  dalam Bicara Agama

(SETELAH tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): “Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya. (Qaaf: 24)

Huraian

Allah s.w.t. telah memerintahkan kepada dua malaikat supaya mencampakkan hambanya yang dimurkai. Kemurkaan Allah kerana terdapat hambanya yang berada di dalam kekufuran, degil, bahkan menghalang dan menyerang orang Islam yang mensyiarkan/mengembangkan ajaran Islam, membayar zakat, melanggar hukum agama, meragui kebenaran seperti mempersekutukan Allah s.w.t. dan sebagainya.

Perbuatan ini merupakan seburuk-buruk perbuatan dan hamba yang melakukannya akan dicampakkan ke dalam neraka Jahanam. Begitulah pembalasan Allah terhadap hambanya yang ingkar.

Kesimpulan

Setiap manusia akan dihitung segala amal perbuatannya. Perbuatan yang baik akan mendapat balasan dan tempat yang selayaknya.

Perbuatan yang buruk dan mensyirikkan Allah, tempatnya ialah ke jurang neraka, sekiranya ia tetap tidak mahu bertaubat dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: