Mentari Hidup

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

2 Respons

  1. semoga Tuhan sentiasa merahmati saudari. cantik puisi ini.

  2. Salam…terimakasih di atas doa tersebut…puisi ini mengambarkan kehidupan kita sebenar dekat atas muka bumi ALLAH SWT ini, dengan kelalaian dengan segala dosa yang dilakukan…

    Menjadi lumrah, manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya…bila kenikmatan dunia telah mengkaburi mata, semua dosa akan dilakukan tanpa berfikir bagaimana keadaan diri bila ‘hari perhitungan’ kelak… mampu kah utk memikul dosa yang menggunung tinggi sehingga mencapai puncak langit???

    kekdg kita tak sedar yg kita buat adalah satu dosa ‘besar’… kekdg sedar pun benda tuhh cuma hati telah gelap utk mengakui dosa2 tersebut yg telah bersarang dekat hati yang gelap…

    “Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari – 2/49)

    firman Allah yang dimaksudkan..
    “demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya), maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
    (Surah Asy-Syams : 7-10)

    Dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan bagi kita yang bergelar ‘insan biasa’… Tetapi, yang aibnya apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah.

    Oleh itu, beristighfar amat dituntut dalam Islam kerana ia boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: