Graduan taubat

bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim

SAYA berusia 23 tahun dan baru memulakan kerjaya selepas tamat pengajian di pusat pengajian tinggi. Ketika belajar, saya mempunyai seorang teman lelaki dan hubungan kami bukan setakat bercinta tetapi lebih mirip seperti suami isteri selama tiga tahun. Duit pinjaman pelajaran dihabiskan dengan bersuka ria dan menyewa hotel.Kami pernah ditangkap khalwat di Kuantan tetapi perkara itu kami rahsiakan daripada pengetahuan keluarga kerana malu. Saya cuba menyembunyikan ‘keakraban’ hubungan kami daripada keluarga. Bukan sekadar di hotel, malah kami juga melakukan hubungan seks di rumah ibu bapa (jika saya berkunjung ke rumahnya atau dia datang ke rumah ibu bapa saya) apabila ibu bapa tiada di rumah.
 

Namun, langkah kami kecundang apabila saya ‘tertangkap’ abang sendiri ketika berada di kampung. Walaupun dimarahi tetapi kerana sayang, saya masih meneruskan hubungan dengan teman lelaki. Malangnya kini ibu bapa teman lelaki tidak mahu menerima saya sebagai keluarga mereka.Saya benar-benar buntu dan mula hilang arah apatah lagi apabila memikirkan saya sudah menyerahkan segalanya kepada teman lelaki saya. Malah, saya dapati teman lelaki sudah mula berubah, sering marah-marah dan cuba menghindari saya. Setiap bulan dia meminta separuh wang gaji dan jika tidak diberi, dia mengancam mahu memutuskan hubungan.Saya makin tertekan apabila mengetahui dia ada teman wanita lain. Fikiran saya benar-benar buntu, saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya benar-benar sayangkan dia dan tidak mahu kehilangannya. Saya sudah menulis surat pengakuan pada keluarga teman lelaki menceritakan keadaan sebenar tetapi mereka tetap menolak saya mentah-mentah. Saya amat menyesal dengan keterlanjuran saya dulu dan setiap kali selepas solat saya menangis. Apakah yang harus saya lakukan sekarang?

Iin,
Kuala Lumpur


Nabi Muhammad SAW bersabda dalam sebuah hadis yang maksudnya ‘sebaik-baik orang berdosa ialah orang yang bertaubat’. Dengan itu tidak ada yang boleh menenangkan jiwa sekarang melainkan taubat pada Allah swt.
Sudah banyak dosa besar dan dosa kecil yang saudari lakukan daripada berbohong, menipu hinggalah berzina. Ternyata pengorbanan untuk seorang lelaki tidak berbaloi bila teman lelaki tidak mengendahkan lagi saudari selepas saudari dinodai.Lebih teruk lagi dia seorang pemarah, pengikis wang saudari dan kaki perempuan. Tanya berulang kali pada diri, adakah berbaloi cinta pada seorang yang sikapnya begini?

Sedangkan dunia ini masih banyak lelaki soleh dan baik untuk perempuan baik. Bertaubatlah pada Allah, berhentilah daripada dosa-dosa ini. Menyesal dan menangis pada Allah petanda awal taubat saudari. Sayangilah diri sendiri, lupakan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Jangan ikut emosi dan nafsu cinta gila ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: