Nikah selepas mengandung

bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim 

SAYA sudah berkahwin dan ada dua cahaya mata. Sebelum berkahwin, saya berzina dengan suami sehingga hamil. Kami bernikah ketika kandungan saya masuk bulan keenam.

Sekarang saya benar-benar menyesali keterlanjuran dulu. Bagaimana caranya untuk saya bertaubat? Adakah anak pertama saya mesti dibintikan dengan Abdullah? Adakah menjadi kesalahan jika dibintikan dengan nama suami? Jika anak itu ingin berkahwin kelak, adakah bapanya boleh menjadi wali?

INGIN TAHU
Pulau Pinang

 Anak yang puan lahirkan di sini jelas anak hasil hubungan luar nikah. Disebabkan dia lahir sebelum perkahwinan cukup enam bulan kerana puan hanya berkahwin selepas hamil enam bulan, dia tidak boleh dibintikan kepada ayahnya.

Memang salah daripada segi agama jika masih meletakkan nama ayahnya. Anak ini tidak boleh diwalikan bapanya ketika pernikahan kerana dia tidak sah.

Bertaubat adalah cara terbaik untuk kembali ke pangkuan jalan. Ia bermula dengan rasa penyesalan dan menghentikan perbuatan berkenaan.

Sebagai tanda benar taubat, lipat gandakan kebaikan yang mampu dilakukan. Yakinlah Allah akan menerima taubat hambanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: