Syarat solat jamak

bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim

BARU-BARU ini seorang rakan memberitahu pandangan seorang ahli agama mengenai sembahyang jamak yang dibaca dalam sebuah rencana.Katanya, menurut artikel itu, walaupun sembahyang jamak dan qasar adalah kemudahan untuk dilaksanakan pengembara, tetapi dalam dunia moden ini konsep sembahyang jamak boleh digunakan dalam keadaan tertentu di tempat sendiri.
Contohnya jika jadual kerja seseorang individu itu terlalu penuh (seperti dua mesyuarat berturut-turut pada waktu petang sehingga mengambil masa lama), dia boleh mengerjakan sembahyang jamak (contoh Zohor dan Asar).Sebenarnya itu kali ketiga saya mendengar pendapat seperti itu. Malah, sebelum ini seorang pelajar universiti Islam turut memberitahu, seseorang boleh mengerjakan sembahyang jamak sebelum memulakan perjalanan jauh (melebihi dua marhalah atau 90 kilometer).

Soalan saya, adakah sembahyang jamak dan qasar memang dikhususkan untuk pengembara saja? Boleh Datuk beri penjelasan mengenai pendapat itu?
 

JAHID
Kuala Lumpur


Islam agama yang sesuai untuk sepanjang zaman. Bagaimanapun, syariatnya tidak berubah atas nama kemodenan. Dunia moden wajib menyesuaikan dengan agama dan bukan sebaliknya.

Ada perkara tertentu yang boleh berubah dalam ijtihad, ada perkara yang diistilahkan qatie yang sama sekali tidak boleh berubah.

Solat antara syariat yang tidak berubah. Agama menentukan solat qasar dan jamak sebagai rukhsah atau kemudahan bagi orang yang bermusafir atau dalam perjalanan.

Tidak boleh jamak atau qasar solat dalam keadaan mastautin dengan sebab kesibukan bermesyuarat.

Sibuk mesyuarat bukan alasan yang membolehkan qasar dan jamak. Jangan kerana urusan duniawi, kita memutarbelitkan agama kita. Tidak benar pendapat mengatakan padat mesyuarat membolehkan qasar dan jamak.

Ambil masa sedikit untuk keluar solat antara dua mesyuarat itu yang tidak akan memakan masa lama. Rujuk dalam mana-mana pendapat ulama, semuanya bersepakat qasar dan jamak syaratnya ialah memulakan perjalanan dan bukan sebelum perjalanan bermula.

Jika kita keluar dari rumah sebelum masuk waktu solat dan setelah keluar daerah maka masuk waktu, baru harus qasar dan jamak dalam perjalanan itu.

Advertisements

3 Respons

  1. bagaimana dgn hadis ini..
    “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”

    berdasarkan hadis ini solat jamak tidak diperuntukkn hnya para musafir tetapi kpd mereka yg terlibat dlm perkra2 yg sehingga dia kesuntukan masa..

    sekadar ingin bertanya untuk merungkai kekusutan..

    • salam…
      solat jamak ni beza sikit ngn solat qasar. Tp antara jamak n qasar, jamak ni lbh longgar syaratnya…

      Jama’ tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama’ kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)

      Hadis yg Rasul malakukan jamak tuh pun bersebab, 1) mesti didlm masjid, 2) keadaan hujan yg lebat yg menyebabkan Rasul tak dapat nak kuar (hasil discus ngn ust shauqi)… bukanlah disbbkan keadaan masa yg terbatas ataupun bermusafir….

  2. Assalamualaikum..
    Sy nk tanye ckit..sbg contoh,ahmad tinggal di kuantan..pada hari itu dia pergi kerja jauh melebihi 2 marhalah..
    Dalam perjalanan balik,masuk waktu maghrib,dan dia teruskan perjalanan..
    Sampai kat umah dh masuk isyak..
    Masa tu dia jamak maghrib dlm waktu isyak di rumahnya..apa hukumnya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: