Mengapa sekadar ‘membaca’ doa?

Dipetik dari ilmuone.com

Sebentar tadi saya ‘bermukim’ sebentar di pusat sumber jabatan. Kebetulan letaknya betul-betul di hadapan bilik saya. Dalam sibuk-sibuk mencari rujukan, tiba-tiba saya terbaca sebuah artikel berkaitan dengan doa. Lantas mengingatkan kepada saya satu tajuk yang sedari dulu ingin saya bicarakan.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-A’raf ayat 55 yang bermaksud “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”.Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud…

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia dimakbulkan. Sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati seorang yang leka dan lalai”. (Hadith riwayat at-Tirmizi dan dinilai sebagai hadith hasan.)

Cukuplah dua dalil ini untuk saya kemukakan kerana tujuan utama yang ingin saya bicarakan adalah berkenaan kaedah kita berdoa. Seringkali kita melihat orang membaca doa dengan begitu lancar sehingga apa yang kita dengar hanyalah bunyi di hujungnya. Tidak kurang juga yang berdoa dan dalam masa yang sama mata meliar ke sini sana. Apa yang dicari tidak pula diketahui.

Terfikir di hati, adakah doa yang keluar dari mulut itu difahami? Apakah benar kita sendiri tahu apa yang ingin kita pohonkan? Logiknya jika kita meminta sesuatu pastinya kita mengetahui apa yang kita minta. Kita tidak mahu doa yang keluar dari mulut kita sekadar hafalan semata-mata. Dan apa yang lebih tidak kita ingini ialah, tatkala kita mengungkapkan doa dan permintaan kita, langsung di situ tiada wujud suatu perasaan padanya. Doa seolah-olah tidak dianggap sesuatu yang penting. Tidak dianggap sebagai senjata kepada orang mukmin.

Buat akhirnya, marilah kita sama-sama membetulkan kaedah kita berdoa. Hindarilah berdoa tanpa keikhlasan. Buangkan sikap berdoa dengan sambil lewa dan tanpa perasaan. Berdoalah dengan penuh yakin dan harap agar permintaan kita dikabulkan. Jika tidak ditunaikan di sini, yakinlah Allah pasti akan tetap membalasnya di sana.

Advertisements

BERDOA MERUPAKAN NALURI KEMANUSIAAN

ayahdoa.jpg Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri   

Berdoa merupakan naluri manusia. Ia Lahir dari sanubari kecil, kerana manusia sendiri menyedari, bahawa dia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidupnya, melainkan menerusi pertolongan dan bantuan daripada suatu yang lebih berkuasa dan gagah daripada dirinya. Yang maha Berkuasa untuk menunaikan segala hajatnya hanyalah “Tuhan”.

Justeru, manusia sepanjang zaman mencari Tuhan yang sebenar. Tanpa petunjuk dari Illahi dan Rasul yang diutuskan, mereka pasti sesat dalam pencarian Tuhan. Mereka menyembah dan memohon hajat kepada apa sahaja yang dirasakan lebih berkuasa daripada dirinya.  Lantaran itu, lahirlah berbagai bentuk kepercayaan dan agama. Ada yang menyembah matahari, bulan, bintang, gunung, jin, syaitan, semangat dan sebagainya. ` 

Penyembahan kepada patung berhala sendiri berasal daripada kepercayaan dan keyakinan bahawa orang-orang yang saleh selepas kematian mereka mampu menunaikan hajat mereka kepada “Tuhan”. Pada peringkat awal, mereka mengukir patung orang yang saleh yang telah mati untuk memperingati dan mengagungkan mereka. Tetapi akhirnya, ia berubah menjadi kepercayaan sexta iaitu patung itu sendiri disembah dan dijadikan Tuhan.  Nabi Allah Ibrahim menempelak masyarakat di zamannya yang mengabdikan diri dengan memohon hajat kepada patung berhala yang tidak bernyawa dan tidak mampu melakukan sesuatupun. 

           

Firman Allah :

Adakah kamu mengabdikan diri kepada selain daripada Allah, yang tidak boleh memberi manfaat kepada kamu dan juga tidak mampu memudaratkan kamu.                                                                       

(Surah al-Anbiya’, ayat 66)            

Allah menempelak manusia yang berdoa kepada tuhan selain Allah, sedangkan tuhan-tuhan tersebut tidak mampu memberi manfaat atau memudaratkan mereka.

FirmanNya :    

ö@è% (#qããô‰tRr& `ÏB Âcrߊ «!$# $tB Ÿw $oYãèxÿZtƒ Ÿwur $tR•ŽÛØtƒ

“Katakanlah wahai Muhammad: ” Adakah kita perlu berdoa memohon kepada selain daripada Allah, yang tidak boleh memberi manfaat dan memudaratkan kita”.                                                                                         

( Surah al-An’am, ayat 71)

Takutilah kematian yang sia-sia….

firaun.jpg 

berbekallah ketakwaan,

kau tak tahu saat malam berlalu,

adakah ia menyisakan umur bagimu,

sehingga fajar datang menjelang…

 berapa banyak orang sihat,

meninggal tanpa ada penyakit,

berapa banyak orang yang sakit,

hidup lama sepanjang hayat…

 berapa banyak anak-anak belia,

memotong perjalanan umurnya,

jasad mereka terbujur lelap,

di kuburnya yang hitam dan gelap…

 berapa banyak mempelai wanita,

berhias untuk suami tercinta,

ajal tak lagi dapat ditunda,

pada saat malam pertama…

 berapa banyak muda dan mudi,

pagi berasmara petang bersenang hati,

tiada pengetahuan yang terpaut,

kain kafannya sedang di rajut (jahit)…