Mengapa Susah Untuk Khusyuk dlm Solat???

solatxkyusuk.jpg 

Inikah Kita Di Hadapan Allah?

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

“Ustaz, saya kerap tak khusyu’ dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT”

“Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham” Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat  kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward’ boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :

وكان الإنسان أكثر شيئ جدلا

Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )

Cubaan Saya Menjawab

“Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?” Tanya saya.

“Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya” jawabnya dengan yakin.

“Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?” uji saya lagi.

“sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan…mungkin budak tu peluk je harimau tu” sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

“tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?”

“mestilah ustaz..” balasnya.

“anta minat durian tak?” saya bertanya.

“uii suka sangat tu, favorite saya” tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian

“macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?”

“tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap” jawabnya.

Itulah Jawapan

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT…

“Macam mana tu ustaz” berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini..

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

 إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً

Ertinya : “Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci”

Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk ‘azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, prototol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.

Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja.  

Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.

Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.

Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.

Inikah kita?

Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Advertisements

Cinta Lama Biarkan Berlalu

0010-1-1.jpg 

Jika ada, itu namanya cinta. Cinta suatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorg itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka org yg sudah kerepot sudah tiada cinta.Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya.Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, tersendiri amat.Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah * saudari/saudara * sekarang? Apakah * saudari/saudara * juga sering teringatkanku sebagaimana saya sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorg dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.Itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.“Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”. An-Nisa: 34.Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dngan usia yg kian bertambah.Wallahualam….Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

Palestin…Palestin…

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

brg2-support-yahudi.jpg

Cegah Remaja Dekati Zina

telur.jpg

-Ustaz Mohd Zawawi Yusoh-

REMAJA adalah kelompok manusia yang baru meninggalkan alam kanak-kanak. Tanda peralihan dari alam kanak-kanak ke alam remaja dengan kematangan biologi seperti haid dan mimpi serta keluar mani.
Mimpi menyebabkan badan cepat membesar, rambut atau bulu-bulu mula tumbuh di bahagian tertentu badan dan perubahan yang paling ketara ialah soal nafsu seks.

Waktu inilah Islam mendidik supaya menguasai diri. Apabila diri terkendali, semua menjadi teratur. Tetapi apabila tertewas, berlakulah penyimpangan.Penyimpangan masalah seksual khususnya di kalangan remaja semakin mengkhuatirkan. Pergeseran kefahaman, dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing juga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang enteng.

Padahal penyimpangan seks iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari oleh setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”

Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga haiwan dan tumbuhan.
Memang patut jika manusia mempunyai ghairah seks atau keinginan untuk melempiaskan keinginan seksual itu.

Allah tidak melarang manusia melempiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Malah Nabi seakan tidak mengaku umat kepada mereka yang punyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin) maka dia bukan dari kalanganku.”

Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seksnya. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.
Islam satu agama yang amat hebat menampilkan cara pengawalan sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas iaitu perkataan “jangan kamu menghampiri zina.”Jika menghampiri sudah dilarang dan ditegah, apa lagi melakukannya. Menghampiri maknanya apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya adalah haram.

Sekiranya ada pendorong akan mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, apa lagi terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar remaja melahirkan anak luar nikah, bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, perut terburai dimakan pula sekumpulan anjing liar. Dahlah berzina, amat jijik kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.

Oleh itu pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, duduk rapat-rapat dan berhimpitan di atas motosikal adalah muqaddimah yang kuat mendorong berlakunya penyimpangan seksual.

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut Nabi dalam satu senarai orang-orang ‘VVIP’ akhirat ialah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah.”Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan.Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka. Bagi mereka hamil di kalangan

remaja berlaku kerana remaja tidak tahu seks secara selamat atau ‘save sex,’ bukannya hendak fikir salahnya berzina itu.

Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan sahaja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong berlakunya perzinaan.

Sebab itu, mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun dengan ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.

Langkah pencegahan yang dibawa Islam ialah jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem porno, tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram ditempat sunyi, tidak bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita termasuk bersalaman dan tidak bergaul bebas lelaki dan wanita. Sekian wassalam. 

Hari Kekasih – Elak Termakan Pujukan Syaitan

vdaycraft001sm.jpg 

Umat Islam kini berhadapan dengan cabaran dan ujian yang semakin rencam. Biarpun penjajahan bentuk ketenteraan tidak lagi berlaku tetapi kita masih diserang kiri dan kanan setiap hari.

Ini terutamanya melalui pelbagai promosi oleh golongan kufar yang tidak senang terhadap orang Islam. Ini termasuk mengkomersialkan sambutan Hari Kekasih pada setiap 14 Februari agar orang Islam turut sama merayakannya.

“Sikap ingkar mereka dijelaskan menerusi firman Allah, Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”… (al-Baqarah: 120)

 Kepada wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HAYAT SUEET, Dekan Pembangunan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Muhammad Subari Ramli mengulas hal ini.

MEGA: Apakah konsep kasih sayang menurut Islam?

SUBARI: Islam meletakkan cinta yang paling agung adalah kepada Khalik atau Pencipta iaitu Allah s.w.t. Bagaimanapun, pada masa yang sama Islam tidak menolak naluri kasih sayang yang diciptakan kepada makhluk. Namun, kasih sayang ini masih terbatas dan tidak boleh melebihi cinta kepada Pencipta.

Dalam konteks cinta yang merata ini ia meliputi bukan sahaja kepada tuhan, manusia dengan manusia tetapi juga manusia kepada makhluk lain ciptaan Allah. Contohnya kepada haiwan dan tumbuhan juga perlu diberi kasih sayang. Cuma ia tentunya berbeza dengan kasih sayang sesama manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam satu hadis yang bermaksud, rahmatilah apa yang ada di bumi maka yang di langit juga akan merahmati kamu.

Dalam Islam, bandingan kasih sayang Muslim itu ibarat satu tubuh apabila dicubit paha kanan paha kiri pun terasa sakitnya.

Para sahabat Rasulullah dahulu semuanya mendahulukan cinta kepada Allah dan Rasul melebihi diri sendiri. Mengapa perasaan begitu tidak ada lagi dalam diri kita hari ini?

SUBARI: Antara sebabnya kita tidak lagi dibentangkan dengan kisah-kisah iktibar seperti cintanya khalifah Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w yang melebihi daripada cinta kepada diri sendiri.

Demikian juga kerelaan Saidina Ali menggantikan Rasulullah s.a.w di tempat tidurnya dalam peristiwa hijrah Baginda bersama Abu Bakar. Pada logik akal, sudah tentu menjadi pengganti Rasulullah s.a.w itu bakal berhadapan maut tetapi kerana kasihkan Baginda, Saidina Ali sedia berkorban.

Namun, kini kita sering dibentangkan dengan slogan seakan-akan keagungan cinta sesama manusia itu melebihi daripada yang lain. Ia disajikan kepada kita hampir setiap hari menerusi media massa terutamanya menerusi televisyen seperti filem-filem hindustan dan sebagainya.

Pendek kata, kita tidak ada asuhan dalam konteks pembinaan akidah bagi merasai atau memberi kasih sayang dalam erti kata mentaati Pencipta.

Malah, apa yang sering berlaku, apabila menonton filem hindustan ramai yang melewat-lewatkan solat dan mungkin juga ada yang terlepas solat dek asyik menonton. Lebih malang lagi, mungkin inilah sikap orang dewasa khususnya ibu bapa yang kemudiannya diteladani oleh anak-anak.

Dalam ayat 120 al-Baqarah ditegaskan tentang orang kafir itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikuti mereka. Namun, masih ada umat Islam yang terpengaruh dengan perbuatan golongan kafir antaranya menyambut Hari Kekasih. Kenapa ini masih berlaku?

SUBARI: Pertama, kita perlu bentangkan maklumat sebenar tentang kisah Hari Kekasih ini. Melalui sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi, jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M).

 St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I (496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk Dewa Lupercius dengan mempersembahkan korban binatang).

Apabila fakta ini sudah dibentangkan maka remaja Islam khususnya boleh membaca dan memahami mengapa Islam melarang sambutan Hari Kekasih.

Kedua, pada masa yang sama, media boleh membantu dengan mengurangkan aspek komersial program-program yang menjurus kepada ikutan agama lain. Mengikut sejarah, orang Nasrani pun tidak merayakan hari ini tetapi apabila dikomersialkan maka sambutannya terus melonjak. Seolah-olah ia mesti dirayakan setiap tahun.

 Ketiga, kita juga perlu menjelaskan hukum Islam terhadap sambutan ini. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada tahun 2004 menyatakan bahawa menyambut Hari Kekasih adalah diharamkan.

Apabila ada unsur ritual agama lain dan kita pula sama-sama raikannya, seakan-akan kita reda dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik) sedangkan syirik adalah dosa yang tidak terampun.

Ini ditegaskan dalam mafhum-Nya, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya… “(al-Nisa’: 116).

Ada yang mendakwa perbuatan menyambut Hari Kekasih ini hanyalah budaya dan suka-suka bukannya melibatkan akidah. Betulkah pendapat begini?

SUBARI: Pendapat sebegini adalah berdasarkan nafsu semata-mata. Lazimnya, orang bercinta atau sedang angau akan ketepikan fikiran yang waras.

Ijmak ulama memutuskan bahawa keterlibatan seseorang dalam ritual agama lain adalah salah satu unsur fasik dan merosakkan akidah.

Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w mengingatkan, “Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Daud)

Pendek kata, umat Islam tidak boleh mencampur-adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku. (Al-Kafirun: 1-6)

Tetapi kalau kebetulan kita membeli hadiah untuk isteri atau suami tanpa niat sambut Hari Kekasih itu tidak salah. Yang penting jangan ada niat walau sedikitpun untuk meraikan hari tersebut.

Kalau ada sedikit niat untuk sama-sama meraikannya, maka hendaklah cepat-cepat kita sedar dan beristighfar. Sebabnya, perkara ini walaupun nampak enteng tetapi menjejaskan akidah.

 Jangan kita diperdayakan oleh syaitan yang telah bersumpah memperelokkan maksiat kepada kita dalam usaha menyesatkan umat Islam. Ini ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Hijr ayat 39.

Bagaimana pula Islam mengajar umatnya dalam berkasih sayang terutama kepada ibu bapa, suami isteri dan keluarga?

SUBARI: Pertama, Islam tidak ada tempoh masa tertentu untuk kita pamerkan kasih sayang. Sayangnya, dalam masyarakat Melayu ada kecenderungan hanya pilih waktu tertentu contohnya mohon maaf hanya bila tiba Hari Raya Aidilfitri.

Sebenarnya, kasih sayang ini perlu ditunjukkan setiap masa. Contohnya kasih kepada isteri dan anak-anak. Orang muda mestilah mengasihi yang lebih tua dalam erti kata menghormati mereka.

Kedua, motivasi berkasih sayang berdasarkan tuntutan agama. Kita mengasihani mereka kerana agama ini menuntut demikian. Bukan kerana harta mereka atau sebagainya.

Malah, ketaatan kita juga tidak melampau sehingga sanggup melakukan kejahatan atau maksiat semata-mata memenuhi kehendak mereka.

Ketiga, pamerkan kasih sayang kita. Tunjukkan melalui tutur kata dan tindakan yang baik. Pendek kata, tunaikan segala tanggungjawab yang dianjurkan oleh syarak kepada mereka. Lebih daripada itu, tidak salah mempamerkannya sekali-sekala melalui pemberian hadiah atau ucapan cinta.

 Allah yang Maha Pencipta tetap mengasihi hamba-Nya tanpa perlu sebab atau balasan. Malah Allah tetap melimpahi nikmat walau dibalas dengan kemungkaran. Di sinilah beza kasih kita berbanding sifat Maha Pengasih Pencipta. 

Sayang Rasulullah Kepada Umat Islam

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang
berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. “Izrail
berkata2”
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.“Maafkanlah, ayahku sedang demam”,kata
Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang
ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada
Fatimah,

“Siapakah itu wahai anakku?”

“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali
ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah
bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di
dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah
menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia
menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia
ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan
Allah?”,

tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat
telah menanti ruhmu. “Semua syurga terbuka lebar
menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
lega, matanya asih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”,
tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku
kelak?”

“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku:

“Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada didalamnya,” kata Jibril.
(Betapa sayangnya baginda kepada umat nya
sehingga keistimewaan umat muhammad
diberikan sedemikian rupa)

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail
melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak
seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat
lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”Jibril
berkata!

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,
Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan
wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat
pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal!” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja
semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

(Sanggup kah kita mengambil alih tmpat kawan
atau keluarga kita utuk merasai kesakitan sewaktu
Izrail memanggil, Tetapi Baginda sanggup)

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya
sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan
sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”
*peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang
lemah di antaramu.”

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
sahabat saling perpelukan. Fatimah menutupkan
tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii,ummatii,ummatiii?” – “Umatku, umatku,
umatku” (Akhir hayat Baginda hanya umatnya yg
dia utamakn)

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang
memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa
salim ‘alaihi
… Betapa cintanya Rasulullah kepada
kita.