Aduhai LELAKI…

sorok.jpg

“Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati…

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak…”

Lirik lagu Raihan “Cinta Hakiki” cuba memberitahu tentang ‘cinta’ manusia pada zaman sekarang adalah lebih kepada nafsu tanpa memikirkan kepada siapa sebenarnya cinta itu harus diletakkan. Kekecewaan pasti akan menyusul tanpa di undang kerana cinta manusia sering berubah tidak menentu… tidak ada seorang pun yang yakin sepenuhnya akan mengatakan cintanya tidak akan beralih arah dan tidak akan berubah walaupun dihadapan mata penuh dengan ujian material dan kecantikkan…. ke mana perginya lelaki yang dapat memimpin sesebuah keluarga yang hatinya ada Kalam Tuhannya???  

Mengapa terlalu sukar untuk mencari lelaki yang betul-betul tulus hatinya di zaman akhir ini???… yang ikhlas terhadap kaum perempuan… yang tidak ada niat disebalik budi yang ditaburi… kadangkala sedih melihat kaum perempuan yang sering jadi mangsa keadaan… bukanlah bermaksud hendak melontarkan tuduhan kepada semua kaum lelaki, cuma ada sebahagian dan majority yang dihadapan mata adalah bertopengkan syaitan dengan penuh kepura-puraan.

Nampak baik sangat pada tingkahlaku dan peribadinya, tetapi hati penuh dengan kejahilan dan kejahatan… sedih!… lelaki yang kita kenali sebenarnya bukanlah baik seperti apa yang kita jangkakan… kebaikan luaran mereka cumalah lakonan untuk menjerat perempuan… apa yang buat kita kecewa bila kita telah letakkan kepercayaan kepadanya tetapi kepercayaan itulah yang sebenarnya akan menjerat kita untuk memenuhi hawa nafsu mereka yang tinggi… keramahan dan kelembutan kita yang akan mereka pergunakan untuk kepentingan diri… mengapa terlalu sukar mencari lelaki yang boleh dipercayai??? memang susah untuk menilai mahupun mengukur hati seseorang lelaki…. apa yang kita nampak dekat luaran bukanlah mencerminkan dalaman yang sebenar…

Bila kawan mengadu tentang akhlak lelaki yang memang ‘jahat dan buruk’ yang dia telah terkena, saya turut simpati dengan apa yang telah kawan alami. Bagiku tidak menghairankan sebab persekitaranku terlalu ramai lelaki mahupun wanita dan semua golongan ni mempunyai akhlak tertentu… memang tidak dinafikan yang banyak dihadapan mata ini adalah perangai macam itu… kebanyakkan mereka ni Cuma mendekati kita kerana ‘bersebab’ dan ada ‘kepentingan’… bagiku, mereka mendekati wanita adalah untuk memenuhi nafsu mereka dan inilah tujuan ‘utama’ …. bukanlah menuduh kaum lelaki semua mempunyai kelakuan dan akhlak yang buruk, tetapi majority mereka tidak dapat melepaskan nafsu mereka pada tempat yang sepatutnya dengan cara yang ‘halal’… sebagai bukti, kita boleh membaca pengakuan lelaki di dalam blogs Ustaz Zaharuddin dalam tajuk ‘Bahaya Nafsu Lelaki’…. bila baca pengakuan itu, memang banyak kebenarannya dalam dunia yang reality….

Punca masalah memang tidak dinafikan berasal dari perempuan yang runtuh akhlaknya, dengan pemakaian yang tiada beza dengan perempuan jahiliah….tetapi yang menyedihkan, tempias dari kesan ‘nafsu lelaki’ ni turut terkena pada kaum wanita yang masih menjaga maruahnya… tetapi dek terleka dan lalai dengan ‘kata-kata manis’ lelaki menyebabkan terlepasnya iman perempuan itu tanpa dia sedari… ada juga wanita yang tidak tahu bagaimana untuk mengelak disebabkan terpaksa menempuh keadaan bersama lelaki yang runtuh akhlaknya ini seperti terpaksa berhadapan disebabkan tugas dan berkerja bersama-sama atau terpaksa berurusan atas sebab-sebab tertentu … Cuma satu penyelesaian untuk mengelak iaitu usaha untuk mengelakkan diri daripada lelaki itu… kita boleh beralih kepada tugas lain jika kita satu offices dan jangan dilayan lelaki perangai yang telah kita sedari niatnya adalah jahat… putuskan terus perhubungan adalah jalan yang terbaik…

Selalu menjadi persoalan bagaimana seorang lelaki boleh melepaskan nafsunya dengan cara yang ‘haram’, malah yang sudah bergelar suami jugalah yang ramai terpesong dengan ‘makan luar’. Tidak pernahkah terdetik dalam hati mereka akan keluarganya, anak dan isteri yang perlukan tanggungjawabnya… tidak pernahkah terfikir akan azab Allah  adalah pedih…

(Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan) Rasulullah bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

Tertarik dalam satu topik yang dibincangkan oleh Ustaz Zaharuddin iaitu. “Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda”… petikan daripada ulasan ustaz Zaharuddin…Sudah menjadi tanggungjawab suami perlu setia kepada isteri masing-masing… janganlah dicari jalan yang akan membawa kaki ke lurah jahanam… sedangkan kita sebagai manusia memang tidak mampu untuk menghadapi ‘jahanam’ itu walapun mempunyai fizikal yang kuat… ambil iktibar daripada kata-kata Ustaz Zaharuddin, jagalah zuriat yang akan menjadi ketua keluarga kelak… jangan disebabkan dosa ibubapa, tempias kena pada anak… kasihanilah zuriat….

Kepada yang telah bergelar suami, jagalah isteri dan zuriat… tanggungjawab sepenuhnya kena diberi untuk keluarga… jangan dilepaskan nafsu dengan ‘makan luar’ sedangkan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat… kepada wanita-wanita yang belum berumahtangga, jagalah maruahmu, jangan sampai terleka dengan kata-kata manis sang lelaki… fahamilah dan ambil iktibar daripada Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimah,

Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala. 

wAllahua’lam…

~ sue ~  

Advertisements

Satu Respons

  1. Benar..lelaki zaman sekarang banyak yang mengikut hawa nafsu dan begitu juga perempuan..serahkan segala kepercayaan hanya pada Allah..sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: