Banyak Dosa Hati Keras

Oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh 

SEMUA orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti.

 

Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya dosa. Ia lebih berbahaya daripada racun.

 

Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni menyusahkan orang lain di dunia.

 

Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.

 

Sangat tidak betul kata-kata itu. Kubur kita orang lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan.

 Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang.

Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar orang, dah berapa ramai mangsa kemalangan angkara pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek kerana arak. Kan menyusahkan orang tu.

  

Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah :

 

(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.

 

(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.

 

(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.

 

(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.

Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.

 

(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan tidak menghormati perasaan orang lain.

 

(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah  membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibubapanya.

 

(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah . Ada riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah  selama 40 hari.

 

(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.

 (9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah . Ada satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah  menurunkan azab. 

Advertisements

6 Respons

  1. assalamualaikum saudari,
    saya ingin meminta kebenaran saudari untuk mengambil rencana ini untuk disiarkan di multiply saya..
    rencana amat menarik untuk dijadikan ingatan buat diri saya ini..
    mohon dibenarkan..

  2. Salam ukhwah buat fathiyah…

    moga segala isi kandungan blogs ni akan menjadi iktibar dan pedoman bersama untuk bekalan duniawi dan SAHAM AKHIRAT kita…

    dibenarkan untuk mengambil apa2 artikal dalam blogs ini… sebar-sebarkanlah perkara yang baik…. untuk peringatan sesama kita…. moga saudari dirahmati ALLAH selalu…

    “……..berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah Al-Ashr:3)

  3. rasa keinsafan membaca artikel ini…

  4. manusia melakukan dosa adalah perkara yang tidak menghairankan sbb sdh lumrah kejadian kita diciptakan dengan kelemahan, yang menjadi pelik bila manusia yang berdosa ni tak mahu bertaubat dan asyik leka di buai dosa2nya….

    semakin banyak dosa dibuat, semakin jauh pada ilahi… tidak mungkin Rabb kita mahu menolong dan memberi perhatian pada kita bila kita penuh dengan dosa, sudahlah tuh tak mahu bertaubat pulak….

    dosa itu ibarat badan kita ini dipenuhi lumpur seluruh badan. Bayangkan dengan keadaan sebegini kita bertemu dengan Rabb kita di hari akhirat!!!!…. Nauzubillah…

    moga kita bukan dari golongan2 yang kerugian… ameennn…

    Terima kasih ye kak iman… artikal akak tuh (Bila Hati Sudah Mati (khas utk yang nak kawin lagi!)) sungguh beri muhasabah buat sue… moga sue dapat suami yang soleh yang akan menemani sue sepanjang hayat ini di dunia + akhirat kelak… ameennn… huhuhuhu…

  5. salam sue…insyaallah wanita sebaik sue akan bertemu dengan calon suami yg baik dan beriman…dapat menamani di kala suka dan duka. moga2 kekal bahagia hingga ke syurga………

  6. Salam sayang buat kak iman…

    Terharu dengan doa dari akak… sedih dan sebak sue jadinya…

    Ameennn Yaa Rabbal Alamin… moga dipermudahkan hidup dekat dunia ni juga dekat akhirat kelak…

    Dengan doa dari kak iman dan sahabat2 lain,moga ilahi makbulkan hajat dihati… moga bertemu juga suami yang memahami diri ini dan yang paling penting dia tahu UNTUK APA TUJUAN DIA ADA DEKAT DUNIA NI dan tahu tanggangjawabnya terhadap Hak Allah..

    Ya Allah,
    Jika aku jatuh cinta…
    Labuhkan cintaku pada seseorang…
    yang melabuhkan cintanya padaMU…
    agar bertambah kuatnya cintaku padaMU…

    Ameennn Yaa Rabbal Alamin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: