Sabda Rasulullah s.a.w.
Bersopan terhadap Allah s.w.t.
Dari Ibni Abbas sabda Rasulullah s.a.w.: Dalam hadis qudsi (firman Allah s.w.t.)
“manusia telah membohongi-Ku, mereka amatlah tidak patut bersikap demikian dan mereka juga memaki-Ku. Mereka juga tidak layak berbuat demikian. Adapun pembohongan mereka kepada-Ku ialah menyangka Aku tidak mampu membangkit mereka kembali, manakala makian mereka kepada-Ku pula ialah dakwaan mereka terhadap-Ku bahawa Aku beranak sedangkan Maha Suci Aku untuk mengambil anak” (Riwayat Bukhari)
Huraiannya:
Dalam hadis ini, Rasulullah menyatakan firman Allah dalam hadis qudsi bahawa manusia berani bersikap biadap terhadap Allah. Mereka membohongi dan mencerca-Nya sedangkan mereka tidak patut berbuat demikian.
Kesimpulannya:
Janganlah bersikap kurang ajar atau biadap terhadap Allah dengan mengingkari janji-Nya untuk menghidup dan membangkitkan kita kembali di akhirat nanti dan mengatakan Allah itu beranak dan sebagainya. Insafilah diri kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu beradab dan bersopanlah terhadap-Nya.
Filed under: Adab & Akhlak, Akhirat, Dosa, Iman & Tauhid, Kematian & Roh, Motivasi & Tazkirah, Taubat |
Assalamu alaekum wr.wb. Numpang baca ya bro. Aq lagi butuh bgt neh siraman rohani bro.