Panduan Solat Jama’ dan Qasar

muslim20prayer.jpg 

 Perihal Solat Jama’ & Qasar

Zaharuddin Abd Rahman

Soalan 

Assalamualaikum ustaz, saya sering balik kampung dan berjalan jauh. Saya mengetahui ketika musafir kita boleh menjamakkan solat, tetapi lantaran kurangnya ilmu tentang hal itu membuatkan saya tidak yakin untuk melaksanakan solat tersebut. Saya hanya mengqada solat setelah sampai ke destinasi. Banyak perkara yang mengelirukan saya. Misalnya kita tidak boleh menjamakkan solat sekiranya akan mendiami destinasi tersebut lebih dari tiga hari. Kita juga tidak boleh menjamakkan solat sekiranya destinasi tersebut adalah kampung halaman kita.

Namun ada yang mengatakan kita boleh menjamakkan solat kerana ia bukan bergantung pada destinasi yang akan kita pergi, tetapi ia bergantung pada tempat di mana kita menjamakkan solat. Contohnya, di pertengahan jalan, kita terhenti, kita tidak berada di situ lebih dari tiga hari dan tempat itu bukan kampung halaman kita.

Oleh itu saya amat berharap ustaz dapat menerangkan tentang solat jamak dan qasar, syarat-syaratnya dan cara mendirikannya, agar saya dapat mempraktikkannya kelak.

- Hayati, Sg Besi.

Jawapan

wa’alaikumussalam

Saudari sepatutnya menjama’kan sahaja solat, qadha solat adalah sesuatu yang amat kurang baik untuk diamalkan. Qadha solat juga hanya wujud apabila seseorang tertinggal kerana uzur seperti tertidur dan yang seumpamanya. Sebarang tindakan meninggalkan solat secara sengaja adalah mengundang dosa walaupun qadha dilakukan.

Berikut pula syarat untuk men”qasar”kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-

i. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.

ii. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.

iii. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat. iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).

v. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.

vi. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bermusafir dari awal hingga akhirnya.

vii. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalam tempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.

Solat jama’ pula semua syaratnya sama dengan solat qasar. Berikut maklumat beberapa maklumat tentang jama’ solat :-

i. Jama’ tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama’ kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)

ii. Solat jama’ boleh dilakukan dalam dua bentuk :-

Pertama : Jamak Taqdim

Ertinya : Di gabungkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti zohor dan asar di dalam waktu zohor, atau maghrib dan isyak di dalam waktu maghrib. Ia berdasarkan hadith  shohih dari Muadz Bin Jabal riwayat Ahmad, Tirmidzi Ibn Hibban dan lain-lain.

Syaratnya :

1)      Solat dilakukan menurut tertibnya atau yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu dan isyak di kemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab Syafie. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/371 )

2) Berniat jamak ketika solat pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula. Lafaz niatnya tidaklah perlu di baca dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu juga di benarkan. Tetapi perlu ingat lafaz niat bukannya niat tetapi hanya sebagai pembantu agar niat boleh hadir dengan lebih mudah. Lazfa niat ini adalah saranan mazhab Syafie sahaja, manakala Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya, justeru jika mampu menghadirkan niat di dalam hati tanpa berlafaz, itu yang terbaik.

3) Mestilah berturut-turut (Muwalat); Pastikan jangan terdapat pemisahan yang agak panjang atau urusan lain di tengah-tengah kedua-dua solat.

Kedua : Jamak Takhir

Ertinya : Menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu waktu solat yang terkemudian. (seperti zohor dan asar di tunaikan dalam waktu asar).

Ia dibenarkan syarak berdasarkan hadith yang shohih dari Anas dan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. (Rujuk Naylul Awtar, 3/212)

Syarat-syaratnya :

1) Niat Takhir sebelum habisnya waktu solat pertama (iaitu niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan dalam waktu asar atau isyak)

2) Berterusan dalam keadaan musafir sehingga tamat solat yang kedua.

Soalan saudari tentang tidak boleh jamak sekiranya destinasi perjalanan itu adalah kampung halaman sendiri adalah seperti berikut (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1362 cet 4, dar Al-Fikr):-

a- Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.

b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan mengatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.

c- Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng”qasar”kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL

Adapun kenyataan saudari “tidak berada lebih tiga hari di sesuatu tempat perhentian” adalah syarat untuk qasar sahaja. Adapun solat jamak, maka ia masih di bolehkan jika terdapat sebab-sebab yang di sebutkan di atas.

About these ads

25 Respons

  1. apakah batasan aurat seorang muallaf lelaki dengan adik kandungnya?

  2. apakah hukum menantu lelaki bersentuh kulit dengan mak mertua,adik ipar perempuan,kakak ipar,mak saudara ipar

  3. Assalammualaikum….

    Saya ingin membuat pertanyaan.Saya tinggal di KL dan balik ke kampung halaman di Johor.Sebelum balik ke KL, saya membuat sembahyang jamak takdik di rumah.Saya sudah tinggal di Johor melebihi syarat sembahyang jamak / kasar (lebih daripada 3 hari).Adakah sembahyang saya itu sah.
    Setahu saya,sah dan pelbagai ulama mempunyai pendapat yang tersendiri.
    Soalan kedua, pada raya pertama saya pergi menziarahi saudar di Kota Tinggi (jarak perjalanan melebihi 2 marhalah).Sepanjang perjalan saya melakukan sembahyang jamak/kasar,tetapi apabila saya sampai di rumah (Johor Bahru), adakah perjalan saya dikira balik semual ke hari pertama dimana saya masih boleh melakukan sembahyang jamak/kasar semasa berada di rumah ataupun sembahyang jamak/kasar hanya boleh dibuat sekiranya saya bermalam di Kota Tinggi?

    • salam…

      saya ni nak menjawab soalan secara arif pun susah jugak sbb saya pun masih belajar agama :)
      saya try jawab melalui apa yg saya tau tentang jamak n Qasar berdasarkan pengalaman sbb saya pun selalu menjamak n men’qasar’kan solat kalo pi jln jauh dan jugak melalui ilmu dari buku2 agama…

      saya tak blh nak cakap sah @ tak solat saudari… yg menilainya hanyalah ALLAH jer… apa yg saya tau tentang solat jamak n qasar, mestilah kita berada dalam musafir iaitu kena buat semasa dlm perjalanan sebelum sampai destinasi sebenar. tak blh jamak qasar bila dah smpi johor sbb itu adalah tempat asal saudari (kg halaman) dan tak ble solat sebelum perjalanan iaitu dkt rumah saudari di KL sbb itu tempat mastautin saudari (tmpt tinggal). hanya blh solat jamak n qasar bila berada dlm perjalanan. singgah kejap n bersolat lah mengikut tatacara solat jamak n qasar.

      antara jamak n qasar, syarat qasar lbh ketat berbanding ngn jamak. jamak blh jugak dilakukan dlm keadaan terpaksa spt hujan @ keadaan yg terdesak (bukan sakit), tak semestinya dlm keadaan musafir… tapi solat qasar, syaratnya mesti dlm keadaan musafir n tak blh dilakukan dkt kg halaman mau pun tempt tinggal dan tak blh lebih dari 3 hari dkt tmpt tujuan n mesti lah bertujuan yg baik…

      saya rasa, lbh baik saudari fahami secara mendalam syarat2 dalam melakukan solat jamak n qasar terlebih dahulu. andai ada silap, blh diperbaiki.

      syarat untuk men”qasar”kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-
      i. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.
      ii. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.
      iii. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat.
      iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).
      v. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.
      vi. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bermusafir dari awal hingga akhirnya.
      vii. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalam tempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.

      Solat jama’ pula semua syaratnya sama dengan solat qasar. Berikut maklumat beberapa maklumat tentang jama’ solat :-
      i. Jama’ tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama’ kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)
      ii. Solat jama’ boleh dilakukan dalam dua bentuk :-

      Pertama : Jamak Taqdim
      Ertinya : Di gabungkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti zohor dan asar di dalam waktu zohor, atau maghrib dan isyak di dalam waktu maghrib. Ia berdasarkan hadith shohih dari Muadz Bin Jabal riwayat Ahmad, Tirmidzi Ibn Hibban dan lain-lain.

      Syaratnya :
      1) Solat dilakukan menurut tertibnya atau yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu dan isyak di kemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab Syafie. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/371 )
      2) Berniat jamak ketika solat pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula. Lafaz niatnya tidaklah perlu di baca dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu juga di benarkan. Tetapi perlu ingat lafaz niat bukannya niat tetapi hanya sebagai pembantu agar niat boleh hadir dengan lebih mudah. Lazfa niat ini adalah saranan mazhab Syafie sahaja, manakala Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya, justeru jika mampu menghadirkan niat di dalam hati tanpa berlafaz, itu yang terbaik.
      3) Mestilah berturut-turut (Muwalat); Pastikan jangan terdapat pemisahan yang agak panjang atau urusan lain di tengah-tengah kedua-dua solat.

      Kedua : Jamak Takhir
      Ertinya : Menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu waktu solat yang terkemudian. (seperti zohor dan asar di tunaikan dalam waktu asar).
      Ia dibenarkan syarak berdasarkan hadith yang shohih dari Anas dan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. (Rujuk Naylul Awtar, 3/212)

      Syarat-syaratnya :
      1) Niat Takhir sebelum habisnya waktu solat pertama (iaitu niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan dalam waktu asar atau isyak)
      2) Berterusan dalam keadaan musafir sehingga tamat solat yang kedua.

      Soalan saudari tentang tidak boleh jamak sekiranya destinasi perjalanan itu adalah kampung halaman sendiri adalah seperti berikut (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1362 cet 4, dar Al-Fikr):-
      a- Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.
      b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan mengatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.
      c- Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng”qasar”kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL

      RUJUKKAN: Ust. Zaharuddin

      • Mohon jawapan daripada yg arif:
        1. Saya melihat ada beberapa percanggahan pendapat untuk jamak taakhir, cth. zohor & asar. Ada yg menyatakan perlu solat Zohor dulu kemudian Asar, dan ada yg menyatakan Asar dulu baru solat Zohor. Saya kembali was-was sekarang yg mana yg sepatutnya.
        2. Kampung halaman dirujuk sebagai taman perumahan atau kampung. Apa yg saya belajar semasa sekolah dahulu, takrifan kampung halaman ada pagar rumah. Maksudnya, kita boleh melakukan jamak di luar pagar rumah tanpa perlu keluar dari taman perumahan. Ini kelihatan lebih jelas berbanding dengan Negeri Johor, Batu Pahat.. Muar etc yg sempadannya mungkin boleh menimbulkan keraguan disebabkan kawasannya lebih luar. Jamak bertujuan memudahkan umat bersolat ketika bermusafir, jika sempadan Negeri/Daerah dianggap kampung halaman, saya tidak nampak apa kemudahannya kerana walaupun saya rakyat daerah Muar, saya masih sukar mencari tempat solat walaupun di kampung sebelah kampung saya. Maka, sempadan pagar rumah lebih realistik dari segi memudahkan umat kerana kita masih didalam kawasan kepunyaan kita berbanding Taman Perumahan atau kampung yg bukannya milik kita.
        3. Kampung kelahiran .. ibu bapa masih tinggal disana.. etc.. boleh menimbulkan keraguan. bagaimana jika kedua-dua ibubapa sudah meninggal dan rumah di kampung sudah di jual. Bukankah kita tiada lagi kemudahan untuk solat? Dan dibolehkan melaksanakan Jamak.
        4. Jika kampung kelahiran dijadikan syarat, bagaimana dengan anak-anak kita. Mereka boleh solat jamak ketika dikampung jika mereka dilahirkan di KL.. Mungkin anak kedua lahir dikampung.. maka dia akan mengikut hukum seperti kita.. Jadi kelihatan agak kucar kacir dimana setiap orang perlu merujuk kepada tempat kelahiran. bagaimana jika seseorang dilahirkan sahaja di sesuatu tempat tetapi dibesarkan di tempat lain.. maka dimanakah kampung halamannya??
        5. Berdasarkan kepada keraguan-keraguan di atas, takrifan sebenar permulaan jarak bagi dibolehkan jamak sepatutnya adalah tempat dia bermuastatin bukannya tempat kelahiran. Sama juga dengan hukum 40 makmum untuk solat jumaat. Iaitu mereka yg bermuastatin di sesuatu tempat termasuk juga tempat mereka bekerja. Bukankah ini lebih mudah.. dan bukankah Islam itu mudah dan memudahkan.

  4. jika sy berada di bangkok atas urusan belajar. urusan nya 5 hari, smpi hari ahad dan dah beli tiket balik hari ke 6 (jumaat) dikira kena solat seperti biasa ke? dh tak dikira tak menepati syarat jama’ dan qasar ke??

    • salam…

      saudara blh lagi solat jamak. xblh solat qasar sbb solat qasar ni ada syarat2 yg lbh ketat… xblh lbh dari 3 hari pada tempat destinasi tujuan… solat jamak ni lbh longgar syarat2nya… dlm kes tersebut, saudara blh solat jamak… masih dlm musafir…

  5. saya ada pertanyaan mengenai solat jamak….mcm mana yer kalau sy dr perak nk ke kl….sy naik bas dalam pukul 6.30 ptg n samapi di k.l pukul 8.30 malam…k.l adalah rumah sewa sy.adakah boleh sy lakukan jamak takir untuk solat maghrib dijamak kan dalam solat isyak?tolong bantu saya….assalamualaikum….

  6. Assalamualaikum.
    saya seperti kebanyakkan rakan rakan yang lain tercari cari penyelesaian kepada permasalahan solat jamak & qasar. Melalui buku-buku fardu ain berkisar kepada permasalahan ini, banyak kecelaruan yang timbul kepada saya yang cetek ilmu ini. Berkisar kepada permasalahan ini, saya ingin menarik perhatin rakan rakan kepada sebuah buku karangan saudara Mohd Yaakub B. Mohd Yunus bertajuk “Sembahyang Jamak Dan Qasar Adalah Sedekah Allah” (http://hafizfirdaus.com/ebook/PDFebook/jamak-qasar.pdf). Sayaq ingin mendapat pandagan rakan-rakan yang arif berkisar kepada pandagan penulis berkaitan permasalahan ini. Harap dapat pandagan. Terima kasih.

  7. Assalamualaikum,
    Saya ada kemusykilan, saya bekerja dan tinggal di KL dan suami di Ipoh. Setiap minggu saya akan pulang ke Ipoh, jam 6.50 petang menaiki bas, jadi sukar untuk berhenti dan solat. Saya akan berada di Ipoh tidak sampai 3 hari (weekend sahaja). Jadi, bolehkah saya melakukan Solat Jamak (Maghrib+Isyak) sebaik tiba di rumah (Ipoh)?

  8. salam,

    Pertanyaan,
    Dalam mengerjakan solat jama’ ta’khir qosar diwaktu asar, yang mana perlu dikerjakan dulu, solat asar / zuhur?

    Terima Kasih,

    • salam…

      saya dah masukkan cara-cara solat jamak dalam artikal diatas, so bole baca dan fahamkan
      semua ada dalam tuh bila mana waktu untuk solat jamak takdim dan jamak takhir
      kena solat zohor dulu barulah asar, cume dilakukan pada masa WAKTU ASAR. itulah sbb nama dia jamak tak’hir
      kalo jamak takdim, kita solat dalam waktu zohor, tap gak zohor dulu baru asar. kena ikut urutan dalam solat 5waktu tuh
      takkan ler kita nak solat asar baru zohor sedangkan dalam kitaran waktu solat zohor dulu dari asar..
      harap soalan terjawab ye… WallahuAlam…

      • Assalamualaikum……

        ingin saya menyampaikan dan berkongsi pendapat tentang ape yang telah saya pelajari daripada kursus-kursus keagamaan yang telah saya hadir serta ceramah-ceramah agama yang ditayangkan dalam kaca tv yang membincangkan pelaksanaan solat jamak dan qasar..

        untuk makluman en/cik/puan asyd, berhubung dengan pertanyaan yang perlu dikerjakan dahulu sama ada zohor atau pun asar pada solat jamak dan qasar Ta’hir.

        jawapannya;

        adalah sunnat dan lebih afdal melakukan solat waktu kedua dahulu (asar/isya) dan diikuti solat waktu pertama (zohor/maghrib) dan niatnya seperti dibawah:

        Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.

        أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

        Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
        Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

        أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

        Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
        Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

        Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

        أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

        Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
        Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

        أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

        Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
        Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

        sekian sahaja hasil dapatan saya untuk berkongsi dengan anda semua..yang baik tu datangnya daripada yang maha ESA dan yang kurang tu adalah kelemahan diri saya sendiri. apepun blog ini adalah sangat baik, dan membantu.sekiranya ada kekurangan dan percangahan pendapat, mohon rujuk kepada yang lebih pakar.

  9. salam,
    kawan saya menyatakan kepada saya ketika sedang megikuti satu kursus,
    ‘jika ingin melakukan solat jamak dan qasar haruslah ada mahram bersama’
    apakah pendapat sudari berkaitan hal ini?~~
    tenks~

  10. ASSALAMUALAIKUM USTAZ,SAYA NAK TAHU ADAKAH SOLAT JAMAK DAN QASAR SANGAT DIGALAKKAN?ATAUPUN SOLAT DENGAN CARA SEMPURNA LEBIH BAIK?

    • wsalam wbth.

      ble musafir 2 sgt2lah digalakkn solat j n q sb 2 tnda ksyukurn kte Tuhan dh mudahkn kte menyembahNya. nabi pn suruh kte bt solat j n q klu kite dlm musafir

  11. jika saya tidak tahu,bahwa solat magrib saya tarik ke ashar.hukum nya gimana?dosa atw tidak,karna saya melakukan nya sama sekali dalam keadaan tidak mengerti..tolong jelaskan..terimaksih.

  12. assalamualaikum,

    1) saya ingin berkongsi prmasalahan saya. saya tinggal di penang dan ofis saya juga dipenang, setiap hari selasa hingga khamis saya akan bekerja di ipoh, iaitu 3 hari dan 2 malam (menetap di ipoh), dan saya telh bekerja seperti ini selama 5 tahun sehingga sekarang, saya pada awalnya, solat jama, dan qasar, tetapi semenjak 3 tahun kebelakangan ini saya terus mendirikan sembahyang tamam, apakah cara solat yg saya lakukan ini betul?

    2) perbezaan jarak dari penang dan ipoh adalah melebihi 160 km, prjalanan pulang ke penang adakalanya hampir waktu asar, lalu saya singgah di bagan serai yang jaraknya melebihi 90km dari ipoh, kebiasaannya saya akan singgah di masjid dan laksanakan sembahyang tamam, masalahnya ialah tempat ini adalah di tengah2 lokasi ke2-2 tempat tinggal saya,, adakah saya layak untuk sembahyang qasar……..minta pandangan ustaz dalam permasalahan saya ini…………

  13. Assalamualaikum…
    Saya ada kekeliruan mengenai solat jamak dan qasar diamana :-
    Bolehkah saya membuat solat jamak takdim dan qasar mengikut imam yang sembahyang genap 4 rakaat pada waktu zohor dan kemudian saya sembahyang jamak takdim dan qasar untuk asar pula selepas selesai solat mengikut imam?
    dan jika boleh, macam mana niat nya??

  14. Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.

    b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan mengatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.

    …ini adalah sebahagian petikan penerangan dalam Perihal Solat Jama’ & Qasar oleh saudara Zaharuddin Abd Rahman kepada persoalan Posted on Mac 2, 2008 by nursyira .

    Persoalan yang menjadi kemuskilan saya terhadap penerangan ini adalah – seseorang itu bekerja di KL, tentunya KL adalah tempat baru ia bermukim selepas meninggalkan kampung halamannya untuk mencari rezeki.

    Jika beliau balik kampung tempat kelahirannya, maka bukankah kampung tersebut kini menjadi tempat ia bermusafir?
    Harap dapat penjelasan…..

  15. salm ust sy ingin tany..sekiranya sy dr klntn ke peng untuk menziarah saudara di sn..sepnjg di sana selma 3 hr bh kah sy jmak n qasar solat…atau kne buat jamk sahaja tnpa qasar…mohon jawapn dr ust….sy keliru psl solt musafir ni

  16. Assalamualaikum.

    Soalan saya, jika saya telah melakukan sembahyang jamak taqdim
    isyak dan maghrib di luar mukim tetapi hanya tidak sampai sejam
    selepas itu saya pun sampai di rumah.

    Apakah saya perlu mengulangi solat isyak kerana waktu isyak
    masih panjang tetapi badan saya terasa amat penat kerana perjalanan yang jauh itu.

    terima kasih.

  17. zara amsyar,…
    assalamualaikum….sye ingin tahu adakah sye blh melakukan qasar solat krn sye bekerja sbg jururawat di bhgn kecemasan. klu shift ptng dr pkul 2pm -9mlm. disbbkan kes2 kecemasan @ terlalu ramai pskt mnybbkn sye kena qada solat. inginkan penjelasan..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 258 other followers

%d bloggers like this: