Niat – Satu Perspektif

oleh Ustaz Annuar Salleh

 

Sepotong hadis nabi s.a.w. yang amat masyhur dan diriwayatkan oleh Umar al-Khattab bermaksud: “Sesungguhnya sesuatu amal itu dengan niat. Sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana mendapat keredaan Allah dan rasulnya maka dia akan mendapat Allah dan rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita yang ingin dikahwininya makan dia akan mendapat apa yang diniatkannyn itu”.

Dalam hadis yang lain maksudnya “Sesungguhnya Allah sentiasa bersama sangkaan baik hambaNya”.

Firman Allah bermaksud: “Berdoalah kamu kepadaku, nescaya akan ku perkenankan permintaan kamu”.

Niat juga disebut sebagai qasad atau maksud tujuan. Dalam istilah perancangan disebut sebagai objektif atau goal. Hadis ini menegaskan bahwa sesuatu amalan itu menjadi sah di sisi Syarak ialah dengan sahnya niat. Sesuatu amalan itu diterima sebagai pengabdian kepada Allah juga dengan niat dan satu perspektif lain ialah sesutu kerja itu akan berjaya mencapai kejayaan bergantung kepada niat.

Oleh itu hadis niat ini menjelaskan 3 perspektif penting:

1. Sah atau tidak amal ibadah bergantung kepada niat dan betul dengan cara yang disyariatkan.

2. Sesuatu amal ibadah tidak akan mendapat ganjaran jika tidak ikhlas kepada Allah

3. Sesuatu amal, kerja dan usaha akan gagal jika tidak jelas maksud tujuannya.

Niat adalah amalan hati, minda, emosi dan anggota badan secara serentak. Angota badan akan bergerak melakukan apa yang ia mahu atau menjauhi apa yang ia takut. Gerakan ini bermula dengan satu keputusan yang diputuskan oleh hati. Keputusan ini berpunca daripada wujudnya kemahuan yang kuat dalam diri. Kemahuan yang kuat dicetuskan oleh rasa seronok atau takut. Keseronokan dan ketakutan adalah emosi yang lahir daripada gambaran yang terdapat di dalam minda. Gambaran dalam minda boleh diciptakan oleh kita sendiri atau terkesan dengan gambar yang wujud di luar kehidupan kita.

Objektif hidup yang jelas disebut juga impian yang jelas. Ia adalah satu gambar masa hadapan yang kita inginkan berlaku dalam diri kita.

Contohnya; Kita tidak akan berjaya membuat kek buah yang sedap kalau kita tidak berniat untuk membuatnya. Walaupun kita berazam hendak membuat kek buah yang sedap kita tidak akan berjaya jika kita tidak mampu membayangkan rupanya, aromanya, rasanya, kelembutannya dan mendengar bagaimana orang memuji keenakkannya. Walaupun kita sudah dapat membayangkan matlamat kita ini, kita juga tidak akan berjaya jika kita tidak tahu apakah cara membuatnya, bagaimanakah adunannya, dan langkah-langkahnya satu persatu. Sekiranya anda telah berjaya membuatnya sebiji kek buah, melalui tunjuk ajar seorang pakar dan anda telah merasai keenakan masakan anda tersebut sudah pasti anda mampu mengulanginya.

Gambaran obejktif yang jelas untuk membuat kek buah adalah satu contoh bagaimana minda kita berperanan.

Kejayaan hidup ialah kejayaan mencapai impian hidup yang telah digambarkan dengan sejelas-jelasnya di dalam minda. Apa yang kita lihat wujud di dunia ini asalnya adalah impian orang yang mewujudkannya. KLCC, Purajaya, KLIA, banglo mewah di Bukit Antarabangsa, Bukit Damansara, Country Hight dan sebagainya adalah bermula daripada sebuah impian yang jelas, kemahuan yang membakar dan usaha tindakan yang tidak pernah mengaku kalah kepada cabaran kehidupan yang menghalang.

Bayangkanlah, impikanlah apa sahaja yang anda mahu, ia adalah percuma dan Allah akan kurniakan segala sangkabaik anda kepadaNya. Cuma awas sekiranya impian itu menjadi sesutu yang yang menyakitkan, anda tidak akan berjaya mencapainya kerana kesakitan dalam minda adalah satu halangan. 


Ustaz Annuar Salleh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: