Wanita Bertudung Melakukan Maksiat

caraaurat212.jpg

Oleh: Ustaz Shauqi

Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak laporan yang melibatkan wanita bertudung yang melakukan maksiat, sama ada ditangkap ketika berkhalwat, berpelukan dengan lelaki yang bukan mahram, melakukan aksi-aksi yang tidak senonoh dan menjolok mata dan pelbagai jenis maksiat lagi. Bahkan apa yang lebih dahsyat, kedapatan wanita yang bertudung juga merupakan pelacur yang menggadai kehormatan diri untuk mendapat habuan rezeki bagi menampung kehidupan.

Sehubungan dengan itu, timbul persoalan apakah tudung yang dipakai oleh wanita-wanita tersebut tidak dapat menginsafkan diri atau menyelamatkan diri daripada terlibat dalam gejala-gejala negatif dan maksiat? Apa guna memakai tudung, tetapi maksiat tetap dilakukan! Akibatnya, ia memberikan tanggapan negatif kepada wanita yang bertudung. Ia juga mengakibatkan wanita yang berjinak-jinak dengan Islam dan berkeinginan untuk menutup aurat, telah ‘tertutup selera’ untuk mengenakan tudung di kepala kerana ia seolahnya telah membawa satu impak yang negatif.

Natijahnya, nilai wanita yang bertudung dan tidak bertudung menjadi sama sahaja di mata masyarakat, bahkan wanita yang bertudung kelihatan seolahnya lebih banyak terlibat dalam perlakuan maksiat jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung. Seolahnya juga, peraturan ‘bertudung’ yang digariskan oleh Islam tidak dapat memberi apa-apa kesan ke arah untuk mengubah sikap dan akhlak agar menjadi lebih baik. Justeru, terdapat suara-suara yang menafikan terus kewajipan bertudung dalam kalangan wanita Islam, kerana ianya tidak dapat memberi apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya memberikan kesan yang negatif semata-mata.

Oleh itu, bagaimanakah penyelesaian terhadapa perkara ini?. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah adakah Islam benar-benar mewajibkan wanita memakai tudung, atau ajaran Islam memberikan kebebasan kepada wanita dalam hal ini? Jawapannya sudah tentu tidak!. Ajaran Islam tidak pernah menyuruh wanita Islam bertudung semata-mata, tetapi mereka dikehendaki menutup aurat. Timbul persoalan lagi, apakah tudung itu bukan menutup aurat?. Ya, sekiranya sekadar memakai tudung sahaja, ia tidak dinamakan menutup aurat mengikut kehendak Islam. Justeru, wanita bertudung yang ditangkap ketika melakukan maksiat itu hamper kesemuanya atau majoritinya tidak menutup aurat!

Mungkin kenyataan ini agak kontroversi, tetapi itulah hakikat yang harus diterima, iaitu majority wanita Islam yang bertudung pada hari ini, mereka tidak termasuk dalam golongan yang menutup aurat. Oleh itu, tidak hairanlah mereka ini sering terjebak dalam perkara maksiat, kerana tudung semata-mata tidak membawa apa-apa erti sekiranya seseorang itu tidak menutup aurat!. Masyarakat Islam wajar memahami perbezaan di antara tudung fesyen dan tudung yang menutup aurat. Boleh dikatakan amat ramai sekali wanita Islam pada hari ini memilih untuk memakai tudung fesyen daripada tudung untuk menutup aurat.

Apa tidaknya, kelihatan amat ramai wanita yang memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama mengenakan seluar ‘jeans’ yang ketat yang menonjolkan bentuk tubuh yang menggiurkan teman-teman lelaki mereka. Begitu juga mereka yang bertudung, tetapi juga dibaluti dengan baju ketat yang menonjolkan bentuk buah dada mereka dengan begitu jelas. Tidak kurang pula wanita yang bertudung ini memakai pakaian yang jarang menampakkan tubuh badan mereka. Kalau beginilah tudung yang dipakai, ia hanya boleh dianggap sebagai tudung fesyen, bukannya tudung yang menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki di dalam ajaran Islam.

Advertisements

3 Respons

  1. ada yg bertudung hanya sebagai fesyen. …berbaju sendat dan seluar ketat…tudung pulak nipis…nampak rambut di sebalik tudung…yg menyedihkan ramai yg bertudung tp masih tergamak melakukan maksiat…
    kalau nak bertudung, bertudunglah dengan betul…tak kiralah yg baru belajarpun…bukannya nak sakit kepalapun bertudung ni..antara mau ngan tidak ajer. dari kecik lagi ajarlah anak2 perempuan memakai tudung..bila dah besar tak rasa kekok atau segan……

  2. salam…

    mcm tuh lah lumrah ummat akhir zaman ni… ada yg pakai tudung tp tak sempurna… nak ikut peredaran zaman sehingga sanggup menggadaikan aurat sendiri… menayang kepada umum perhiasan yang dimiliki dengan harapan akan disanjungi dan dipuji… ceteknya pemikiran… itulah wanita moden sekarang ni yang meletakkan fesyen lebih atas dari ilahi Rabbi…

    WHI hari ni pun menayangkan dan mempromosikan BUSANA MUSLIMAH… tp sayang seribu kali sayang sebab busana muslimah yg dipromosikan bukan mengikuti landasan agama… masa last WHI ada juga menayangkan fesyen2 tuhh… mang sedih sangat2 sbb fesyen yg dipromosikan oleh model2 yg cantik2 tuhh tidak boleh dijadikan sebagai ROLE MODEL untuk muslimah dengan pakaian yg tipis dan tudung fesyen yg tidak tutup dada… pakaian muslimah mcm tuh ke yang akan menjadi SANJUNGAN kita sebagai seorang muslimah islam…

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka ….”
    (Surah An-Nur:3 1)

    Firman Allah dekat atas cukup jelas menyentuh tentang aurat sebenar seorang muslimah… sama ada kita yang tidak peka @ peka tapi buat2 tak tau tentang hukum agama…. dek hanyut dengan dunia yang moden ni…

    inilah kalau terlalu mengikut peredaran zaman dan tidak mahu dikatakan KOLOT dalam dunia fesyen sehingga meletakkan Sunnatullah (Peraturan Allah) dibelakang dan tidak penting… sedangkan aurat itulah yang akan menyebabkan seseorang wanita menempah kaki ke neraka…

    “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.” (Surah Al-Khaf: 7)

  3. eh kalau kita sebut bertudung tu semua org bertudung sekarang ni biarpun nipis atau selendang, ttp yg betul tudung yg menutup aurat…ya akakpun tengok jugak WHI hari isnin…busana muslimah ttp sayangnya tiada ciri2 muslimah kerana masih lagi menampakkan aurat iaitu rambut tanpa memakai anak tudung..t.ahniah Sue blog ini banyak memberi keinsafan buat akak…………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: