Pencuri dalam Sembahyang

muslim20prayer2.jpg

 

Orang-orang yang menunaikan solat mereka dalam keadaan kelam-kabut akan
hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pencuri.
 

Sabda Rasulullah SAW: 

“Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dari solat mereka. Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri dari solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna ruku` dan sujud
mereka (
iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas)”. (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)

 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaa`i, Rasulullah SAW melarang dari solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda:  

“Allah SAW tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara ruku` dan sujud. (Hadith riwayat Thabrani).

 

Maka marilah kita mengerjakan solat kita dalam khusyuk, tenang dan tanpa
kelam-kabut agar solat kita tidak menjadi sia-sia dan agar kita dapat
meraih fadhilat-fadhilat dan anugerah-anugerah yang telah dijanjikan oleh
Allah SAW.

Sabda Rasulullah SAW:  

“Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi.” (Riwayat Al-Dailami dari Ummi Salamah)

Forum Perdana-Kisah dari Penjara untuk renungan bersama (2)

Forum Perdana-Kisah dari Penjara untuk renungan bersama

Kisah (2) dari Singapura 

Ini adalah kisah di penjara Singapura, di ceritakan dari seorang Ustaz  

Ada seorang banduan yang sedang akan menjalani hukuman gantung di Singapura akan menjalani sessi counseling dan belajar agama dari seorang Ustaz yang akan membimbingnya untuk menghadapi hukuman yang akan di jatuhkan padanya. Banduan ini telah di jatuhkan hukuman kerana membunuh dan merusuh, di badan banduan ini penuh dengan tatto di seluruh anggota badannya.

Banduan ini rajin bersolat dan beribadah, imagine kalau orang tahu dia akan mati dah tentu akan berbuat demikian. Dia ada beritahu Ustaznya yang dia ingin menghilangkan tatto sebelum di hukum, tapi memandangkan tattonya di seluruh badan dan susah untuk dihilangkan, Ustaz itu telah menasihati banduan itu supaya jangan risau tentang tatto yang penting hatinya kuat mengingati Allah dan beribadat dengan tekun.

Pada saat hari dia hendak di gantung, dia dengan tenang menyambut ketibaan saat akhirnya. Setelah di gantung, mayat itu di turunkan dari Tali gantung, dan mayatnya telah di bawa pulang oleh anggota keluarganya untuk di uruskan. Pada saat mayat itu hendak di mandikan alangkah terperanjat semua anggota keluarganya dan semua orang yang mengenal nya termasuk Ustaz yang mengajar dia agama, tattoo yang ada di seluruh badannya telah hilang dengan tiada sedikit pun kesan di badannya, Badannya sungguh bersih yang tiada ada sedikit kesan tattoo di seluruh badannya.

Memandangkan kisah ini kita akan termenung sejenak bahawa Allah maha mengampun lagi penyanyang, siapa saja yang ingin bertaubat akan di terima taubatnya.  

Kadang bila di renungkan orang yang baik belum tentu di saat akhirnya dapat hidayah dan mati dalam keimanan, kerana walau pun dia beribadat kuat serta banyak amal jariahnya tapi kalau kita riak dan suka mencemuh orang2 yang jahil dan jahat, atau orang2 yang pernah melakukan maksiat atau apa pun dosa mereka kita tidak harus mencemuh dan menkritik mereka, kerana mungkin di akhir hayat orang-orang seperti ini Allah beri dia petunjuk dan hidayah siapa tahu. Mudah2an kita semua dapat Husnul Khatimah di saat akhir kita, Insyallah Amin.

Wallahualam

Forum Perdana-Kisah dari Penjara untuk renungan bersama (1)

Forum Perdana-Kisah dari Penjara untuk renungan bersama 

Kisah dari Malaysia  

Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua. 

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.  

Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. 

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.  

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. 

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. 

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan. 

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. 

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… … 

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. 

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.  

HUWALLAH HUALAM, 

Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm……