Rahsia khusyuk dalam solat

muslim20prayer3.jpg

 

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk dalam solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimankah caranya tuan solat?” Hatim berkata : “Apabila masuk waktu bersolat saya berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.
Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-


1.    Bertaubat
2.    menyesali dosa yang dilakukan
3.    tidak tergila-gilakan dunia
4.    tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5.    tinggalkan sifat berbangga
6.    tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.    meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian saya pergi ke masjid. saya kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. saya berdiri dengan penuh kewaspadaan dan saya bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan saya mula bayangkan pula bahawa saya seolah-olah berdiri di atas titian “Sirratul Mustaqim” dan saya menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian saya berniat dan bertakbir dengan baik.
 

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian saya ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, saya bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan saya memberi salam dengan ikhlas. Beginilah saya solat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.”

 

 

Advertisements

6 Respons

  1. Sebaiknya fahamilah maksud setiap bacaan dlm solat insyaALLAH kita akan khusyuk….

  2. saya setujuh dengan pendapat saudara musaddad…. seeloknya kita fahami apa yg kita tengah baca dalam solat sebab kegagalan kita memahami akan sebabkan kita sukar untuk menghadirkan diri….

    kena usha memahami apa yang kita baca… tak guna kita solat tp tidak menghadirkan diri… nanti dekat akhirat kelak, solat kita ni akan dtg pada kita dan dia dtg dengan keadaan sewaktu kita solat masa dekat dunia… kalau solat kita sekadar melepaskan batuk di tangga, maka datanglah dia dengan keadaan dhaif dan pakaiannya dengan koyak rabak seluruh badan…. kemudian dicampakkan ke muka kita dan dengan berkata Allah Azzawajallah “inilah sembahyang yang dahulu engkau sia-siakan semasa di dunia”…. Nauzubillah… moga solat kita mendapat tempat disisi Allah SWT… ameennn…..
    jangan dikembalikan dan dicampakkan ke muka kita dalam keadaan hina dan dhaif…

  3. takkan melayu hilang di dunia.orang melayu memang boleh.

  4. solatku masih lemah walaupun telah fahamkan maksud ayat yg dibaca..kadang mengambil wuduk pun lidahku tidak seikhlasnya sedangkan aku mahu sujud dan membersihkan hati yang sunguh-sungguh..
    kenapa masih lemahnya imanku…adakah solat dan wuduk ku masih rapuh…mungkinkan…

  5. Kalau kita banyak dosa,pun salah satu faktor x khusyuk dalam solat ke ?

  6. AKU TELAH MENYESALI SEGALA DOSA-DOSA YANG PERNAH AKU LAKUKAN, TAPI MENGAPA AKU MASIH BUKAN LAGI SEORANG HAMBA ALLAH YANG RAJIN BERIBADAH…?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: