Wahai ALLAH… Terimalah kepulanganku… hambaMU…

kubur1.jpg

 

Biarpun kita menjadi tuan, kita tetap bertuhan..

Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan..

Apalah kita menjadi tuan, sedangkan kita tetap hamba..

Apalah guna mengangkat kepala, sedangkan sujud tempatnya..

 

Lihatlah ke dalam diri, peperangan ada di sana..

Tempat kita di mana? Kalau bukan di situ..

Gelap dan sempit, dan fitnahnya teramat dahsyat..

Perjalanan yang jauh terasa perit..

Berliku-liku dengan wajah yang legam..

Siapakah yang mampu menolong?

Kalau bukan kamu yang berasa kerdil..

Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-NYA

Lalu tunduk sujud mewalangkan diri..

Lalu pulang ke pangkuan-NYA..

 

Kerdillah diri apabila kita pulang ke sana..

Bergelumang tanah di atasnya subur bunga-bunga..

Wahai ALLAH… Terimalah kepulanganku..hambaMU..

  

sabda Rasulullah s.a.w: Bacakanlah Surah Yasiin atas orang yang mati di antara kamu.

 

Hadith Riwayat Abu Daud, Nasa-i, Ahmad dan Ibnu Hibban: membacakan Surah Yasiin itu akan memudahkan roh keluar dari jasad. Sebab mati itu didahului dengan kesulitan dan sakarat  

(Sajak Petikan Novel ‘Ranggau’)

Advertisements

8 Respons

  1. Salam kenal Nursyirah…sajak ni amat menyentuh jiwaku…

  2. Salam kasih sayang juga buat kak nuriman… makasih sebab sudi gak masuk blogs sue yang tak seberapa nie…

    sajak dkt atas mang cukup berkesan untuk menginsafkan diri kita yang sering alpa ni…

    kekadang kita buat sambil lewa tentang kehidupan akhirat lebih2 lagi soal ‘kematian’… sbb depan mata kita nampak jelas nikmat dunia… kita dapat pegang, dapat sentuh, dapat lihat, dapat rasa, dapat dengar dengan pancaindera anugerah ilahi yg kita miliki, sedangkan akhirat benda ghaib yang kita tidak dapat lihat dengan pandangan mata kasar kita… inikan lagi ‘kematian’ yang kita tidak tahu siksanya bagaimana…

    Kita boleh mengambil iktibar dari kisah Uthman r.a yang begitu sedih bila melihat kubur… sedangkan kita yang lemah ni sekadar melihat ‘alam’ itu sepintas lalu tanpa ada kesedaran untuk merenung ‘alam’ itu lebih lama dan menginsafkan diri… itulah destinasi kita suatu hari nanti… sama2 kita imbas kembali kisah Uthman r.a

    “Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya.

    Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

    Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat.

    Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali.

    Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”

    sama2 saling mengingati antara satu sama lain… kematian PASTI menjemput kita… sediakan bekalan dengan amal makruf… dan istiqamah…

    “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” (Surah Al-Mulk: 2)

  3. SAlaam alaikum w.b.t… mintak maaf mencelah hehe. Terlebih dahulu salam ukhuwwah ambe ucapkan. Kita insan ni memang selalu ingat mengingati la kan, kerana kita always lupaa, bukan saja lupa daratan, dengan laut2 sekali kita lupaa.

    Yang penting niat la dulu pasal innamal a’maalu binniyyaat. Dan Allah hanya pandang pada hati (taqwa). Kalau amal banyak tapi hati busuk, suka kan orang lain mendapat keburukan dan kesusahan tak guna jugak, macam suatu kisah zaman nabi tu laa, saya percaya antum semua tahu.

    Then amal soleh sesuai dengan niat. Tetapi jangan lupa kan nasib kita di dunia, kerana itu pun dah diberitahu oleh Allah. Dan barang siapa nak dunia atau akhirat kena ada ilmu. Jangan HALALkan yang HARAM dan HARAMkan yang Halal. Asal segala benda adalah harus, sama maacm muzik, tetapi bertukar jadi haram jika disertai dengan pencemaran2 alam jasmani dan rohani, seperti tidak menutup aurat, lirik merapu2, pergaulan tanpa batas dan seumpamnya. Sama ibarat sebuah pisau, asalnya pisau itu bagus, tp bagus kalau dapat pada tukang masak, dia akan masakkan makanan utk manusia. Tp yg x bagusnya dapat kepada pembunuh, maka dia akan bunuh orang tanpa hak.

    Harap kita semua dapat saling ingat mengingat, wallahu a’lam 🙂

  4. Salam ukhwah juga diucapkan… moga saudara sentiasa dibawah lindungan naungan ilahi…

    makasih atas nasihat dan peringatan yg diberi…
    insyaAllah saya akan ingatinya dan cuba sedaya kemampuan memperbaiki ibadah kepada Al-Haqq…

    ” Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMU, untuk bersyukur kepadaMU dan untuk memperelokkan badah-ibadah ku kepada MU “…

    menjadi perkara kebiasaan bagi ummat akhir zaman ni yang SEMEMANGNYA sentiasa lalai dan leka dengan nikmat duniawi… dah jelas juga dalam Firman Allah ‘”……manusia itu dijadikan berkeadaan lemah” (Surah An-Nisa:28). dan manusia itu dicipta berkeluh resah… inilah lemahnya kita sebagai manusia… perlu saling sentiasa menasihati je agar tidak jau terpesong dan terkeluar dari landasan agama.

    kekadang sedih gak melihat ummat akhir zaman ni… majority lalai soal ‘akhirat’… pemujaan artis diletakkan paling atas mengalahkan memuji Rasulullah… itu belum lagi tang pemakaian yang disalah ertikan, kunun2 dah lengkap tutup aurat tapi hakikatnya jelas dlm katogori ‘bogel’ pada pandangan Allah dan Rasulullah… aurat ntah kemana, tudung sekadar fasyen dan lidah mengalahkan tajam sebilah pedang… dengan mudah meninggikan suara dan memaki hamun tanpa fikir dulu apa kesannya pada org lain…. menganggap remeh benda yang dikatakan sedangkan kata2 itu akan memasukkan diri ke dalam neraka Allah… alangkah sukarnya menjaga LIDAH… kalau lidah kita boleh gak kita tutup dengan zikrullah tapi kalau lidah orang lain ni faham2 je lah…

    sama2 cuba untuk memperbaiki diri menuju destinasi kekal…. renung balik apa yg sdh kita buat dan ‘hitung’ sendiri amalan kita… bernilaikah disisi ilahi @ sekadar ‘debu beterbangan’… Nauzubillah…

    kata2 yang cukup bagus dari saudara… nilai balik hati kita (niat betul kerana Allah @ terpesong??) sbb dkt situlah Allah Azzawajalah melihatnya… moga kita tidak diabaikan dan sentiasa menjadi salah satu dikalangan orang2 yang dicintai olehNYA jua penghuni langit… ameennn…

    “…..berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah Al-Ashr:3)

  5. Salaaam , a ah setujuu boss heehe. Wahai Nursyirah, jangan lupakan ambe jugak dalam doa mu terhadap sahabat2 mu eh. Niat awal2 masuk juga list eh, insyaALlah, ambe pun masukkan list dirimu dalam sahabat2ku dalam doa, amiiiin.

    Ambe takut ambe x cukup amalan nanti, tp mudah2an dengan berkat ada sahabat2 yang baik, yang ble sama2 saling mendoakan dan berniat untuk bertemu di sana, mudah2an ringan sikit soalan dan laluan ambe nanti. Semoga kita semua dirahmati, diberkati dan diampunia ALlah S,w,t Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah, aamiiin. Baarokallahu fiik wa Taqobbalallahu minna wa minkum solehul a’maal 🙂

  6. Alhamdulillah…pandai anti tulis sajak..tersentuh di lubuk hati ana apabila membacanya..Yelah..Kita sbgai hamba Allah yang kerdil lagi hina ini tidak putus2 pengharapan kpd Allah semoga segala amalan yang kita lakukan di dunia ini menjadi bekalan yang berguna apabila kita di jemput untuk menuju ke negeri abadi (akhirat)nanti..Amiiin..Salam ukhwah jugak buat Nursyirah..Ila liqa’ ma’al salamah..Assalamualaikum…

  7. InsyaAllah Hikmatun… doa kita untuk semua muslimin dan muslimat… moga beroleh ‘hasanah’ dekat dunia jua di akhirat kelak…. yang penting kita sedekah ‘doa’ untuk semua seagama kita…. itu juga satu sedekah yg mampu kita hulurkan moga dipermudah segala urusan duniawi jua hari perhitungan kelak…

    hitung sendiri amalan kita sama ada mampu cover dosa2 kita dkt dunia ni @ berhutang dengan ilahi dekat hari perhitungan nanti… nauzubillah….

    moga kita diberkati selalu dan sentiasa dibawah naungan Allah SWT….

    Allahu Rabbi, laasyarikalah….. ‘Ya Allah, engkau Tuhan ku. Tiada sekutu bagiMU’….

  8. Salam Ukhwah untuk musaddad….moga sentiasa berada dibawah naungan Allah SWT dan diberkati selalu…. ameennn….

    Sajak tuh bukan hasil nukilan minda ni tapi sajak dari petikan sebuah novel… sungguh, saya sendiri tersentuh bila membacanya…. ada HARAPAN untuk terus mengingatiNYA dan memperbaiki amalan sendiri yang sememangnya kurang dan miskin ni…. adat sebagai hamba yang dicipta dengan kelemahan… kita sering lalai untuk mengingati ‘mati’…. mungkin dek arus dunia ni yg terlalu moden…. sehingga kesan yg besar pada diri kita…. apa yg perlu sama2 menginsafi diri dan terus amalan mengharapkan keredhaanNYA….

    percayalah…. ilahi Rabbi terlalu sayang kita… DIA yang menciptakan kita dan kita adalah hambaNYA… kasih sayang Allah pada kita terlalu tinggi mengalahkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya…. jade, mengapa perlu kita BUANG Tuhan Pencipta kita…. lembutkan hati dan lunakkan ia untuk terus mencari keredhaanNYA… ingatlah ‘zikrulmaut’…. kita pasti akan ke sana kelak….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: