Doa bila jatuh cinta

Ada orang bertanya adakah doa-doa tertentu apabila jatuh cinta.

Jika kita bimbang ’ketelanjuran’ dalam cinta, kita alihkan rasa cinta kita kepada Allah dengan membanyakkan salawat, dzikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu, kalau kita tewas nafsu yang akan memperdayakan kita.

Dalam pada itu, amalkan doa apabila jatuh cinta. Segala ruang kehidupan perlu berbekalkalkan doa untuk keselamatan dan istiqamah hatta dalam bercinta pun kita sentiasa perlu berdoa. Agar cinta kita diredhai dan diberkati Allah. , doa itu diambil dari sifat Allah, satu dari sifat2 Asmaul Husna, ia itu sifat Al-Muhaimin, sifat Allah Yang Maha Menjaga / Maha Memelihara. Sifat ini disebut-sebut di dalam Al Quran. Allah SWT bukan saja mencipta, bahkan Allah SWT juga menjaga, mengawal, mengurus ciptaanNya. Sentiasa memlihara dan memerhatikan setiap perbuatan dan perkataan kita.

Fadilat membaca Ya Allah Ya Muhaimin setiap masa agar terhindar daripada apa-apa bencana yang tidak kita sedari. 

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.

 

Ya Allah…
Bila hamba bertemu dengan seseorang
dan hamba jatuh cinta
Izinkanlah hamba menjadi yang terbaik baginya
dan dia yang terbaik bagi hamba

 

Ya Allah…
Bila Hamba menjadi pasangan seseorang
Izinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginya
Izinkanlah diri hamba menjadi penyejuk hati baginya
Izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginya
Izinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginya
Izinkanlah pundak hamba menjadi tempat melepas keresahan baginya
Izinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginya

 

Ya Allah…
Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMu
Izinkanlah setiap sentuhan menjadi perekat cinta kepadaMu
Izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu

 

Ya Allah…
Izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakiti
Izinkanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianati

 

Ya Allah…
Jiwa kami ada dalam genggamanMu
maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu

 

Ya Allah…
Permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu.
Ya Allah, 

Jawapan disediakan oleh Endok Sempo binti M Tahir, AJK Wanita JIM Pusat. Segala persoalan dan jawapan yang lalu boleh dilayari http://www.bicarakalbu.blogspot.com

Doa agar menjadi hamba yang taat

Allah berfirman maksudnya:  “Wahai Tuhan Kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua; orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (al-Baqarah: 127 & 128) 

Keterangan Ayat

Menurut al-Imam al-Sawi dalam Tafsir al-Sawi, ayat ini menggambarkan sikap merendah diri Nabi Adam a.s. membina Kaabah. Binaan Kaabah yang diletakkan oleh para malaikat dan Nabi Adam a.s. kemudiannya musnah semasa berlaku taufan besar. Jibril kemudiannya telah membawa al-Hajar al-Aswad yang tersembunyi dan menunjukkan kepada Nabi Ibrahim pelan binaannya.

Kemudian Kaabah melalui beberapa proses pembaikpulihan pada zaman Amaliqah, Bani Jurhum, Qusai dan akhirnya pada zaman Bani Quraisy terdapat beberapa kali dibaiki. (Tafsir al-Sawi, tafsir ayat 126-127 surah al- Baqarah)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Ayat ini dicadangkan agar diamalkan ketika menaikkan binaan sama ada untuk membina rumah, sekolah, masjid dan sebagainya agar beroleh keredaan dan berkat daripada Allah s.w.t.

Doa semasa ditimpa musibah

“SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (al-Baqarah: 156) 

Keterangan Ayat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa tersebut di atas.

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

Ayat di atas disebut ketika:

* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan

* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil

* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.