Kisah Sufiah jangan dijaja… tetapi jadikan sebagai iktibar…

Respond Tersungkur di lembah hina

LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun…… 

 (panjang lagi artikal originalnya tapi saya tidak mahu memaparkan dalam blogs saya ni sebab ada beberapa ayat-ayat dengan jelas menyebut keaiban si pelajar pintar tu…)  

Isu pelajar pintar ni memang jelas menjadi isu satu dunia. Bukan saja dekat dada-dada akhbar malah hampir kesemua blogs ada menyentuh topik tersebut. Pelbagai pendapat dan komen yang diberi oleh semua orang… ada yang menghina… ada yang mengutuk… ada yang mendoakan kecelakaan… ada yang menjaja aib mangsa dan masih ada yang mendoakan kebaikkan kepadanya dengan doa agar kembali kepangkal jalan… macam-macam ada…. 

Setulusnya, bagi diri saya yang sangat dhaif ni juga ingin mengutarakan pandangan tersendiri bagi topik terhangat itu… Kita tidak berhak untuk menghukum, menghina, mengutuk, mencaci juga menjaja aib orang lain. Kisah hitam ini kita ambil iktibar pada diri sendiri sebelum melontarkan kata-kata keji dan kesat pada pelajar tu… sedih dan sebak bila membaca banyak blogs yang komen tentang isu ini adalah sangat kesat, dengan mudah mencaci dan kebanyakkan tidak dapat terima keruntuhan akhlak pelajar tersebut kerana disuatu ketika dahulu mereka TERLALU MENGAGUNGKAN malah ada yang jadikan Role model untuk diri sendiri dan pada anak-anak supaya anak-anak mereka kelak akan mengikut jejak kepandaian pelajar pintar tu. inilah silap kita bila kita terlalu memuji dan memuja seseorang yang bergelar MANUSIA… sesungguhnya manusia itu dijadikan dengan kelemahan. Tidak menghairankan kalau manusia itu melakukan dosa, tetapi yang menghairankan jika manusia yang melakukan dosa tidak mahu BERTAUBAT….  didik lidah kita agar tidak mudah melontarkan kata-kata mencaci dan mengutuk sesama insan seagama… kita renung mendalam dan fahami  Firman Allah SWT dalam Surah Al-Humazah (pengumpat). Moga kita ambil iktibar dari ayat-ayat tersebut untuk dipraktikalkan dalam kehidupan harian kita.   

(Surah Al-Humazah)

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1)

Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah” (api Allah yang dinyalakan). (4)

Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8)

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.(9)  

Berbalik kepada topik dekat atas… sememangnya saya sangat sedih dan sebak bila membaca kisah tu. Walaupun pada permulaan topik itu hanya membacanya dalam akhbar tempatan dan hati ni lagi tersentak bila baca artikal tu dari akhbar NEWS of The World (Maths prodigy who won an Oxford place at 13 is now a £ 130-an-hour HOOKER/NEWS/NEWS of The World) perintis tersebar dan tersiarnya kisah malang pelajar pintar Malaysia tu melalui kiriman mail rakan sepejabat… cukup mengaibkan!!!! tidak sanggup dan tak nak tengok artikal tuhh… sejujurnya saya katakan, saya tidak baca artikal itu sampai habis…  saya tidak mahu mengulas dan komen panjang lebar tentang apa-apa dalam NEWS of The World tu… Cuma dari kisah tersebut, muhasabah untuk diri sendiri yang sememangnya masih dhaif tentang agama, ingatlah Rabb pencipta kita, ingat perjumpaan denganNYA PASTI terjadi dan ingatlah apa-apa yang kita lakukan, DIA Maha Melihat…. ke mana hilangnya malu dengan Allah??? sebesar ZARAH KEJAHATAN PASTI akan dibalas, jika setinggi gunung dosa mampukah untuk memikulnya???   

(Surah Az-Zilzal) 

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka (6)

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) 

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8)  

Moga kisah hitam itu akan menjadi iktibar dan pedoman kita semua yang bergelar muslim. Kita doakan dia moga diberikan hidayah oleh Allah SWT… moga hatinya lembut untuk mencari keampunan Rabb dengan taubat nasuha… ameennn… sebelum ajal datang menjemput… Allah SWT sentiasa menerima taubat hamba-hambanya…  

“…kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.” (Surah An-nisa:16)  

“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisa:17)  

“Sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku dengan dosanya kemudian bertaubat, pasti Allah menerima taubatnya”.(Hadis Riwayat Bukhori, Muslim dan Ahmad).  

Rasulullah SAW menghiburkan hati umatnya yang berdosa supaya mereka tidak cepat menyerah dan bersedih dengan dosa yang dilakukan. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Demi yang diriku ada di tangan-Nya, seandainya kalian tidak berdosa, tentu Allah akan mematikan kamu, lalu datang segolongan orang yang berdosa dan mereka memohon ampun dan Allah mengampuni dosa-dosa mereka.” (Hadis riwayat Muslim)  

Allah Taala berfirman di dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu semua masih berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni kamu tanpa Aku peduli atas dosa-dosamu.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi)   

Sama-sama muhasabah diri dengan ukur diri dahulu sebelum melontarkan kata-kata kesat pada orang lain. Sememangnya kita disuruh cegah kemungkaran tapi bukan dengan mencaci seseorang. Teringat satu hadis Rasulullah “cegahlah kemungkaran itu dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Bila dengan lidah juga tidak mampu maka cukuplah dengan hati tetapi itulah iman yang paling rendah” …. walaupun iman paling rendah tapi kita boleh lakukan dengan menghulurkan doa…  

Kepada saudara-saudaraku yang terlepas kata-kata mencaci dan mengutuk… tebuslah ia dengan mendoakan kebaikkan kepada pelajar itu… moga kesilapan tidak di’tagih’ dekat akhirat kelak… apa yang merisaukan, kita tidak kenal SUFIAH, jumpa pun tidak pernah… dia bukan keluarga kita, bukan jiran kita, bukan kawan-kawan kita malah tidak pernah bersua muka, jika kita terus menerus mengutuk dan mengkritik dengan kesat bagaimana kita mahu minta maaf atas keterlanjuran kita terhadapnya… bukankah kita akan membawa dosa terhadap dia hingga ke hari pembalasan…  

Renungi dan ambillah iktibar dari sebuah hadis yang mengatakan “jika kita menjaga ‘aib’ orang lain, maka Allah SWT akan menjaga ‘aib’ kita dan jika kita membuka ‘aib’ orang lain maka Allah SWT juga akan membuka ‘aib’ kita”… sanggupkah kita jika aib kita ilahi buka??? yakin sangatkah kita langsung tidak ada aib??? sedangkan kita bukan MAKSUM seperti para Rasul dan Nabi, tidak juga suci seperti  para Malaikat tapi kita Cuma INSAN AKHIR ZAMAN…  

wAllahua’lam…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: