TIDAK bermoral sungguh suami sebegini!…

Subject: Bila Hati Sudah Mati (khas utk yang nak kawin lagi!)

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah “tak berguna”..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada….dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada…kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun…. Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam…wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2…kejam kejam

saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat…tapi jauh di sudut hati saya…memang terasa kejam…sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan
4 orang anaknya.

masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu….saya malas lah nak bertekak…

saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri…dia tak nak…dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah…..biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1. kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu…memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat….wife dia dah kerja sebagai operator kilang…so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu…lepas tu dah jodoh dia orang kawin.. mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan
saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap… tapi yg buat saya bengang…ade ke…kawan saya tu….selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia…cari no.2… tak sampai hati saya nak duakan
isteri tersayang saya tu.

saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah…saya jengoklah…saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi….wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu…

kat bawah…saya tengok…anak2 dia yg 4 org tu dgn maid…menangis2 pungut baju mak dia…kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap… “kau org cakap ngan mama kau…kalau nak papa jaga sampai mampus…jgn lawan cakap papa…”

tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu…anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu…so…seronoklah dia berendam & mandi sama2n gan wife no.2 dalamjacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu…sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu…

maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya tu.

aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03…sedangkan suaminya – rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.

apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas…saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital…sebelum aruah pergi kehospital…dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya
(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi

Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya…

Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.

masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi…memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni. masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital…aruah masih dalam bilik rawatan….abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi
dengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur. dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.

Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap…tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya. suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya…mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama…mama…mama…dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan…senyap2 sayang…papa ada…dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu…supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai…

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..

(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah
bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)

 

* Coretanku

Cerita ini diambil dari blogs kak iman… sangat berkesan untuk MUHASABAH diri saya sendiri… huhuhuhu… ZALIMNYA seorang suami yang tidak tahu AZAB Allah SWT dan jahilnya tentang hukum-hakam agama. (Suami jenis apalah ini!)

walaupun cerita telah bertahun, dah 5 tahun juga… tetapi sememangnya cukup berkesan memberi keinsafan dan pengajaran pada diri ini juga manusia yang diberikan akal oleh Allah SWT.

kejamnya suami tuh, tidak bermoral sungguh!habis madu, sepah dibuang… bila rasa tak ada kepentingan pada si isteri, mulalah cari yang baru yang lebih sempurna… sekolah tinggi tapi ilmu agama terlalu cetek!

pengajaran kepada semua lelaki yang nak kahwin lebih…. fikir-fikirkan! mampukah untuk bersikap adil dan bertanggungjawab??? dalam firman Allah sudah cukup jelas menerangkan lelaki sememangnya TIDAK dapat berlaku adil walaupun bersungguh-sungguh. Berusahalah mendekatkan diri kepada Rabb, moga dapat keampunan.

 

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awangan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nisa, ayat: 129)

 

 

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa, ayat: 3)

wAllahua’lam…

 

Advertisements

10 Respons

  1. Series baca citer tentang kekejaman sang si suami yang lupa daratan dan juga dah hilang pedoman hidup kot.. isk isk…

  2. melinang air mata saya membaca kisah tersebut.Semoga si suami sempat bertaubat sebelum ajal menjemput..

  3. Salam…

    Inilah erti sebuah pengorbanan yang sering di balas dengan kekejaman. Semoga si suami cepat insaf dan bertaubat banyak2 atas segala kelakuan yg di buat ke atas aruah si isteri. Ingatlah hari ini kita menyakiti aruah si isteri tua hadapilah… Sesungguhnya nasib yang sama akan menimpa si suami..

  4. SEMOGA ALLAH MEMBERI BALASAN SYURGA KEPADA ARWAH KAK ZAI DAN MEMBERI PENGAJARAN DAN PEMBALASAN YANG SETIMPAL DENGAN SUAMI YANG TAK BERTANGGUNGJAWAG MACAM ……………………. TUH!!!!!!!!!!!!!!!

    AMIN…………………………….

  5. sedih sangat baca cerita neee..semoga roh nya dicucuri rahamt..amin..izin kan saya copy cerita ne untuk dikongsi bersama teman2 yg lain..

  6. Assalamualaikum, salam ukhwah,

    Kepada penulis blog ini, saya memahami perasaan anda selepas membaca nukilan itu… Tidaklah dinafikan bahawa apa yg ternukil itu perit untuk ditelan oleh perasaan manusia biasa, terutama yg mempunyai sifat empati.

    Namun, sebagai umat Islam, kita kena ingat, bahawa sesuatu kejadian itu berlaku atas kehendak ALLAH. Kita sebagai hambanya adalah tidak seharusnya menjatuhkan hukuman kepada seseorang, terutama kepada seseorang yg kita tidak kenali. Sematkn dlm diri kita bahawa yg menghisab seseorang manusia itu adalah ALLAH tatkala di sana nanti diperlihatkan satu persatu perkara yg kita lakukan hatta sebesar zarah sekalipun… Khuatir sekiranya kita asyik menilai seseorang itu, kita terlupa menilai diri sendiri. Yg lebih perit, dikhutiri nanti di hari keadilan nanti, tatkala kita dihisab oleh ALLAH, akan datang seseorang, mgkin lebih saksi yg mengatakan bahawa di dunia dahulu kita pernah bersalah dgnnya dan menyebabkn timbangan kita nanti ada kekurangannya… Di masa itu nanti barulah kita mengerti bahawa setiap perilaku di dunia ini hatta batuk sekalipun akan dipersoalkn nanti… Begitu adilnya YA RABB !

    Bercakap sebagai seorang lelaki, saya dpt merasakan bahawa betapa peritnya seseorang itu dihimpit perasaannya di kala hatinya remuk menerima hal penyakit, bertambah remuk menerima berita kejutan berkaitan dgn hal paling sensitif dlm perkahwinan MELAYU, bab berpoligami, secara teorinya. Namun adalah tidak wajar sy mengatakan sy boleh membandingkan dgn seseorang yg menerima dugaan itu, kerana bak kata pepatah “Berat mata melihat, berat lagi bahu yg memikul”…

    Namun, adalah kurang wajar menilai seseorang itu sebegitu rupa… Sudah lupakah kita dlm sirah para2 nabi terdahulu? Taubat seorang Ansar yg mengauli seorang mayat wanita yg baru dikebumikan, sehingga rasulullah mengherdiknya dan mengatakan bahawa dirinya dekat dengan api neraka, namun turun pula wahyu pada surah ALI IMRAN, ayat 135-136, setelah lelaki itu bertaubat? Tahukah kita akan ALLAH telah menegur Nabi Ibrahim kerana baginda menghalau seorang kafir yg beragama majusi menjadi tetamunya, sehingga begitu terharu si lelaki itu dan memeluk agama ALLAH kerana Nabi Ibrahim menjemputnya kembali atas peringatan daripada ALLAH? Selagi seseorang itu belum direnggut ajal, terbukalah padanya pintu taubat dgn seluas2nya. Kita tidak mengetahui adakah kita atau dia akan dihumbankan ke dalam api neraka ataupun mencium bau syurga. Jadi adalah kurang wajar mengiya2kan pendapat tentang tukang sipelaku itu tidak kita kenali, dikhutiri ianya hanya satu fitnah, dan lebih perit, dipanggil si tertuduh itu muncul tatkala tiba giliran kita utk dihisab nanti…, MasyaALLAH…

    Kita hanyalah khalifah di bumi ALLAH, menjalankan apa yg telah diarahkan ALLAH dan meninggalkan segala larangan-NYA. Hanya ALLAH sahaja yg layak menilai perilaku seseorang sehingga mewar2kannya. Bukankah berbaik sangka sesama manusia itu sunnah Rasullulah saw?

    Jadi apa yg kita boleh lakukan adalah menahan amarah kita dan rasa kebencian kita sekiranya menerima teks sebegini. Jangan terlalu menilai sehingga menjatuhkan hukuman kepada seseorang itu. Cukup sekadar menjadi renungan kepada diri sendiri, menilai dari sudut bagaimana utk menghadapi situasi itu, memperlengkapkn diri untuk menghadapinya dan menjadikannya sebagai ‘barier’ atau sempadan kepada kita dlm kehidupan yg singkat di dunia ini.

    Ingatlah, bahawa ALLAH swt yg mengetahui hati2 manusia keseluruhannya, jadi kita mungkin terperangkap antara membawa pengajaran krn ikhlas ataupun membawa pengajaran kerana amarah. Jadi fikirkanlah, terutamanya kepada diri saya sendiri dan anda2 sekalian…

    Jika ada salah & silap, saya mohon maaf… Maafkan saya sekiranya komen ini memberikan impak negatif kepada orang lain kepada emosinya atau hatinya… Semoga ALLAH merahmati kita semua, mohon maaf sekali lagi….

    Assalamualaikum…

    • Salam…

      Tq sbb bg komen.. adat sbg manusia..bila kita ada sesuatu benda yg bg kesan dkt hati ni..mang mcm2 yg akan kita fikir n kata… lebih2 lgi yg berlaku adalah kisah dari kaum kami sdiri… yg sememangnya dilahirkan dgn hati yg cepat ‘terusik’… kisah ni patutnya dijadikan pengajaran utk kemudian hari… yg saya komen dlm topik tuh, tak lah terlalu teruk kan… jika dibandingkan dgn komen dari ust zaharuddin lagi power.. ust terang2 akan ckp direct cth macam kisah budak genius yg bermslh tuh… kalo diikutkan la… x ble gak kan secara trg komen sebegitu.. ble rujuk blogs ust zaharuddin n cari topik sofia tuh… secara detail ust komen… sedangkan kalo diikutkan la.. kita x kenal kan sapa sofia tuh.. jumpa pun x penah… tp kita buka cita dia n secara tidak langsung aib dia akan tersebar..walaupun realitinya mang aib dia dah tersebar seluruh dunia….

      hanya mampu berkata… apa yg didalam hati ni, bukan utk mengatakan keburukkan n aib org lain.. tp skadar utk renugan bersama… sbg pengajaran utk bekalan hidup agar dlm diri msg2 ada sifat kemanusian.. rendah diri n yakin hukum kisas tuh ttap ada…

  7. Sedihnya…ada jg manusia gitu?….semuga Allah memberi balasan…buat baik dpt baik buat buruk dpt buruk.

  8. skrg suami dan ayah mcm ni ramai sgt2.. sgt2. cuma lain cerita lain keadaan.. tp sama je. kejam///

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: