Doa Keselamatan, elak BUNUH dan ROGOL

 

1) Ertinya : “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang jahat”

 

 

 

2) Ertinya : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”

 

 

 

 

* Coretanku

 

 

Zaman sekarang ni, banyak benda yang kita dengar setiap hari. Malah bunuh dan rogol sudah menjadi satu benda yang kebiasaan. Bukan peristiwa yang jarang-jarang berlaku sebaliknya setiap hari ada saja dekat dada-dada akhbar… bukan setakat bunuh dan rogol, kemalangan, rompak, ragut juga semakin hebat. Nyawa manusia bagaikan tidak berharga. Semakin risau tentang keselamatan diri kita sendiri. Anak-anak yang paling berat kita fikirkan tentang keselamatan mereka dengan hanya berbekalkan minda yang terlalu singkat akan mudah termakan pujuk rayu orang dewasa yang ‘mengumpan’….  Selamatkah kita,?? selamatkah anak-anak kita??  dan selamatkah ahli keluarga kita yang lain??

 

Sebagai perkongsian sedikit ilmu, saya berbesar hati mensyorkan doa-doa keselamatan untuk dijadikan amalan harian kita. Doa yang pendek dan mudah diamalkan setiap hari. Walaupun doa yang ringkas tetapi bagi saya ertinya cukup bermakna sebab kita sentiasa berada dibawah KALIMAH dan NAMA RABB kita Allah SWT… moga akan sentiasa dilindungi dan dipelihara olehNYA…. DIA lah sebaik-baik pemelihara…

 

 

 

Cara amalan

 

Ia kenalah berterusan (istiqamah). Sebelum keluar rumah, selepas baca doa keluar rumah  teruskan dengan bacaan doa (1) dan (2) dekat atas, sebaiknya di ulang sehingga 3 kali bacaan…. Bila tengah panaskan enjin kereta, kita isi masa terluang tuh  dengan membaca doa tersebut….  Yang paling penting, kita baca doa tersebut sebelum memulakan perjalanan.

 

 

 

Fadhilat Doa & Hadis

 

Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa (1) tersebut maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula.”

(Riwayat Muslim)

 

Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa (2) sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”

(Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan)

 

 

 

Kepentingan

 

Malang tidak berbau! Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita di sepanjang perjalanan sama ada selamat atau tidak, bertemu dengan orang baik atau orang jahat, sama ada menjadi mangsa ragut, bunuh atau rogol…. Sebelum keluar rumah, lihat dahulu pemakaian sama ada memenuhi tuntutan syarak dalam etika pemakaian agama atau tidak (khususnya wanita). Jika belum menepati, tukarlah dengan yang lebih sesuai… kemudian bacalah doa dekat atas… Tak guna baca apa-apa doa keselamatan sekiranya kita masih degil dan sambil lewa dengan hukum Allah… Tanya diri sendiri, adakah jaminan Allah sekiranya pakaian yang dipakai tuh kecil dan bukanlah saiz yang sesuai sehingga nak tarik dekat bawah dedah dekat atas, nak tarik dekat atas dedah pula dekat bawah. Sepatutnya baju adik,  tetapi kakak pula yang memakainya… malah ketat dan sendat sehingga tidak dapat bernafas secara normal dan tertonjol semua bentuk… Pakai tudung tetapi tayang dada dan leher…. ada juga yang langsung tidak memakai tudung. Pemakaian sebeginikah Allah SWT nak pelihara???

 

Fikir-fikirkan!… Jika berharap sangat pertolongan dan pemeliharaan serta perlindungan Allah  SWT setiap waktu, ubahlah cara pemakaian demi kebaikan diri. Tidak guna menadah tangan memohon doa kepada Rabb tetapi hukum syarak dalam agama tidak dijalankan dengan baik, soal pemakaian dan aurat tidak dijaga sebaiknya…  

 

 

 

  

 

 wAllahua’lam…

 

 

Advertisements

7 Respons

  1. salam alaik..akak mohon copy doa n artikel menarik ini ya sue… utk di amalkan ya Sue…yalah Sue zaman sekarang ni manusia sudah hilang rasa takut dan belas ehsan bunuh membunuh seperti mainan..bila on berita di tv ada kes rogol bunuh…kejamnya mereka ini…tiadakah sekelumit rasa kasihan belas sesama manusia…kalau dengan Allah tidak takut apa lagi dengan manusia……

    moga Allah melindungi kita dari segala kejahatan manusia jin dan syaitan…

  2. Salam kasih sayang buat kak iman…

    Sememangnya kewujudan blogs sue ni untuk berkongsi ilmu dengan suma org… inilah maklamat tujuan sue cipta blogs kesayangan sue ni… moga segala yang ada dlm blogs sue akan memberi manfaat dan ilmu sebagai bekalan dunia dan akhirat… ameennn…

    ameklah yer kak iman… akak amalkan ye, bagi anak ngn suami gak doa tuhh… baik tuk minta spy Allah SWT pelihara kita sepanjang waktu…

    Alhamdulillah, doa tuh lah amalan sue setiap hari sebelum melangkah keluar rumah… dengan harapan agar dipelihara selalu olehNYA…

    Dunia sekarang ni mcm2 bole jade… keselamatan mang tak di yakini sepenuhnya… maklum jer, org sekarang ni banyak yang fizikal ‘manusia’ tapi dalaman tuh ‘syaitan’ sbb tuh smpi sanggup rogol dan bunuh ngn mudah… kena hati2 jer… yang penting, dalam hati kita masih ada KALIMAH Allah SWT….

    akak amalkan lah yer… moga selamat di dunia ngn akhirat kelak…

    Ameennn Yaa Rabbal Alamin

  3. moga selamat di dunia dan akherat ameeennn

  4. Salam,

    Amat bermanfaat, terima kasih atas perkongsian ilmu.

  5. Alhamdulilah.. time boss tak ada cam ni… elok bc blog yg bermanfaat.

  6. […] minta perlindungan daripada Allah (doa di sini), solat […]

  7. […] perlindungan daripada Allah agar dipelihara semua umat Islam di mana jua berada. DOA di sini dan di sini. Possibly related posts: (automatically generated)HUKUM & KEPENTINGAN FARAIDYasmin Ahmad […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: