Budaya Berjabat Tangan Dengan Bukan Mahram

 

 

Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)

 

 

Orang Melayu terkenal dengan masyarakat yang mementingkan adab, sopan-santun dan budi-pekerti yang mulia. Antara adab yang sentiasa dipraktikkan dalam masyarakat ialah bersalam atau berjabat tangan di antara satu sama lain apabila bertemu. Perbuatan ini merupakan sesuatu yang amat baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim dan persaudaraan di dalam masyarakat.

 

Namun akhir-akhir ini didapati bahawa bersalam atau berjabat tangan ini dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira batas hukum syarak, sehinggakan gejala bersalam atau berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram menjadi semakin berleluasa dan semakin diterima di dalam masyarakat. Apatah lagi apabila bertemu dengan pemimpin, maka bukan sekadar berjabat tangan tetapi ada yang sanggup mencium tangan pemimpin tersebut sedangkan tidak ada ikatan mahram di antara mereka!.

 

Fenomena seumpama ini sekiranya dibiarkan, ia akan menjadi semakin parah yang akhirnya bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malahan akan turut menghakis nilai-nilai murni dan adab tatasusila yang diamalkan dalam masyarakat Melayu selama ini. Walaupun para ulama’ mengharuskan seseorang lelaki berjabat tangan dengan wanita yang sudah tua yang sudah tidak ada lagi keinginan syahwat (rujuk dalam Fatawa Mu’asirah oleh Yusuf al-Qaradawi), namun ia janganlah dijadikan sebagai satu alasan untuk sewenang-wenangnya membudayakan berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan.

 

Allah swt telah berfirman dalam surah al-Nur ayat 30-31 bermaksud: ”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat (merendahkan) pandangan mereka (daripada memandang wanita yang bukan mahram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat (merendahkan) pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka…..”.

 

Dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan agar orang lelaki dan perempuan agar menjaga dan merendahkan pandangan mereka daripada melihat sesuatu yang diharamkan seperti melihat orang yang bukan mahram sehinggakan boleh menimbulkan syahwat. Oleh itu, ajaran Islam mengharamkan seseorang lelaki melihat kepada wanita yang bukan isterinya atau wanita yang bukan mahramnya. Hal ini tidak pula bermaksud kita dikehendaki memejamkan mata ketika bertemu dengan orang yang bukan mahram, tetapi apa yang dimaksudkan ialah kita dilarang melihat berulang-kali terhadap seseorang yang bukan mahram kerana ia boleh menimbulkan syahwat dan fitnah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad, nabi saw telah bersabda kepada Saidina Ali yang bermaksud: ”Wahai Ali, janganlah kamu mengikuti pandangan yang pertama (terhadap wanita yang bukan mahram) dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya pandangan pertama itu bagi kamu (diharuskan), tetapi kamu dilarang daripada pandangan yang kedua (iaitu terus memandang kepada wanita yang bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syahwat)”.

 

Sekiranya memandang kepada wanita yang bukan mahram pun dilarang dalam hukum syara’, sudah tentu bersalam dan berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram diharamkan. Cubalah kita fikirkan, manakah yang lebih menimbulkan syahwat dan fitnah, memandang dari jauh atau bersalaman dan berjabat tangan yang melibatkan persentuhan kulit dengan kulit? Tepuk dada, tanya iman!.

 

Selain itu, antara hujah yang dikemukakan oleh para ulama’ yang mengharamkan berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ialah nabi saw tidak berjabat tangan dengan wanita ketika melakukan bai’ah sedangkan dalam masa yang sama nabi saw berjabat tangan dengan lelaki ketika bai’ah dilakukan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad menyatakan bahawa, “Daripada Abdullah bin Amr’ ra, bahawa sesungguhnya Rasulullah saw tidak pernah berjabat tangan dengan wanita dalam bai’ah”. Justeru, sama-samalah kita murnikan kembali adab masyarakat Melayu yang berteraskan akhlak Islam yang murni.

 

Advertisements

4 Respons

  1. salam kasih sayang sue…akak teringat ketika mula2 mendapat ayah mertua tiri 12 tahun yg lalu…oleh kerana akak ni kalau nak bersalam cuma dgn ayah abang n bapa saudara saja..itupun bila tiba hari raya dan lepas solat berjemaah…..
    bila bapa mertua tiri akak hulurkan tangan utk bersalam dgn akak…akak tidak menyambutnya kerana agak tergamam..maklumlah selama ni tak pernah salam dengan org asing…dia pun kata awat hang tak mengaji ke?bapa mertua tiri tak haram bersalam la cek oiii…ya Allah malunya tika itu Sue..bukan tidak tahu ttp tidak biasa salam ngan org lain hihihi malu tau bila dia kata akak tak faham. Allah hai bagi akak tak payah bersalampun x apa…tp kalau dah dia yg hulurkan tangan kita x sambut tentu dia rasa malu ke apa…Ya Allah itulah dah tidak biasa salam ngan org luar bila dpt pak tiri pun rasa canggung nak salam..sori ya sue banyak pulak akak komen ni…

  2. salam kasih sayang sue buat kak iman kembali…

    lucu plak kisah akak tuhh, sbb bapa mertua kan antara org2 yg tidak boleh kita nikahi… kira yg halal bagi kita… ini termasuklah bapa mertua dan anak lelaki tiri suami…. aurat kita adalah halal bg mereka ni… kira bole lah bersalaman dengan mereka ni…

    “…… hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur: 31)

    akak tahu hukum agama juga tang aurat seagama cuma akak terbiasa dengan ‘tabiat’… tuh yg sebabkan akak terkesima kejap bila mertua akak nak salam….

    bapa mertua akak bukanlah marah akak masa tuh cuma mgkin dia jugak terkejut dengan tindakan akak x nak salam dia…

    bagi sue sememangnya, mencari ilmu agama ni adalah sangat PENTING…. lbh2 lagi akhir zaman ni.. kekdg anak2 sendiri x tahu mana batas sebenar aurat antara keluarga mahupun sedara seagama… sama2 kita didik anak2 kita juga generasi terkebelakang ni dengan ilmu agama…

    moga kita diberi kekuatan untuk terus mencari ilmu agamaNYA.. ameennn…

    • ”Wahai Ali, janganlah kamu mengikuti pandangan yang pertama (terhadap wanita yang bukan mahram) dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya pandangan pertama itu bagi kamu (diharuskan), tetapi kamu dilarang daripada pandangan yang kedua (iaitu terus memandang kepada wanita yang bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syahwat)”.

      >>>>>Hadits ini riwayat siapa? Boleh bagi tahu ker?

      • salam…

        sue pun kurang pasti riwayat tuh dari sapa tapi ble rujuk blogs ust zaharuddin, sbb sue pernah terbaca dlm blogs tuhh bila ust tulis pengalaman tumpang kereta kwn n kwn ust ada buat ‘gurauan’ tentang pandangan 1,2, n 3.. tgok lah blogs ust ye

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: