Usah kikir, sombong jika diberi kekayaan

 Oleh Mohd Adid Ab Rahman

SESUNGGUHNYA Islam tidak pernah menghalang hambanya mencari harta benda dan kekayaan yang menjadi lambang serta kayu ukur kesenangan hidup manusia di dunia. Bahkan, mencari kesenangan adalah satu keperluan demi membina kehidupan sempurna dan sewajarnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Mencari kerja yang halal itu adalah fardu selepas fardu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Insan yang waras fikirannya sudah tentu tidak ingin hidup dalam keadaan susah, tersepit dan miskin. Lantaran itulah mereka sanggup bertungkus-lumus, membanting tulang tanpa mengira penat dan waktu.

Ingin menjadi kaya raya, memiliki harta yang banyak, tanah luas, kereta mewah, juga bukan halangan atau satu kesalahan salam syariat jika kita mampu. Namun Islam tetap memberi peringatan supaya manusia tidak lalai dan hanyut dengan hartanya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita, anak, harta yang banyak daripada emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternak, ladang sawah. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).” (Surah Ali Imran, ayat 14) 

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa memiliki kesenangan di dunia perkara yang dituntut asalkan memenuhi beberapa syarat iaitu mempunyai niat baik untuk mensyukuri nikmat, selalu merendah diri kepada Allah dan sesama manusia serta tidak menghamburkan harta melampaui batas.

Mempunyai niat baik untuk dapat bersyukur

Pelbagai bentuk kesenangan yang dikurniakan Allah, sesungguhnya bukanlah untuk dibangga dan dimegahkan, tetapi untuk disyukuri. Demikianlah sifat orang Islam yang beriman. Tetap menganggap kesenangan dimilikinya itu kurniaan Allah, bukan hasil dan usahanya atau kepandaiannya.

Disebabkan itu, mereka senantiasa memanjat syukur kepada-Nya. Allah sudah memberi jaminan keuntungan besar bagi orang yang mahu bersyukur dengan nikmat-Nya seperti terakam dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Surah Asy-Syura, ayat 27)

Menurut A Aziz Salim Basyarahil dalam bukunya 33 Masalah Agama, yang dimaksudkan dengan Allah mensyukuri hamba-Nya ialah memberi pahala terhadap amal hamba-Nya, memaafkan kesalahan dan mengampunkan dosanya dan menambah nikmat kepada hamba-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Selalu merendah diri kepada Allah sesama manusia

Walaupun sudah memiliki kekayaan yang melimpah ruah dan dapat menikmati kesenangan hidup secukupnya di dunia, seorang Muslim sejati terus menghambakan diri kepada Allah bahkan semakin bertambah dekat dirinya kepada Allah.

Imannya ketara meningkat dari semasa ke semasa. Tidak pernah disibukkan dengan kemewahan dan kerja berkaitan kekayaan yang digenggam. Lantaran dia tahu semua itu adalah kepunyaan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan apakah alasanmu tidak menafkahkan hartamu pada jalan Allah, sedangkan kepunyaan Allahlah warisan langit dan bumi.” (Surah al-Hadid, ayat 10)

Begitu juga terhadap sesama manusia, mereka tidak sombong dan membanggakan diri dengan kemewahan menjadi miliknya. Malah, sentiasa merendah diri, apa lagi kepada orang yang tidak bernasib baik, miskin dan dikepung kesempitan hidup.

Apabila ada saja peluang, ruang buat menabur bantuan atau pertolongan kepada manusia lain, dia tetap mengutamakan mereka terlebih dulu. Lantaran ia yakin dengan kekayaan dibelanjakan itu hartanya tidak akan berkurang dan kedudukannya pula sangat mulia di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah, dan Allah tidak menambah kepada hamba-Nya yang memaafkan melainkan kemuliaan, dan tidak tawaduk seseorang kepada Allah melainkan Allah menaikkannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang apabila memiliki kekayaan, jika imannya tipis, sudah tentu akan bersifat kikir, lupa kepada tanggungjawabnya terhadap Allah dan tidak menghiraukan masyarakat sekeliling. Orang angkuh seperti itu sudah tentu dimurkai Allah dan mendapat pembalasan setimpal daripada-Nya.

Lihatlah sejarah hidup Qarun, dimusnahkan Allah bersama harta kekayaannya sebagaimana terungkap dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Kami benamkan Qarun berserta rumahnya.” (Surah al-Qashas, ayat 81).

 

Tajdid Iman: Cinta dunia tak bawa ke mana

 

 Bersama Dr Juanda Jaya

 

 Iman nilai sebenar manusia untuk pertimbangan pada hari pengadilan

 

tenaga dan kecekalan hati orang fakir jauh lebih hebat daripada keadaan orang yang lahir tidak mengenal langsung apa itu kemiskinan.  

DUNIA sudah memperlihatkan kepada kita kekejamannya terhadap sesetengah insan yang kurang bernasib baik. Seorang kuli yang bekerja di pasar dengan bermodal tulang empat kerat terpaksa mengangkat barang beratus kilogram sehari demi mendapatkan RM20 atau RM30 untuk nafkah anak dan isteri.

Seorang wanita yang bekerja membersih tandas awam pulang ke rumah hingga jauh malam semata-mata hendak mendapatkan RM500 sebulan demi anak yatimnya. Suami yang bekerja sebagai kerani terpaksa menolong isteri menjual kuih seawal jam 4 pagi semata-mata mahu memberi keselesaan hidup kepada anak mereka.

Mereka semua bukan orang yang malas seperti dianggap golongan kaya serta berkedudukan tinggi yang suka mencemuh, pantang melihat orang miskin. Boleh jadi

 

Untuk berada di puncak kejayaan, ada kalanya seseorang mesti mengorbankan kebahagiaannya . Sedikit demi sedikit wang dikumpul, harta dijimatkan dan digandakan dengan usaha gigih. Selepas jangka waktu yang panjang titik peluh itu kini berbuah hasilnya.

 

 

Alangkah susahnya mendapatkan syurga dunia. Padahal ia jauh lebih hina daripada syurga akhirat. Untuk memiliki sebuah rumah teres yang sempit bagi orang berpendapatan sederhana perlukan masa lima atau 10 tahun untuk mengumpul wang dan dalam tempoh itu terpaksalah berpindah-randah menyewa rumah.

Betapa berharganya wang RM1 yang dikumpul demi impian memiliki rumah sendiri. Itu pun masih harus menghabiskan saki baki hutang hingga 25 tahun lagi. Tidak hairan jika minum air kosong dan makan dengan telur mata kerbau setiap hari pun tidak mengapa demi rumah idaman.

Pernahkah kita menyelami dasar hati dan bertanya: “Mengapa untuk mendapatkan kekayaan dunia manusia sanggup berjaga sepanjang malam, bangun awal pagi, bersesak dan berebut mencari rezeki demi kenikmatan dunia yang sementara ini.”

Padahal Allah sudah menjanjikan syurganya yang lebih hebat lagi kekal selamanya tanpa perlu keletihan bekerja seharian, tanpa perlu tertekan dengan persekitaran yang kejam,tanpa perlu menjadi binatang buas yang kerjanya mengorbankan orang lain demi nafsu serakah. 

 

 

 

 

Ramai yang tertekan dengan persaingan di pejabat, jatuh-menjatuhkan untuk mendapat kedudukan tinggi, bodek-membodek, tikam belakang hingga berhadapan dengan segala ego dan kesombongan melampau.

Golongan fakir pula kecut perut dikejar hutang, dengki dengan harta orang lain, putus asa dengan pendapatan yang licin habis pada tengah bulan. Betapa kita ditertawakan oleh takdir kita sendiri.

Suratan nasib anak Adam yang melakonkan segmen kehidupan cukup melelahkan. Untung atau rugi, bahaya atau aman, kaya atau miskin, pintar atau bodoh, menipu atau tertipu, zalim atau dizalimi, iman atau kufur. Semuanya atas pilihan masing-masing.

Hingga suatu masa nanti mereka yang emilih lorong gelap dalam hidupnya ternganga disentap malaikat maut.

Pelik tapi benar, mereka ini sempat juga mahu merasuah dengan apa saja yang pernah dimiliki di dunia supaya boleh terselamat daripada azab Allah.

Al-Quran menceritakan yang bermaksud: “Sedang mereka saling memandang, orang kafir ingin kalaulah dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu dengan anak, isteri, saudara mara dan kaum keluarganya yang melindunginya di dunia, dan orang di atas bumi seluruhnya (segenap isi dunia sekalipun). Kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya. Sekali-kali tidak dapat! Sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergolak. Yang menggelupas kulit kepala. Yang memanggil orang yang membelakang dan yang berpaling (dari agama). Serta mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 11-18 )

Demi mendapatkan dunia, mereka sanggup melakukan apa saja untuk membina empayar kekayaan dan kuasa, anak dan isteri yang menjadi cahaya mata, keluarga dan hamba yang sedia menolong menjaga nama baik mereka.

Akhirnya semua itu mahu dijadikan tangkal untuk keselamatan dirinya sendiri. Jika boleh mereka dijadikan benteng bagi melindungi dirinya daripada azab Allah. Tidak hairan siapapun boleh dijadikan mangsa hatta anak dan isteri sendiri.

Jika begitu keadaannya, manusia sebenarnya sudah ditipu oleh hawa nafsunya sendiri. Semua benda yang disukai, dikejar, dikumpul, direbut daripada tangan orang lain akhirnya tidak boleh menolongnya sedikit pun pada akhirat nanti.

Kadang-kala kita berfikir jika Allah memberi segala-galanya yang kita mahu di dunia ini, adakah Dia akan memberi kepada kita juga pada akhirat nanti?

Terbit rasa takut dan risau jika membaca ayat al-Quran yang sungguh menyentap hati yang bermaksud: “Dan (Ingatlah) hari (ketika) orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): Kamu sudah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu sudah bersenang-senang menikmatinya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 20)

Alangkah ruginya memiliki segala kemewahan dunia tetapi setakat dirasa selama 60 tahun saja. Bahkan ketika ditanya berapa lama kamu hidup di dunia? Mereka menjawab tidak lebih daripada setengah hari saja.

Hidup sebagai orang kaya mempunyai risiko menjadi lalai, begitu pula hidup miskin lagi bahaya kerana manusia boleh jadi lebih dekat kepada kekufuran. Bagi mereka orang miskin jangan menyesal dilahirkan ke dunia, kerana di situlah medan pergelutan nasib baik dan buruk.

Kita hanya disuruh memenangi perlawanan itu dengan senjata iman. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya kekayaan yang sebenar itu ialah kaya hati.”

Bermimpi untuk memilih rumah anda di syurga dengan amalan yang sederhana dan mudah dilakukan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah salah seorang kamu mengambil wuduk kemudian memperbaiki wuduknya dan mengerjakan sembahyang dua rakaat melainkan wajib baginya syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani).

Diwajibkan masuk syurga seperti lafaz daripada Imam Muslim.

Bagi mereka yang miskin atau kaya, yang masih bernafsu untuk menakluk dunia mencapai kemuncak kenikmatan yang fana ini, sampai bilakah jerih payah dan pengorbanan dapat memuaskan diri? Jika suruhan dan perintah Allah Yang Maha Kaya tidak dipenuhi?

Suatu ketika di negeri akhirat nanti, Allah akan menyelamatkan seorang penghuni neraka dan memasukkannya ke dalam syurga. Dia merangkak-rangkak menghampiri syurga Allah dan dialah orang terakhir memasukinya.

Kemudian Allah yang Maha Kaya berfirman yang bermaksud: “Pergilah dan masuklah ke syurga, untukmu yang sebanding dengan dunia dan sepuluh kali ganda.” Yang demikian itu dikatakan serendah-rendah kedudukan ahli syurga. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wahai pencinta dunia, tidakkah rugi menukarkan yang 10 kali ganda itu dengan apa yang kita miliki sekarang? Bukankah banyaknya nikmat Allah yang diberi untuk seluruh makhluk di dunia ini seumpama setitis air daripada jari yang dicelup ke dalam lautan? Kerana yang setitis itu manusia saling menumpahkan darah, sungguh betapa kejamnya dunia yang menipu.

INFO: Cinta dunia cinta akhirat

·Alangkah susahnya mendapatkan syurga dunia. Padahal ia jauh lebih hina daripada syurga akhirat.

 

·Untung atau rugi, bahaya atau aman, kaya atau miskin, pintar atau bodoh, menipu atau tertipu, zalim atau dizalimi, iman atau kufur – semua atas pilihan masing-masing.

·Demi mendapatkan dunia, manusia sanggup melakukan apa saja untuk membina empayar kekayaan dan kuasa, anak dan isteri yang menjadi cahaya mata, keluarga dan hamba yang sedia menolong menjaga nama baik mereka.

·Hidup sebagai orang kaya mempunyai risiko menjadi lalai. Hidup miskin mendekatkan manusia dengan kekufuran. Bagi mereka orang miskin jangan menyesal dilahirkan ke dunia, kerana di situlah medan pergelutan nasib baik dan buruk.

·Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kekayaan yang sebenar itu ialah kaya hati.”

 

Tiada manusia terlepas daripada iblis

 

IBLIS juga makhluk, cuma ia dicipta daripada api, lebih awal daripada manusia.

Disebabkan dengkinya dan berasa diri lebih mulia, ia tidak mahu mematuhi perintah Tuhan supaya memberikan peng hormatan kepada Nabi Adam.

Disebabkan sikapnya yang begitu bongkak sehingga meng ingkari perintah Tuhan, ia menjadi hamba yang kafir dan disediakan kepadanya neraka yang tidak terperi azabnya.

Ia menerima ketentuan itu walaupun mengetahui akan dimasukkan ke dalam neraka.

Justeru, ia mencari teman daripada keturunan Adam iaitu manusia dengan meminta dua perkara daripada Allah: agar diberikan usia yang panjang iaitu tidak mati sehingga Hari Kiamat dan dibolehkan menggoda semua manusia sepanjang masa.

Perkara ini ada diceritakan dalam al-Quran. “Setelah selesai kejadian Adam, maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. Melainkan Iblis. Ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”

Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk.”

Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarkanlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk.

“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.”

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan.”

Allah berfirman: “Maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari masa yang termaklum.”

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-Mu yang yang ikhlas di antara mereka.”

Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-Ku, tidaklah ada bagimu kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang yang sesat.” (al-Hijr:30-42)

Iblis pandai memujuk rayu untuk menyesatkan manusia, datang pada setiap waktu dari pelbagai penjuru, malah dapat memasuki badan manusia, sehingga berjalan di dalamnya seperti mengalirnya darah, bersembunyi dalam hati dan tinggal dalam akal manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: “Sesung guhnya syaitan (iblis) berjalan pada manusia di pembuluh darah (semua yang boleh dilalui darah).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila ia di hati, manusia akan menjadi was-was dan khuatir tidak menentu dalam perkara kebaikan, malah membenci kebaikan dan gemar kepada yang salah.

Jika ia bersarang di akal, manusia asyik memikirkan ke untungan peribadi sahaja, tanpa mempedulikan hak dan kebajikan orang lain.

Demikian juga jika ia bertempat dalam badan atau anggota badan manusia, membuatkan manusia lebih suka kepada kemungkaran, benci kepada ketaatan, gemar kepada perkara yang bertentangan dengan kebenaran.

Semua manusia termasuk rasul, nabi, ilmuan dan cendekiawan didatangi iblis, dirayu dan mahu disesatkan seboleh-bolehnya. Nabi Adam dapat dirayu oleh iblis hingga membuatkannya terkeluar dari taman keindahan.

Iblis juga memujuk rayu putera Nabi Adam, Qabil sehingga beliau membunuh saudaranya Habil. Hati Zulaikha juga dimasuki iblis hingga merayu Nabi Yusuf.

Qarun yang kaya-raya juga tewas dengan pujuk rayu iblis hingga membuatkan beliau berasa sombong, tidak mahu mentaati perintah Allah sehingga beliau dan kekayaannya ditelan bumi.

Sehingga hari ini apabila terjumpa harta benda di perut bumi, manusia menggelarkannya harta karun sempena nama Qarun.

Tujuan iblis ialah supaya manusia mengikuti jejaknya, tidak mentaati Allah dan melanggar segala perintah-Nya sehingga sama-sama memasuki neraka.

“Dan sesungguhnya neraka jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu.” (al-Hijr:43)

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur dan tidak dibajai dengan mengingati Allah. Tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya me nyesal kemudian hari walaupun pada peringkat awal dibuai keseronokan.

Dalam menghadapi orang beribadat misalnya, iblis berusaha menampakkan perbuatan yang baik, malah berpura-pura turut bersolat.

Ia turut sama melakukan rukun dan perkara sunat dalam solat, tetapi lama-kelamaan ia cuba bertenggek di hati orang terbabit.

Tindakan iblis itu menyebabkan orang terbabit berasa was-was terhadap ibadat yang dilakukan, malah disebabkan terpengaruh dengannya sama ada sedar atau tidak, setiap pergerakan rukun dipandang remeh sehingga kadangkala tidak begitu sempurna.

Bagi suami yang rajin beribadat juga iblis tidak lupa membisikkan tipu dayanya supaya hanya beribadat tanpa melakukan pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga, anak dan isteri.

Begitu juga si isteri, dibisikkan supaya sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian suami.

Si miskin ditanamkan iblis rasa kebencian dan iri hati kepada orang berharta sehingga berasa tidak yakin dengan keadilan Allah.

Mereka yang hartawan juga dipengaruhi kononnya semua harta terbabit adalah diri sendiri yang punya, jadi tidak perlu diagihkan kepada fakir miskin.

Pendek kata semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu dan pengaruh iblis. Cuma bezanya ialah sesetengah mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala yang lemah iman terjerumus ke dalam perangkapnya.

Bisikan hidayah anugerah teristimewa

 

Tajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya

 

SETIAP manusia pasti menyimpan kenangan paling bersejarah dalam hidupnya. Umpamanya, kenangan ketika pertama kali berjumpa buah hati atau saat manis menggenggam kejayaan dalam pendidikan, kerjaya dan bidang diceburi.

Kebahagiaan itu terpancar bersama kesyukuran. Hingga ke hari ini, terlalu banyak detik bahagia yang pernah dilalui. Bagi seorang mukmin, sebenarnya ada saat terlalu istimewa yang tidak dapat dibeli dengan dunia dan segala isinya.

Ia terlalu mahal dan tidak mungkin sesiapa pun dapat memperoleh kemanisan itu dengan tangannya sendiri kerana ia suatu anugerah terhebat dalam sejarah kehidupan manusia. Inilah yang disebut sebagai saat bersejarah ketika hati menadah titisan hidayah Allah .

Kali pertama bisikan kebenaran mampu melapangkan hati nurani kita, sehingga tiada terdetik pun keinginan, kecuali kepada Allah  dan dia menjadi cukup bahagia menjadi hamba-Nya saja. Padahal, ketika itu kebanyakan manusia berkeinginan kepada dunia dan bercita-cita menjadi raja.

Perasaan itu pernah hadir di hati Umar al-Khattab yang membenci Allah  dan Rasul-Nya pada peringkat awal, tetapi selepas mendengar bisikan hidayah menerusi alunan nada keramat Kalam Allah , beliau hanyut dalam kolam hidayah yang menyucikan jiwanya.

Demikianlah keadaan manusia jika Allah  menghendaki, maka tiada sesiapa yang mampu menghalang dan jika Allah  menolak, tiada sesiapa boleh memujuk. Bahawa bernilai setiap detik yang mengandungi hidayah bagi setiap insan.

Namun, ramai manusia yang bukan hanya sekali mendapat hidayah bahkan berkali-kali diberi peluang sepanjang hidupnya. Cara hidayah Allah  diturunkan kepada manusia bermacam-macam, ada yang diuji supaya bertaubat, tetapi dia hanya sedar pada saat goncangan pertama.

Sesudah badai berlalu dalam hidupnya, dia pun kembali tenggelam dalam kenikmatan yang alpa. Sayang sungguh jika hidayah itu hinggap sebentar, kemudian terbang entah ke mana. Manusia yang lalai ini beralasan hatinya belum terbuka, jiwanya tidak siap menerima perubahan dan dia masih menunggu hidayah Allah  yang lain untuk menyucikan jiwa raganya.

Maka insan istimewa ini menunggu sepanjang hidupnya, menghitung hari sambil melayan keinginan nafsu yang tidak pernah puas menikmati dunia. Seolah-olah segala apa yang dia mahu Allah  akan makbulkan.

Terbuka jalan selebar-lebarnya untuk mendapat apa keinginan, tetapi sayang hanya satu yang Allah  tidak bagi, satu yang teramat mahal bernama hidayah. Ditutup pintu hidayah dalam hatinya sehingga dia tidak pernah merasai puncak kenikmatan yang dirasai orang beriman.

Hidayah adalah milik Allah . Sesiapapun tidak berkuasa memberi hidayah kepada sahabatnya, isteri, anak atau ibu bapanya sendiri. Hal itu, dinyatakan Allah  kepada Rasul-Nya yang bersedih kerana bapa saudara dikasihi tidak mahu menerima Islam.

Begitu pula dalam kisah Asiyah yang beriman tidak dapat menolong suaminya yang kufur dan anak Nabi Allah  Nuh yang tenggelam tidak mahu menerima keimanan, walaupun bapanya seorang Rasul.

Bahkan Allah  menegaskan mengenai orang yang menolak hidayah Allah , dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Jika kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang yang sudah mati berbicara dengan mereka dan kami kumpulkan pula segala sesuatu ke hadapan mereka, nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika Allah  menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-An’am, ayat 111)

Dalam hati kita sentiasa terdengar bisikan iman iaitu hidayah Allah . Sejauh mana seseorang mahu mendengar bisikan hidayah, itu pilihannya sendiri. Tidak akan kekal iman yang dipaksa dan tidak akan kukuh keyakinan kerana terpaksa.

Biarlah hidayah itu berakar kuat dalam hati, tetapi jangan pula hanyut dalam angan-angan tanpa usaha mendapatkan hidayah. Sesungguhnya hidayah itu mesti dicari, digenggam dan dikekalkan selama-lamanya dalam kehidupan.

Iman sifatnya relatif, berubah-ubah, mengikut masa dan keadaan. Ada yang tetap iman dan semakin tinggi darjatnya. Ada pula sekali melonjak hingga ke puncak, lama kelamaan pudar ditelan gelombang kehidupan.

Setiap insan berada atas dua pilihan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Syurga itu lebih dekat kepada seseorang daripada tali kasutnya dan demikian juga dengan neraka.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Bagi yang sudah memiliki iman atau hidayah kurniaan Allah , sesungguhnya iman itu tidak cukup sekadar melahirkan tangisan sekejap atau kesedaran yang hanya sebentar. Manusia hendaklah mengekalkan hidayah yang menerangi hatinya, sekali gus menambah kualitinya supaya cabaran kehidupan tidak memperdaya diri.

Hanya satu jalan mencari hidayah Allah  itu dengan mendekati ulama yang ikhlas dan menuntut ilmu agama bersandar kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Berusaha bersungguh-sungguh meletakkan diri di kalangan orang soleh, penuntut ilmu yang ikhlas dan pembela agama Allah  dalam bidang apapun.

Ilmu dan ulama adalah warisan Nabi yang bertugas menunjukkan jalan diredai Allah sebagai penyambung mata rantai keimanan untuk memastikan agama Allah  tetap hidup atas muka bumi ini.

Al-Imam Ibnu al-Jauzi menulis mengenai keutamaan ilmu dalam kitab beliau bertajuk Shaydul Khatir: “Ilmu membawa diriku menuju pengetahuan mengenai Sang Pencipta dan ilmu menyuruhku untuk berbakti kepada-Nya. Maka aku pun tunduk di hadapan kekuasaan-Nya seraya melihat sifat-Nya. Hatiku juga merasai getaran kebesaran-Nya sehingga aku tertunduk malu kerana cinta kepada-Nya. Ilmu juga yang menggerakkan aku untuk sentiasa berada dekat ke riba-Nya dan menolong aku mencapai ketinggian ubudiyah kepada-Nya. Aku hanyut dalam kebesaran-Nya setiap kali mengingati-Nya dalam zikirku. Saat menyendiri adalah saat ibadahku untuk-Nya. Apabila terdetik hatiku mahu meninggalkan ilmu, ia berkata: Apakah kamu mahu berpaling dariku, padahal akulah yang menjadi petunjuk jalanmu sehingga kamu mengenal Allah ? Aku pun menjawab: Sesungguhnya engkaulah penunjuk jalan, tetapi aku sudah sampai ke destinasi, masihkah aku memerlukan petunjuk jalan? Ilmu berkata lagi kepadaku: Oh, tidak! Setiap kali bekalmu bertambah, akan bertambah pula pengetahuanmu mengenai Kekasihmu dan kamu semakin faham bagaimana cara mendekati-Nya. Esok kamu akan tahu sebenarnya hari ini kamu masih banyak menyimpan kekurangan. Tidakkah kamu mendengar firman-Nya kepada Nabi SAW: “Katakanlah (Wahai Muhammad) Oh Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.” (Surah Taha, ayat 14)

Setiap Muslim yang mahukan hidayah Allah  tetap hidup di hatinya tidak dapat melalui jalan lain, selain jalan ilmu. Menggali ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW menjadi agenda terpenting dalam rutin hariannya.

Bertanya dan mengkaji nilai Islam dengan penuh tanggungjawab serta mendekati ulama yang ikhlas semata-mata kerana mahu membuka setiap pintu rahsia mengenai mencintai Allah . Sesungguhnya jalan terbentang luas di hadapan kita terlalu sulit dilalui. Hanya dengan bekal ilmu, hidayah Allah , setiap insan akan mampu menghabiskan harinya di dunia dengan selamat sehingga bertemu Allah  dengan reda lagi diredai.

– Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Oleh:محمد شوقي عثمان

 

 

Solat adalah tiang agama. Solat umpama sebuah rumah yang pasti roboh tanpa tiang. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya (sempadan) antara seseorang dengan syirik dan kekufuran ialah meninggalkan solat.” Solat yang bermutu ialah solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk. Firman Allah dalam Surah Al Mu’minuun ayat 1 – 3 maksudnya :”Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solat dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.”

 

Walaupun khusyuk di dalam solat menurut jumhur ulamak adalah sunat hukumnya, namun ia adalah sesuatu yang amat dituntut agar ibadah solat diterima olah Allah. Khusyuk membawa pengertian seseorang menunaikan solat dengan penuh fokus dan tumpuan dengan hati yang hadir, tidak berpaling kekiri dan kekanan, mata tertumpu ke tempat sujud dan fikiran ditumpukan kepada bacaan di dalam solat. Nabi SAW sangat-sangat menganjurkan kepada umatnya supaya khusyuk di dalam solat.

 

Walaupun orang yang tidak khusyuk di dalam solatnya tidaklah membuatkan batal solatnya, namun pahala solat diberi oleh Allah SWT bergantung kepada sejauh mana kekhusyukan seseorang itu didalam solatnya. Jika ia khusyuk di satu perdua solatnya, maka ia mendapat pahala satu perdua sahaja dari solatnya. Jika ia khusyuk sebanyak satu perlapan sahaja dari solatnya, bererti ia mendapat pahala sebanyak satu perlapan sahaja dari solatnya.

 

Solat yang didirikan lima kali sehari cukup berfungsi sebagai tali pengikat insan yang lemah untuk sentiasa mengingati Allah, tetapi itu bukan bererti ketika solat saja kita ingat kepada-Nya dan selepas itu kembali lalai. Bahkan solat yang betul dan berkesan dapat mempengaruhi peribadi seseorang sehingga dia merasai pengawasan Allah pada seluruh ruang dan waktu dalam kehidupannya.

 

Masalahnya, bukan sedikit orang Islam yang masih kabur mengenai makna dan hakikat solat, apatah bagi kita yang buta dengan bahasa yang digunakan dalam solat. Ini menyebabkan kenikmatan ibadat itu tidak dapat dirasai dengan sempurna dan ada juga yang berputus asa setelah sekian lama belajar, masih belum mendapatkan kepuasan solat diimpikan.Orang yang berilmu tinggi pun tidak terlepas daripada masalah kelalaian dalam solatnya dan untuk itu ulangkaji dalam menuntut ilmu adalah penting sebagai penyegar kualiti ibadat seseorang.

 

Walau apapun syarat khusyu’, yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap

Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam solat bermula dari khusyuk di luar solat. Kalau di luar solat hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam solat. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

 

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.

 

Orang yang bertakwa kepada Allah dan menyedari ia hanyalah hamba, akan patuh apa sahaja yang diperintahkan serta akan khusyuk, lalu mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud: “Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

hakikat hidupku…

 

 

 

1001 kisahku….

agak lama jari jemari ni rehat dari mencoretkan sesuatu yang terbuku dalam hatiku… agaknya dunia blogs, lebih senang menggunakan ‘ia’ untuk meluah dan mengeluarkan segala-gala yang terbuku dalam hati…. aku pun tak lari dari keadaan itu…

disuatu ketika dulu, aku pernah sedikit terkilan dengan kawan sekampusku bila dia dah berjawatan gred 41, dia dengan mudah mengeluarkan kata-kata yang aku sedikit tersentak, terkilan dan sebak… ntah macamana dia boleh berkata dengan aku pada malam tuhh “aku heran lah, napa gak ko ni masih terkapai-kapai, sepatutnya usiamu ni dah ada asset, dah ada kerja mantap… tak perlu dah nak isi-isi borang kerja ni… ko ni malas usha ni, sebab tuh tak dapat keje tetap”…. alahaiiiii, inilah bila berkata tanpa berfikir terlebih dahulu…. Allah anugerahkan akal tapi tak digunakan sepenuhnya…. langsung tak ada akhlak bila berkata… tak pernah fikir dahulu, apa yang dikatakan akan menyakiti hati orang lain. Sedangkan dia tahukah sejauh mana usha ku ni… hanya kawan-kawan yang ada disisiku yang dapat menilai sejauh mana aku tempuhi segala liku dalam mencari status kerja tetap ni dan rezeki untuk keluargaku…

Allah itu Maha Adil, sebab dalam aku kebengungan tak tahu nak ke hulu atau ke hilir… aku masih ada mak ayah yang begitu menyanyagiku… merekalah orang yang pertama yang akan memberiku sokongan moral… setiap jawapan kecewa aku terima atas berpuluh-puluh ujian dari kerajaan dan interview, tapi mak ayah tak pernah bosan memberikanku nasihat…. mereka sentiasa memberi ‘kata-kata membina’ bukan ‘kata-kata membinasakan’….

kekadang aku pelik, mudahnya seseorang menghukum orang lain dengan melontarkan tuduhan dengan mengatakan ‘malas berusaha’… sedangkan masa dan duit ringgit ni dah banyak abes digunakan semata-mata untuk mencari pekerjaan yang menjaminkan… sehingga untuk mencari rezeki yang halal, aku tak kisah kerja dengan status ‘kerani’… aku tak malu mengatakan aku hanya ‘kerani’ berstatus kontrak… walaupun pada dasarnya, tugas ku ni agak penting sebab merupakan setiausaha boss iaitu chief resident engineer.. tapi aku masih kontrak dan tamat perkhidmatan dalam jangka yang ditetapkan…

mungkin sebab aku dilahirkan dari keluarga yang tidak berkemampuan, aku sudah biasa dengan hidup yang susah…. dari kecil aku dididik dengan kesusahan, kemiskinan, dan kesukaran hidup… dari kecil inilah corak kehidupanku yang menjadikan aku matang dari usia sebenar. Mak ayah tak pernah merasa senang…. begitu juga aku… anak-anak zaman sekarang tak akan tahu apa rasanya makan sekadar ‘nasi berlaukkan garam’… tapi, hidangan itu sudah biasa aku rasainya dizaman kanak-kanakku…

disepanjang sekolah rendah, aku seperti kanak-kanak lain yang menghabiskan masaku dengan main… itulah zaman yang bagiku terlalu gembira sebab dimasa itu aku tak kenal rasa kecewa, sedih, terkilan, sebak, dan tak perlu memikirkan apa yang akan terjadi keesokkan hari. Masa tuh, aku hanya tahu main, main dan main…. sungai dan pokok buah-buahan adalah tempatku. Zon kegemaranku…. ditakdirkan aku ada kakak tapi kakak yang terlalu ayu dan penakut, nak panjat pokok buah pun tak berani, nak terjun sungai lagilah penakut…. aku akan jadi mangsa kena panjat pokok buah bila kakak nak makan buah…. masa tuhh, mang cukup seronok…. yang akan menjadi perhatianku adalah kedalaman sungai-sungai kampung dan keranuman buah-buahan yang tengah masak…

dalam keadaan sebegitu, aku tak pernah rasa seperti kanak-kanak lain… setiap cuti sekolah, aku kena pergi tolong mak ayah yang kerja dekat ladang koko…. ladang koko itulah tempat aku menghabiskan masa cuti sekolahku…. bila hati ni nak memberontak sebab tak dapat nak buat apa yang diingini, nak main pun tak dapat tapi menghabiskannya dalam ladang koko dengan membantu mak ayah kerja dengan bertemankan unggas dan nyamuk. Dalam keadaan tak nak dan paksa diri tuhh, aku gagahkan jua kaki ni pergi untuk menolong mak dengan ayah… aku paling gembira bila dapat duit belanja sekolah dan seingatku duit sekolah yang paling banyak aku dapat semasa sekolah rendahku adalah 50sen… yang selalu dapat 20sen… dalam nilai tuh, aku sudah cukup puas hati dan gembira… kanak-kanak sekarang, nilai tuhh sememangnya tak akan dipandang… inilah kisah zaman kanak-kanakku…

disepanjang sekolah menengahku, cerita berlainan pulak… rumahku jauh dipedalaman… nak keluar ke jalan raya akan melalui kampung sebelah. Jarak kampungku nak ke kampung sebelah mengambil masa dlm lebih 30 minit aku berjalan kaki… sememangnya dua kaki ni anugerah ilahi aku gunakan sepenuhnya bila tiada bas masuk ke kampungku… asyik berjalan kaki setiap hari sebab waktu petang pulak amali biologi  kena buat dan bas sekolah yg aku sewa tak nak amek aku diwaktu petang… jadi, tiada cara lain.. aku akan berjalan kaki sampailah ke rumah… kekadang jam 6 aku akan sampi setelah 40minit jalan kaki merentas jalan-jalan ladang koko yang menyeramkan tapi aku gagahkan jua untuk sampai ke rumah… disepanjang perjalanan, aku ditemani dengan bunyi-bunyi burung yang pulang ke sarang masing-masing…. akhirnya, mak suruh masuk asrama sebab dah tak sanggup tengok keadaanku yang kepenatan dan bimbang keselamatanku….

meningkat dewasa… aku teruskan kehidupan sehingga selesai menghabiskan belajar dekat U… dengan memegang kepujian kelas kedua tinggi, Alhamdulillah akhirnya aku juga berjaya melepaskan kaki di menara gading… untuk mendapatkan keputusan itu, aku rasa terlalu perit… dan aku rasa sungguh menyesal sebab tak gunakan sepenuhnya masa semasa belajar tuh untuk belajar bersungguh-sungguh sebab aku tahu, aku mampu dapat yang lebih baik dari itu… tapi aku hanyut dengan kerja part-time…

aku bukan tak dapat pinjaman PTPTN, Cuma aku tak gunakan duit tuhh tapi aku simpan untuk kemudian hari… aku gunakan duit hasil kerja part-timeku untuk belanja segala urusan assignment atau projek…. koperasi, dobi kolej kediaman adalah tempat kerjaku dan yang berterusan sehingga abes belajarku adalah kerja cyber café kolej… demi mencari duit tambahan anak manja dan kesayangan mak ayah ni sanggup bersusah payah… cuti semester, aku isi dengan kerja dengan kolej kediaman dengan menghulurkan pertolongan untuk mencantikkan dan memperbaiki kolej kediaman…. bukan tak cukup duit ptptnku… tapi aku niat nak belikan mak ayah tanah…

bukan mak tak ada tanah peninggalan arwah nenek tapi sudah menjadi kebiasaan dalam soal perebutan tanah pusaka…. sehingga sanggup adik beradik mak yang lain ‘berparang’ pulak sesama beradik… dengan nada yang sedih, mak lepaskan suma tanahnya…. dan dengan airmata mengalir, mak berkata padaku yang aku dan adikberadik yang lainlah merupakan HARTA PUSAKANYA PALING BERNILAI… ya Allah, masa tuhh mang sungguh sebak dan air mata ni mengalir juga akhirnya dengan hanya perbualan melalui telefon…. aku tak dapat menahannya dari mengalir… dan dari situ aku nekad yang aku akan kumpul duit untuk membelikan tanah buat mak ayah untuk tempat berteduh mereka….

aku tak pernah mengikuti kawan-kawanku pergi shopping sakan… aku Cuma belanja benda yg patut… aku amat bersyukur sebab aku tak pernah senang sewaktu kecil lagi, jde ini memudahkan untuk aku meneruskan kehidupanku berdikari dengan keringat sendiri dan tulang 4 kerat ini… Alhamdulillah, sebaik habis konvo aku balik ke rumah dan menjalankan segala niatku…. sekali lagi aku bersyukur kepada Allah yang tidak pernah tinggalkan aku sendiri dalam menempuhi pelbagai ujian hidupku ni dan aku berjaya juga membeli tanah untuk mak ayah dengan duit ku sebanyak RM7ribu… moga mak ayah akan sentiasa dirahmati olehNYA….

dalam meneruskan hidup, aku di uji lagi dengan kakak yg melepaskan tgjwb sbg anak… ibarat aku plak anak sulung sedangkan aku adalah anak kedua… sebak juga sebab tak dapat aku terima bagaimana seorang anak dibesarkan oleh mak ayah dengan penuh kasih sayang akan membiarkan orgtuanya tanpa sedikit bantuan kewangan dihulurkan…

aku sering terfikir, bagaimana seorang anak ‘boleh’ makan sedap-sedap… makan mewah, sedangkan mak ayah tak tahu dapat makan atau tidak… mataku ni sudah tidak mampu melihat ibuku yang sentiasa menahan sebaknya terhadap anaknya.. tapi naluri seorang ibu, mak bertahan dengan sikap anaknya… “Ya Allah, bukankah lah hati kakak ku, berikan hidayahMU buat kakak dan abang iparku”….

aku sayang mereka, tapi aku tak tahu macamana untuk menasihati mereka sebab mulut ini sering menasihati tapi bagaikan air jatuh di atas daun keladi… malah aku akan dibidas balik dengan dikatakan “ko kan tinggi sangat ilmu agamamu!”… ya Allah, hati ni sudah terlalu letih tapi aku tak akan biarkan hatiku hanyut dengan kata-kata yang akan menjatuhkan agamaku… bagiku, kata-kata itu bukan membawa kesan kepadaku… Cuma kata-kata itu telah menyebabkan mak yang terluka…  melihat air mata mak, aku tahu mak terlalu siksa dan berperang dengan anak dan menantu yg keras hatinya…

dalam pergolakkan aku mahu mendidik dan memastikan keluargaku mengikuti ajaran agama, aku tidak putus ujian dengan karenah dan ‘hentaman’ kawan-kawan yang tidak pernah menilaiku secara ‘apa yang aku lalui dan tempuhi’ sepanjang hidup ini dengan hati aku serahkan sepenuhnya pada orgtua ku…. tetapi kata-kata membinasa yang disajikan buatku… bukan kata-kata membina untuk memberiku semangat… dalam kepayahan meneruskan liku hidup ini…. aku sedikit takut, andai agamaku pulak akan di uji… “ya Allah, jangan ujian aku di atas ketidakmampuan aku menanganinya”…

aku yakin, Allah akan menguji mengikut kemampuan hambanya… ini jelas dalam firmanNYA:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir” (Surah Al-Baqarah: 286)

aku akan jadikan kata-kata ust shauqi sebagai penyuntik semangat ku… “ana yakin, sue ada kekuatan”… kata-katanya begitu terharu dan beri harapan yang besar buatku untuk teruskan dalam mencari ilmu agama… moga Allah tidak membebankan pada mereka yang telah meletakkan kata-kata menghina kepadaku, beban seperti ku… aku juga berterima kasih kepada orang-orang tertentu yang telah banyak memberikan aku nasihat dan terus berikan aku sokongan dan motivasi… dia juga merupakan salah satu dari sejarah sebahagian hidupku dan hormatku padanya tetap sebagai abang… moga dia bahagia bersama isteri dan anak2 tersayang… ameennn….

perlukah aku kufur dengan menyalahkan ‘takdir’ sebab hidup dengan kesusahan dan segala hajat belum terlaksana… nauzubillah… aku masih ada pegangan aqidah dan agama… teringat aku akan ceramah dari penceramah yang merupakan salah satu kegemaranku iaitu ust syukri yusoh iaitu ust mengatakan sesetengah org bila diuji dengan kemiskinan dan kesusahan hidup, banyak yang tidak dapat menerimanya. inilah yang akan menjadikan mereka kufur sebab menyalahkan takdir…

aku tidak akan menjadi seperti kisah gadis Bani Ma’­zhum iaitu Rithah Al-Hamqa dengan menghabiskan sisa hidupnya dengan menyulam benang-benang kemudian membukanya semula dan menyulam semula.. semata-semata kecewa dengan hidupnya dan berputus asa… cara untuk melepaskan kekecewaannya dengan membuat kerja bodoh yang tidak ada penghujungnya, tanpa memikirkan jalan terbaik untuk dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang ada dengan mendekati diri kepada Rabb… aku akan terus berusaha mencari peluang terbaik untuk diriku demi orgtuaku… moga Allah SWT membuka pintu rezekiku seluas-luasnya… ameennn…

“Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah dia selesai memintalnya kuat teguh……..” (Surah An-Nahl: 92)

sebelum menamatkan hentaman jari-jemariku ni… sedikit nasihatku pada orang luar… tolonglah jangan menilai seseorang dengan cara apa yang kita ‘lihat’ luaran dia tapi nilai lah dengan apa yang telah ‘dilaluinya’…. jangan disoal akan REZEKI orang lain sebab Allah SWT yang memberi hambaNYA rezeki, bukan hamba sesama hamba yang memberikan rezeki! bagiku, kemiskinan dan kesulitan hidup bukanlah satu BEBANAN yang berat andai kita tahu untuk apa kita ada dekat dunia ni.. iaitu tidak lain, semata-mata sekadar ‘diuji’ oleh Allah SWT… 

Biar kita miskin harta tetapi jangan kita miskin amal makruf (ilmu, akhlak dan ibadah)… sebelum itu, sedikit doa aku kongsi pada yang terbaca coretanku ini…. doa ini, baik untuk kita amalkan bagi menambahkan ilmu kita… ilmu adalah penting yang akan meningkatkan ‘darjat’ kita disisi Allah SWT… doa yang aku maksudkan ini adalah doa yang Allah turunkan kepada Rasulullah bila Rasulullah  membaca tergesa-gesa wahyuh yang disampaikan melalui jibril.  Allah SWT menegur Rasulullah kerana membaca secara tergesa iaitu dengan berfirman “janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril”. Moga dengan doa tersebut, akan menjadikan kita orang yang berilmu dan ada kekuatan dalam mencari dan menambahkan ilmu agama kita dengan cara memahaminya dan mengamalkannya….

Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Surah Thaha: 114)

 

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

 

 

( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD – KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR,LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR )

 

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

 

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

 

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

 

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

 

 

Tanda 100 hari sebelum hari mati:

 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

 

 

Tanda 40 hari sebelum hari mati

 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

 

 

Tanda 7 hari

 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

 

 

Tanda 3 hari

 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

 

 

Tanda 1 hari

 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

 

 

Tanda akhir

 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

 

 

 

PENUTUP

 

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

 

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

 

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.