hakikat hidupku…

 

 

 

1001 kisahku….

agak lama jari jemari ni rehat dari mencoretkan sesuatu yang terbuku dalam hatiku… agaknya dunia blogs, lebih senang menggunakan ‘ia’ untuk meluah dan mengeluarkan segala-gala yang terbuku dalam hati…. aku pun tak lari dari keadaan itu…

disuatu ketika dulu, aku pernah sedikit terkilan dengan kawan sekampusku bila dia dah berjawatan gred 41, dia dengan mudah mengeluarkan kata-kata yang aku sedikit tersentak, terkilan dan sebak… ntah macamana dia boleh berkata dengan aku pada malam tuhh “aku heran lah, napa gak ko ni masih terkapai-kapai, sepatutnya usiamu ni dah ada asset, dah ada kerja mantap… tak perlu dah nak isi-isi borang kerja ni… ko ni malas usha ni, sebab tuh tak dapat keje tetap”…. alahaiiiii, inilah bila berkata tanpa berfikir terlebih dahulu…. Allah anugerahkan akal tapi tak digunakan sepenuhnya…. langsung tak ada akhlak bila berkata… tak pernah fikir dahulu, apa yang dikatakan akan menyakiti hati orang lain. Sedangkan dia tahukah sejauh mana usha ku ni… hanya kawan-kawan yang ada disisiku yang dapat menilai sejauh mana aku tempuhi segala liku dalam mencari status kerja tetap ni dan rezeki untuk keluargaku…

Allah itu Maha Adil, sebab dalam aku kebengungan tak tahu nak ke hulu atau ke hilir… aku masih ada mak ayah yang begitu menyanyagiku… merekalah orang yang pertama yang akan memberiku sokongan moral… setiap jawapan kecewa aku terima atas berpuluh-puluh ujian dari kerajaan dan interview, tapi mak ayah tak pernah bosan memberikanku nasihat…. mereka sentiasa memberi ‘kata-kata membina’ bukan ‘kata-kata membinasakan’….

kekadang aku pelik, mudahnya seseorang menghukum orang lain dengan melontarkan tuduhan dengan mengatakan ‘malas berusaha’… sedangkan masa dan duit ringgit ni dah banyak abes digunakan semata-mata untuk mencari pekerjaan yang menjaminkan… sehingga untuk mencari rezeki yang halal, aku tak kisah kerja dengan status ‘kerani’… aku tak malu mengatakan aku hanya ‘kerani’ berstatus kontrak… walaupun pada dasarnya, tugas ku ni agak penting sebab merupakan setiausaha boss iaitu chief resident engineer.. tapi aku masih kontrak dan tamat perkhidmatan dalam jangka yang ditetapkan…

mungkin sebab aku dilahirkan dari keluarga yang tidak berkemampuan, aku sudah biasa dengan hidup yang susah…. dari kecil aku dididik dengan kesusahan, kemiskinan, dan kesukaran hidup… dari kecil inilah corak kehidupanku yang menjadikan aku matang dari usia sebenar. Mak ayah tak pernah merasa senang…. begitu juga aku… anak-anak zaman sekarang tak akan tahu apa rasanya makan sekadar ‘nasi berlaukkan garam’… tapi, hidangan itu sudah biasa aku rasainya dizaman kanak-kanakku…

disepanjang sekolah rendah, aku seperti kanak-kanak lain yang menghabiskan masaku dengan main… itulah zaman yang bagiku terlalu gembira sebab dimasa itu aku tak kenal rasa kecewa, sedih, terkilan, sebak, dan tak perlu memikirkan apa yang akan terjadi keesokkan hari. Masa tuh, aku hanya tahu main, main dan main…. sungai dan pokok buah-buahan adalah tempatku. Zon kegemaranku…. ditakdirkan aku ada kakak tapi kakak yang terlalu ayu dan penakut, nak panjat pokok buah pun tak berani, nak terjun sungai lagilah penakut…. aku akan jadi mangsa kena panjat pokok buah bila kakak nak makan buah…. masa tuhh, mang cukup seronok…. yang akan menjadi perhatianku adalah kedalaman sungai-sungai kampung dan keranuman buah-buahan yang tengah masak…

dalam keadaan sebegitu, aku tak pernah rasa seperti kanak-kanak lain… setiap cuti sekolah, aku kena pergi tolong mak ayah yang kerja dekat ladang koko…. ladang koko itulah tempat aku menghabiskan masa cuti sekolahku…. bila hati ni nak memberontak sebab tak dapat nak buat apa yang diingini, nak main pun tak dapat tapi menghabiskannya dalam ladang koko dengan membantu mak ayah kerja dengan bertemankan unggas dan nyamuk. Dalam keadaan tak nak dan paksa diri tuhh, aku gagahkan jua kaki ni pergi untuk menolong mak dengan ayah… aku paling gembira bila dapat duit belanja sekolah dan seingatku duit sekolah yang paling banyak aku dapat semasa sekolah rendahku adalah 50sen… yang selalu dapat 20sen… dalam nilai tuh, aku sudah cukup puas hati dan gembira… kanak-kanak sekarang, nilai tuhh sememangnya tak akan dipandang… inilah kisah zaman kanak-kanakku…

disepanjang sekolah menengahku, cerita berlainan pulak… rumahku jauh dipedalaman… nak keluar ke jalan raya akan melalui kampung sebelah. Jarak kampungku nak ke kampung sebelah mengambil masa dlm lebih 30 minit aku berjalan kaki… sememangnya dua kaki ni anugerah ilahi aku gunakan sepenuhnya bila tiada bas masuk ke kampungku… asyik berjalan kaki setiap hari sebab waktu petang pulak amali biologi  kena buat dan bas sekolah yg aku sewa tak nak amek aku diwaktu petang… jadi, tiada cara lain.. aku akan berjalan kaki sampailah ke rumah… kekadang jam 6 aku akan sampi setelah 40minit jalan kaki merentas jalan-jalan ladang koko yang menyeramkan tapi aku gagahkan jua untuk sampai ke rumah… disepanjang perjalanan, aku ditemani dengan bunyi-bunyi burung yang pulang ke sarang masing-masing…. akhirnya, mak suruh masuk asrama sebab dah tak sanggup tengok keadaanku yang kepenatan dan bimbang keselamatanku….

meningkat dewasa… aku teruskan kehidupan sehingga selesai menghabiskan belajar dekat U… dengan memegang kepujian kelas kedua tinggi, Alhamdulillah akhirnya aku juga berjaya melepaskan kaki di menara gading… untuk mendapatkan keputusan itu, aku rasa terlalu perit… dan aku rasa sungguh menyesal sebab tak gunakan sepenuhnya masa semasa belajar tuh untuk belajar bersungguh-sungguh sebab aku tahu, aku mampu dapat yang lebih baik dari itu… tapi aku hanyut dengan kerja part-time…

aku bukan tak dapat pinjaman PTPTN, Cuma aku tak gunakan duit tuhh tapi aku simpan untuk kemudian hari… aku gunakan duit hasil kerja part-timeku untuk belanja segala urusan assignment atau projek…. koperasi, dobi kolej kediaman adalah tempat kerjaku dan yang berterusan sehingga abes belajarku adalah kerja cyber café kolej… demi mencari duit tambahan anak manja dan kesayangan mak ayah ni sanggup bersusah payah… cuti semester, aku isi dengan kerja dengan kolej kediaman dengan menghulurkan pertolongan untuk mencantikkan dan memperbaiki kolej kediaman…. bukan tak cukup duit ptptnku… tapi aku niat nak belikan mak ayah tanah…

bukan mak tak ada tanah peninggalan arwah nenek tapi sudah menjadi kebiasaan dalam soal perebutan tanah pusaka…. sehingga sanggup adik beradik mak yang lain ‘berparang’ pulak sesama beradik… dengan nada yang sedih, mak lepaskan suma tanahnya…. dan dengan airmata mengalir, mak berkata padaku yang aku dan adikberadik yang lainlah merupakan HARTA PUSAKANYA PALING BERNILAI… ya Allah, masa tuhh mang sungguh sebak dan air mata ni mengalir juga akhirnya dengan hanya perbualan melalui telefon…. aku tak dapat menahannya dari mengalir… dan dari situ aku nekad yang aku akan kumpul duit untuk membelikan tanah buat mak ayah untuk tempat berteduh mereka….

aku tak pernah mengikuti kawan-kawanku pergi shopping sakan… aku Cuma belanja benda yg patut… aku amat bersyukur sebab aku tak pernah senang sewaktu kecil lagi, jde ini memudahkan untuk aku meneruskan kehidupanku berdikari dengan keringat sendiri dan tulang 4 kerat ini… Alhamdulillah, sebaik habis konvo aku balik ke rumah dan menjalankan segala niatku…. sekali lagi aku bersyukur kepada Allah yang tidak pernah tinggalkan aku sendiri dalam menempuhi pelbagai ujian hidupku ni dan aku berjaya juga membeli tanah untuk mak ayah dengan duit ku sebanyak RM7ribu… moga mak ayah akan sentiasa dirahmati olehNYA….

dalam meneruskan hidup, aku di uji lagi dengan kakak yg melepaskan tgjwb sbg anak… ibarat aku plak anak sulung sedangkan aku adalah anak kedua… sebak juga sebab tak dapat aku terima bagaimana seorang anak dibesarkan oleh mak ayah dengan penuh kasih sayang akan membiarkan orgtuanya tanpa sedikit bantuan kewangan dihulurkan…

aku sering terfikir, bagaimana seorang anak ‘boleh’ makan sedap-sedap… makan mewah, sedangkan mak ayah tak tahu dapat makan atau tidak… mataku ni sudah tidak mampu melihat ibuku yang sentiasa menahan sebaknya terhadap anaknya.. tapi naluri seorang ibu, mak bertahan dengan sikap anaknya… “Ya Allah, bukankah lah hati kakak ku, berikan hidayahMU buat kakak dan abang iparku”….

aku sayang mereka, tapi aku tak tahu macamana untuk menasihati mereka sebab mulut ini sering menasihati tapi bagaikan air jatuh di atas daun keladi… malah aku akan dibidas balik dengan dikatakan “ko kan tinggi sangat ilmu agamamu!”… ya Allah, hati ni sudah terlalu letih tapi aku tak akan biarkan hatiku hanyut dengan kata-kata yang akan menjatuhkan agamaku… bagiku, kata-kata itu bukan membawa kesan kepadaku… Cuma kata-kata itu telah menyebabkan mak yang terluka…  melihat air mata mak, aku tahu mak terlalu siksa dan berperang dengan anak dan menantu yg keras hatinya…

dalam pergolakkan aku mahu mendidik dan memastikan keluargaku mengikuti ajaran agama, aku tidak putus ujian dengan karenah dan ‘hentaman’ kawan-kawan yang tidak pernah menilaiku secara ‘apa yang aku lalui dan tempuhi’ sepanjang hidup ini dengan hati aku serahkan sepenuhnya pada orgtua ku…. tetapi kata-kata membinasa yang disajikan buatku… bukan kata-kata membina untuk memberiku semangat… dalam kepayahan meneruskan liku hidup ini…. aku sedikit takut, andai agamaku pulak akan di uji… “ya Allah, jangan ujian aku di atas ketidakmampuan aku menanganinya”…

aku yakin, Allah akan menguji mengikut kemampuan hambanya… ini jelas dalam firmanNYA:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir” (Surah Al-Baqarah: 286)

aku akan jadikan kata-kata ust shauqi sebagai penyuntik semangat ku… “ana yakin, sue ada kekuatan”… kata-katanya begitu terharu dan beri harapan yang besar buatku untuk teruskan dalam mencari ilmu agama… moga Allah tidak membebankan pada mereka yang telah meletakkan kata-kata menghina kepadaku, beban seperti ku… aku juga berterima kasih kepada orang-orang tertentu yang telah banyak memberikan aku nasihat dan terus berikan aku sokongan dan motivasi… dia juga merupakan salah satu dari sejarah sebahagian hidupku dan hormatku padanya tetap sebagai abang… moga dia bahagia bersama isteri dan anak2 tersayang… ameennn….

perlukah aku kufur dengan menyalahkan ‘takdir’ sebab hidup dengan kesusahan dan segala hajat belum terlaksana… nauzubillah… aku masih ada pegangan aqidah dan agama… teringat aku akan ceramah dari penceramah yang merupakan salah satu kegemaranku iaitu ust syukri yusoh iaitu ust mengatakan sesetengah org bila diuji dengan kemiskinan dan kesusahan hidup, banyak yang tidak dapat menerimanya. inilah yang akan menjadikan mereka kufur sebab menyalahkan takdir…

aku tidak akan menjadi seperti kisah gadis Bani Ma’­zhum iaitu Rithah Al-Hamqa dengan menghabiskan sisa hidupnya dengan menyulam benang-benang kemudian membukanya semula dan menyulam semula.. semata-semata kecewa dengan hidupnya dan berputus asa… cara untuk melepaskan kekecewaannya dengan membuat kerja bodoh yang tidak ada penghujungnya, tanpa memikirkan jalan terbaik untuk dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang ada dengan mendekati diri kepada Rabb… aku akan terus berusaha mencari peluang terbaik untuk diriku demi orgtuaku… moga Allah SWT membuka pintu rezekiku seluas-luasnya… ameennn…

“Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah dia selesai memintalnya kuat teguh……..” (Surah An-Nahl: 92)

sebelum menamatkan hentaman jari-jemariku ni… sedikit nasihatku pada orang luar… tolonglah jangan menilai seseorang dengan cara apa yang kita ‘lihat’ luaran dia tapi nilai lah dengan apa yang telah ‘dilaluinya’…. jangan disoal akan REZEKI orang lain sebab Allah SWT yang memberi hambaNYA rezeki, bukan hamba sesama hamba yang memberikan rezeki! bagiku, kemiskinan dan kesulitan hidup bukanlah satu BEBANAN yang berat andai kita tahu untuk apa kita ada dekat dunia ni.. iaitu tidak lain, semata-mata sekadar ‘diuji’ oleh Allah SWT… 

Biar kita miskin harta tetapi jangan kita miskin amal makruf (ilmu, akhlak dan ibadah)… sebelum itu, sedikit doa aku kongsi pada yang terbaca coretanku ini…. doa ini, baik untuk kita amalkan bagi menambahkan ilmu kita… ilmu adalah penting yang akan meningkatkan ‘darjat’ kita disisi Allah SWT… doa yang aku maksudkan ini adalah doa yang Allah turunkan kepada Rasulullah bila Rasulullah  membaca tergesa-gesa wahyuh yang disampaikan melalui jibril.  Allah SWT menegur Rasulullah kerana membaca secara tergesa iaitu dengan berfirman “janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril”. Moga dengan doa tersebut, akan menjadikan kita orang yang berilmu dan ada kekuatan dalam mencari dan menambahkan ilmu agama kita dengan cara memahaminya dan mengamalkannya….

Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Surah Thaha: 114)

 

Advertisements

12 Respons

  1. =) thanks for all the post.

    If you look at what you do not have in life;
    You don’t have anything.
    If you look at what you have in life;
    You have everything.

  2. jazakallahu khairan kathira….

    begitulah kehidupan sebenar manusia… tidak akan lepas dari UJIAN HIDUP… sama ada kita ‘bijak’ untuk menghadapi setiap mslh @ kufur di atas kejadian setiap yang telah terjadi pada qada dan qadar Allah SWT ke atas diri kita… nauzubillah… moga kita akan terus berdiri teguh di atas agama Allah…

    ngn ilmu agama yg cukup cetek ini… moga ada kekuatan terus mempertahankan aqidah dan agama ilahi ni… perjalanan dihadapan masih jauh untuk diteruskan…. perlukan bekal ilmu dan ibadah untuk sampai ke destinasi terakhir…

  3. coretan saudari sangat menyentuh hati dan buat sy berfikir..bkn sy seorang shj yg diuji dgn kesusahan demi kesusahan dlm menjalani kedewasaan.

  4. salam mimi….

    mcm tuh lah lumrah hidup dkt dunia yg penuh ngn ujian… jgn kita fikir kita yg terlalu susah ngn ujian yg dtg bagaikan lemon 🙂 , seharusnya kita sedar ada lagi org susah dari kita….

    teringat nasihat ulamak dahulu ada berpesan… bila kita berada di atas, pandanglah org2 yg di bawah kerana memandang golongan ini akan menyedarkan kita betapa ‘beruntungnya’ kita dari mereka yg lbh susah dan payah…..

    tapi bila fikir soal ibadah, pandanglah org2 di atas iaitu golongan yg kuat dan tinggi ibadahnya kerana melalui itu kita dapat memberi kesedaran pada diri sendiri betapa ‘kurangnya’ ibadah kita yg sememangnya cetek dan perlu usha untuk meningkatkan kualititynya…

    setiap manusia dilahirkan ngn 1001 sejarah kehidupan tersendiri… susah dan senang, pahit dan manis, untung dan rugi dan banyak lagi yg akan di tempuhi…. kita perlu sabar, sabar dan terus sabar…

    belajar utk bersabar ye… dunia kita bukan berakhir dkt sini…perjalanan masih jau ke hadapan dan banyak lagi destinasi kena di tempuhi…. doa sue, moga mimi terus tabah dlm menjalani hidup sbg hamba Allah…

  5. terima kasih sue..=) xsangka ms sy sdg serabut2 dgn mcm perkara, sy terjumpa blog sue.

    zaman kanak2 kita hampir serupa..latar blkg keluarga pun hampir serupa..=) saya suka blog sue ni..byk ilmu yg berguna.

    sy ni mcm sdg mencari diri sy yg dulu semula. terima kasih sue dan selamat berkenalan..=)

  6. salam mimi, makasih sbb sudi jenguk blogs sue yg tak seberapa ni 🙂 … salam perkenalan jgak dari sue..

    kekdg kita mang tak jangka mslh2 yg tetiba dtg… mcm2 kan yg kita akan hadapi…. sue pun cuma INSAN biasa, bukan malaikat dan juga bukan RASUL + NABI… iman sentiasa turun naik… tp sbenarnya kita lagi beruntung sbb kita tak akan dtg DUGAAN yg besar seperti Rasul dan Nabi kita kan… teringat dalam surah Al-BaQarah ayat 286 yg ada jelas sebut
    Allah tidak akan membebankan hambanya dengan ujian yg berat melainkan dengan kemampuan hambaNYA.

    sue pun mcm mimi… kekdg bila dah buntuh fikir mslh yg dtg, mcm2 dlm fikiran.. biasalah jiwa tak keruan.. hehehe…. tapi percaya lah suma tuh boleh kita hadapi wpun dlm jangka yg sedikit pjg kan…. byk kan baca Quran je ye kalo rasa2 kpala ni berat…. ada gak zikir yg bagus untuk hilangkan duka n sedih ni… “Allahhu Rabbi, la syarikalah” perbanyakan zikir ni pas solat n tambah ngn zikir nabi yunus masa ditelan dlm perut ikan….ni antara amalan yg simple…. ada gak doa khusus utk doa hilangkan duka ni… mcmna nak bagi mimi yer….kena baca Quran dan zikir lah petua sue disamping doa2 khusus tuk hilangkan sedih ni…

    percayalah… tak akan berakhirnya mslh kita selagi nyawa dlm jasad dan selagi roh belum dicabut… kena sabar dan tabah je menjalani hari2 penuh duka…

    ingat pesan dari Allah dalam surah Al-insyirah : 5-6
    “tiap2 kesukaran, akan ada kemudahan”…itukan janji Allah…. kita belajar tuk jadi tabah ya… sue pun masih belajar didik hati ni agar menjadi insan yg lbh tabah wpun hidup ngn rencah kehidupan yg payah dan sukar…

  7. terima kasih sue..atas semua ingatan yg sue berikn..

  8. salam sayang Sue..
    kalau nak ikutkan cerita akakpun lebih kurang sama macam ni lah sue…sebelum dpt keja kami di keji,di hina dan memacam org kata..malas,memilih keja n memacam sue…ttp kuasa Allah berkat kesabaran dapat jugak keja biarpun kontrak selama 8 tahun//masa terbuang gitu aje sue…sdgkan org lain masuk terus dapat ttp…apakah kerana oku tidak ada tempat di hati mereka?adosss sue akak terjiwang lak..bukan akak yg keja tp my hubby…itulah realiti kehidupan..akak doakan moga sue akan mendapat kebahagiaan dunia dan akherat..akak syg sue biarpun kita hanya bertemu di blog..tulus iklas..moga ukhuwah berpanjangan………

    telah ku lalui semua kepahitan itu..namun percayalah,setiap kepahitan itu akan berakhir dgn kemanisan jua..cuma bersabarlah dan berusaha serta tawakal kpdNYA…org tidak akan tahu apa masalah kita..kerana mrk bukan di tempat kita……..

  9. salam kasih sayang buat mimi…

    sue pun insan biasa… sering tersilap langkah… iman turun naik… cuma mampu terus pertahankan dan tak akan lupakan ilahi dalam seharian…. skrng ni pun sue seakan2 jau dari Rabb sbb terlalu byk mslh ngn keadan diri yg masih blum stabil ngn perasaan untuk menyayanyi juga disayangi terhadap org2 yg kita sayangi, juga tgjwb diri terhadap parents.. terlalu banyak mslh n liku…. tapi percayalah… sokongan daripd org2 yg menyanyangi kita mang sentiasa akan memberikan kita satu semangat yg kuat untuk meneruskan kehidupan…. mimi, sabar je ye… sokongan dari kwn2 juga akan menghilangkan sedikit kekusutan fikiran…. arap ada kwn2 yg sudi menjadi tempt mimi letak kepercayaan n ble jadi teman berbicara… sue juga salah seorg kwn mimi…. makasih ye sbb sudi jenguk blogs kesayangan sue ni… moga kita akan terus ingat sapa diri kita sebenar dan asal usul kepayahan yg membesar ngn kita….

  10. first time jumpa blog cam nie..
    biasa laa kehidupan dunia ni mmg mcm tu..setiap org berbeza pengalaman dan tahapnya…yg penting macam mana kita nak sukakan Allah dalam setiap amal..inysyallah.

  11. salam sayang kak iman….

    tersenyum je yang sue dapat lakukan skrng….
    sue x nafikan… org kebanyakkan mang gtu… kalo kita kaya yg ada kedudukan mang akan di ‘tabik’ dan ngaku sedara tp bila kita x miliki apa2, suma org x nak pandang kita…. sedih kan… tp itulah kehidupan sbg manusia….

    bagi sue, selagi sue x kacau hidup org, sue x bersalah kan… byk lagi benda pntng dlm idup yang sue kena fikirkan… sue kena fikir tang parent n tgjwb sue…. kasihsayang parents n adik terlalu tinggi buat sue, sue kena kekalkan kasihsayang itu selagi hayat ada…. sue berharap dpt suami yg memahami diri sue n sentisa memberi sokongan pada sue n tidak meninggalkan sue pada saat2 sue perlukan pertolongan….

    perjalanan ni terlalu pjg… kita x tau mana hayat kita berhenti…. besar harapan sue… agar impian sue terlaksana… sue nak jadi penyejuk mata n hati suami… juga jadi umi pada anak2 suami ngn memberi didikan agama secukupnya pada anak2… biarlah apa org sekeliling nak kata, yg pntng sue masih pegang pesanan Rasulullah ‘jika manusia boleh sujud, sdh pasti aku akan menyuruh isteri sujud dikaki suaminya’…..insyaAllah, sue akan jadikan pesanan itu dlm kehidupan nanti… ameeennnn… biarlah org nak kata apa…. janji kita bahagia…. betul tak 🙂

  12. salam ukhwah hadie….

    makasih sbb jenguk blogs sue ni…. jangan salah faham yer… tujuan sue CORETKAN PERJALANAN idup sue ini sbg panduan n motivasi pada org lain… bukan menjaja citer idup sendiri….

    Nawaitu sue baik, untuk jdikan ia sebagai suntikan pada org2 seperti diri sue…. sue banyak kekurangan n terlalu kerdil di mata umum… tp x bererti kita hanya mampu melihat pesekitaran kan tanpa berikan sedikit ilmu dan kata2 semangat… sbb di antara kita tak suma bernasib baik punya kuarga berkemampuan n miliki kwn2 yg faham diri kita…. tidak semua kita sebertuah itukan… lihat jer diri sue. sue x miliki kwn2 yg sentiasa bg sue kata2 smngat.. blh dihitung ngn jari… cuma sue sedikit bertuah sbb ada parents n adik yg x pernah putus menyayangi sue n ada juga insan yg sudi menyayangi diri ini setulus hatinya…. hanya itu yang sue ada….

    Mslh n liku kehidupan kan ‘rencah’ duniawi…. x akan abes selagi bernafas dkt dunia ni….. harap dpt bertahan aje kan… ngn tak terus buang Rabb dlm hidup ini….

    sue bukan alim waraq ni.. tapi sue ble bagi sedikit ilmu sebagai perkongsian ngn hadie…. untuk Allah menyayangi kita, pastikan kita juga menyayangi DIA… biar amal sikit, tapi istiqamah… itukan yang paling disukai DIA juga… n sedikit amalan harian tuk disayangiNYA… setiap malam bacalah surah sajadah… bukti kita adalah hamba n hanya DIA kita bersujud…. trylah buat…. itulah sedikit ilmu yg sue amalkan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: