Taubatku pada MU, Ya RABBI…..

tuhanku….

ku tadahkan tangan memohon ampunan

pada sejarah silam hambaMu nan lalu

di ulit mimpi ngeri kotor & noda

melayar bahtera penuh berliku & palsu

Di alam ku penuh kejahilan

tak siapa yang mampu memimpin

mendorongku ke arah mengenal tuhan

malah mencemuh & menghina,mencebik bibir

akan hinanya aku dipandang mata

Terasa hati kehilangan sinar

pelangi indah rupanya kelam

ku gagahkan jua mengubah haluan hidup

takut di humban di neraka jahanam

sebagai iktibar & pengajaran

agar ku kenal pencipta nan agung

 

Advertisements

5 Respons

  1. salam kasih sayang Sue…lamanya tak dengar crita Sue…apa khabar Sue?

    Indahnya puisi ini…sue cipta sendiri ke? akak suka nastid dari kumpulan Irsyadee taubat seorang hamba…Sue malam ni malam terkahir akademi al Quran….di tv9…

  2. Salam kasih sayang buat kak iman….

    rindunyer dekat akak… mang agak lama su menyepi ni dari aktif berblogs… keadaan tak mengizinkan tuk su mengarang maupun mencoretkan sesuatu dlm blog kesayangan su ni… apa pun su menyepi bukan bermaksud su terus menyepi dari ‘dunia blogs’…

    rindu sgt2 nak jenguk blogs akak n blogs yg lain tp keadaan pun agak sukar skrng ni.. insyaAllah akan di ushakan tuk mengaktifkan smula blogs… su sayang kak iman, moga sentiasa sihat di samping kuarga tercinta… amiinnn ya Rabbal alamin….

  3. akakpun rindu jugak..rasa macam dah kenal aje n ahaksss…Tu lah org macam akak ni sue berkawan melalui blog pun dah alhamdulillah..akakpun takde idea sekarang ni Sue..mmglah idea itupun anugerah dari Allah s.w.t..Dah pok nak tulis apa tp entahlah…akak nak sue jenguk blogspot akak..adalah citer2 sikit..http://kak-awwa.blogspot.com/

    akak sayang sue jugak..alhamdulillah kerana di anugerahkan seorang rakan blogger yg baik..harap dapat menegur kalau ada yg salah silap ya…..

  4. Alhamdulillah masih bernafas lagi kak iman….hehehe..wpun bakal jadi penganggur terhormat… xper lah, janji kita masih igt hak ALLAH yg kena dilaksanakan…. bak kata abg sue, rezeki kita suma ader, beza cuma antr cepat @ lambat aje.

    dah jenguk blogs akak tuhh, mantap plak blogs tuhh ye…. malu plak ngn blogs sue ni yg x pernah nak edit bagi cantik…hehehe…. akak dah buktikan kan yg akak pun mampu menjadi LBH BAIK dr org yg sempurna fizikal…..bukan semua org tau cipta 1 blogs tuk peribadi sdiri tp akak dah buktikan yg akak dpt wat…tahniah…. suma blogs akak menarik bagi sue….

    insyaAllah, ikatan ukhwah antr kita akan tetap terjalin… kalo sue sepi aje…. akak kirim2kan le sue mail yer….

    sue sayang kak iman… moga sekuarga sentiasa dibawa perlindungan n pemeliharaan ilahi…. ameennn

  5. salam dari aku
    mois2009.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: