Pilih Pasangan Ikut Syariat

 

ISLAM agama yang menjamin kesejahteraan kepada manusia dunia dan akhirat.

Dalam memilih pasangan, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian.

Justeru, Islam menasihati umatnya memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan dan ketenangan diidamkan men jadi kenyataan di alam rumah tangga.

Antaranya, memilih calon pasangan berdasarkan agama, taat dan berakhlak dengan keperibadian Islam.

Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi melarat, bertambah kusut, dihambur ka ta-kata kesat dan diungkit segalanya, sehingga kemanisan menjadi pudar, berganti dengan kebencian.

Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)

Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya menyegerakan perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak.

Sabda baginda bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”

Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan akidah, tidak bertakwa dan tiada kesedaran.

Pasangan suami isteri yang ideal juga bermula dengan keturunan yang baik-baik dan kerana itu Islam menasihati umatnya memberikan keutamaan kepada keturunan yang baik.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jangan dekati tum buhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan.” (Riwayat ad-Dar al-Qutni, al-As kari dan Ibnu ‘Adi)

Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang gadis yang menawan, rupa yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan seseorang tidak berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan Rasulullah secara berkias itu.

Calon pasangan suami isteri juga seeloknya bukan daripada kaum kerabat keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan ke turunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Janganlah menikah dengan kaum kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik.”

Sabda Baginda lagi:
“Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah me ngahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat.”

Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara.

Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada penilaian lain pada suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan bekas suaminya yang dulu.

Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi, maksudnya: “Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit.”

Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih pasangan.

Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.

Dalam hubungan ini ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w bermaksud: “Wahai Rasulullah saya jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berketurunan baik, berkedudukan dan kaya, cuma dia tidak boleh beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus Rasulullah s.a.w melarangnya.

Kemudian lelaki itu datang dan bertanya kepada Rasulullah kali kedua. Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama.

Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim: “Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat lemah lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu terhadap umat yang ramai.”

 

Advertisements

12 Respons

  1. jadi bagaimana dengan pmpn yg tidak boleh mengandung…
    smpai bile2 ke xboleh berkahwin?

    • salam….

      soal jodoh adalah ketentuan ilahi… jika ditakdirkan tak boleh mengandung juga qada n qadar Allah… kita kena bersangka baik pada takdir-NYA…. tiap2 kesusahan didalamnya ada kesenangan dan tiap2 kesenangan didalamnya ada kesusahan yg kita tak sedari… bgitu juga soal jodoh dan zuriat…

      ppuan yang tidak boleh mengandung juga perlukan seorg suami tuk menindunginya. malah berhak tuk menyayanyi dan menerima kasihsyg… mgkin diatas kekurangan ini (xble ada anak), tak salah jika izin suami tuk poligami… Wallahualam

  2. sallam…
    bagaimanakah sekiranya suami tidak memberi nafkah zahir dan batin secukupnya kepada anak isteri sedangkan dia behabisan wang dengan membelanjakannya kepada wanita yang baru disayangi.sanggup meminta isteri memulangkan semula segala barang yang diberikan ketika berlaku perselisihan faham.dan mengembalikannya semula sesudah ber baik.isteri bekerja dan apabila suami pergi kerja dalam keadaan baik, balik dia memaki, menengking tanpa diketahui kesalahan yang isteri lakukan.bangun dari tidur suami menengking isteri dengan panggilan yang cukup kesat setiap kali ada perempuan yang melayann dengan menghantar msg @ tpn suami.boleh dikatakan selang satu hari berlaku keadaan tegang @insiden memaki.tolonglah…

    • salam mira….

      sabarlah byk2… sejukkan hati suami ngn doa2 dari quran.. ada byk doa yg blh sejukkan n tundukkan hati keras suami… mira rujuk dalam komen sue pada kak zu ya dlm topik ‘agar sentiasa dicintai suami’

  3. salam,
    …ada kenalan seorang wanita mualaf yang bekerja sbg GRO sudah hampir 10 tahun. Suaminya seorang Islam asli, redha isterinya bekerja seperti itu utk mencukupi pendapatan isteri yang membiayai kereta dan rumah kepunyaan isteri. Suaminya kenal dgn isterinya semasa isterinya bekerja sbg GRO dan mereka telah mendirikan rumahtangga selama 5 tahun lebih. Dlm setahun kebelakangan ini mereka duduk berasingan kerana suaminya mempunyai wanita yang lain, tetapi kerap juga berjumpa antara satu sama lain.. Maka, apa perlu kita lakukan untuk membantu mualaf ini dan setakat mana. Adakah perlu kita menasihati mualaf ini dan menerangkan apa yang baik dan burok pekerjaan nya atau kita tak seharusnya mencampuri urusan rumahtangga dia.Tetapi dia masih mencintai suaminya dgn sepenuh hati dan mungkin sanggup bermadu kerana tidak mahu diceraikan. Wanita mualaf itu berumur 34 dan suaminya jauh lebih muda dalam lingkungan umur pertengahan dua puluhan. Mereka tiada anak. Mengenai nafkah, mualaf ini menganggung sendiri dari pendapatannya….ingin tahu dari segi komuniti Islam…

    • salam min…

      kita sbg org islam, kena saling mengingati, saling menasihati antra lain. istilah ‘sibuk jaga tepi kain org lain’ sebenarnya tak ada dlm islam kalo niat dan tindakan kita tuh ke arah kebaikkan (amal makruf) dan elak kemungkaran. tak salah kalo min cuba nasihatkan dgn ingatkan ‘ALAM BARZAKH n ALAM AKHIRAT’… byk kerja blh buat, napa perlu GRO yg di amek sbg PUNCA REZEKI yg akan jadi darah daging… sedangkan daging itulah yg akan dijamah oleh api neraka tuk membersihkannya kelak di akhirat. nauzubillah…

      dalam islam, suami MAKAN hasil peluh isteri adalah HARAM kecuali isteri yg beri. seorg suami tuhh ketua keluarga yg kena kuar umah mencari rezeki, isteri plak adalah mengurus umahtangga n urus anak2, bukan mengurus lelaki yg tak halal tuk dia dgn cara memberikan hiburan. cubalah dekati si isteri td dan nasihati dgn lembut. jelaskan tentang pekerjaannya yg akan mengikat dia hingga ke akhirat. selagi dia tak taubat NASUHA, selagi itulah dia akan terikat ngn dosa2 kerja GRO. didik ngn beri dia fardu ain dan cerita2 taubat org2 terdahulu… terlalu byk cerita taubat org2 terdahulu yg kita blh jadikan iktibar yg sgt berkesan. jgn rasa diri hina dgn cerita silam GRO tuh, Rabiatulluh Adawiah jugak tak lepas dari dosa sblum dapat hidayah. bila kita ingt balik cerita Rabiatulluh adawiyah, dia jugak penyanyi dan penuang arak tuk raja dan org2 kaya zaman tuhh, tapi bila dah bertaubat, dia lebih mulia dari hamba lain dan diberi DARJAT yg tinggi oleh Allah… mgkin juga si isteri tadi ble mngikut langkah Rabiatullah Adawiyah…. WallahuAlam…

      • salam dan terimakasih nursyirah,
        insya’allah kami akan cuba bantu, malahan kami dah cuba membantu dan memberi nasihat dan ada juga nampak sedikit perubahan dimana dalam seminggu dia hanya bekerja sebagai GRO 3-4 hari saja, tapi yang sedihnya suaminya tiada pun mahu membimbing dan memberhentikan pekerjaan isteri dgn paksaan malah membiarkannya sahaja asalkan si isteri masih kekal dgn nya. Tambah lagi si isteri masih berkata cintanya kepada suami masih 100% dan faham yang suaminya tak bermampu untuk membayar kereta dan rumah kepunyaan isteri, sebab itu suaminya tak melarang dia bekerja sebagai GRO…kerana tiada pekerjaan yang boleh memberi pendapatan RM 5 – 7 ribu sebulan tanpa sebarang kelulusan akademik… yang sedihnya, si isteri juga rasanya menampung segala keperluan suami sebab gaji suami yang hanya sepertiga dari pendapatan isteri…bingung juga bila difikirkan ….wasalam.

  4. Salam,

    Saya ingin mengambilnya sebagai isteri tetapi secara jujur dia telah membuat pengakuan ikhlas pada saya. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya;

    1. dia telah tiada dara (dipermainkan oleh kekasih lama)
    2. tetapi dia telah menyesal dgn perbuatan nya ini dan
    3. dia betul2 jujur dan ikhlas untuk berubah dan
    4. dia mencintai saya sepenuh hati.

    Masalah yang timbul adalah kerana kekhilafan dan kejahilan dia dimasa lampau. Adakah saya harus meninggalkan di?

    • salam…

      bagi sue, paling penting saudara lakukan adalah SOLAT ISTIKHARAH… xdpt jwp dlm masa yg singkat, try lakukan sehingga 7hari berturut2… InsyaALLAH dpt gak jawapan wlu memerlukan masa yg agak pjg. saya pun lakukan solat ni bila nak pilih sesorg tuk dijadikan suami.. Alhamdulillah, dpt gak jwpn wlu pun masa agak lama…. jgn berputus asa.. solat istikharah dulu baru letak apa2 kptusan…

      soal masa silam sesorg, jgnlah diungkit… kita x ada hak nak UNGKIT sbb hanya Allah yg akan menghakimininya. kalo nak diungkit kisah silamnya, sdgkan dia dah bertaubat n Allah terima taubatnya (andai taubatnya taubat nasuha), layakkah kita nak persoalkan… tiap manusia ada ‘aib’ msg2… jgn kita buka aib org, nti Allah buka aib kita plak… yg ptng saudara jgn aibkan dia n SOLAT ISTIQARAH dulu ya. nak pilih isteri, pilihlah yg blh dijadikan penyejuk mata n ada didikan agama bukan yg akan menyusahkan… nak hidup lama dgn sidia bukan sekadar sehari dua… rujuk pada Allah sebelum ambil apa2 tindakan…

      • Salam,

        Terima kasih banyak2 pada tuan rumah, Insyallah saya akan lakukan solat istikharah bagi mendapatkan jawapan yang tepat dan diredhai.

        Saya tiada masalah untuk melupakan masa silam dia dan tidak sedikit pun rasa ingin ungkit kan semua tu, lebih rela saya tidak mengetahui nya daripada tahu..

        Cuma di sini, saya sedikit kabur… kerana, saya sebolehnya ingin mengikut apa yang dah disyariatkan islam dalam mencari isteri. dan kes ini membuat kan saya keliru akan kedudukan dia dalam garis panduan tersebut.

        Jika diukur akan hartanya (takda masalah), keturunannya (keluarga yang baik), kecantikannya (hati tenang melihatnya) dan agamanya (lebih bagus dari dahulu), rasanya dia telah layak disini bukan?

        Cuma satu yang masih belum memuaskan hati saya, iaitu keperawanan nya. Hal keperawanan inilah yang mengganggu pemikiran saya selama ini. Sekiranya boleh dikupas di sini tentang hal di atas atau ada mungkin ada kes2 di zaman nabi, boleh lah dikongsikan bersama moga dapat dijadikan rujukan.

        Sekian terima kasih.

      • salam…

        dlm mencari pasangan hidup ni sememangnya rumit.. bukan benda yg mudah… bila bertemu dgn seseorg yg dpt menjaga agama, kehormatan diri n tgjwb sbg seorg isteri, jgn lah ditangguh2… yg sue sidikit terkejut ngn saudara ni, napa perlu ungkit KEPERAWANAN teman saudara sedangkan si dia telah berubah menjadi lbh baik n menjaga agamanya dgn kembali kepangkal jln. layak kah saudara persoalkan kenangan silam sesorg sdgkan bila sesorg tlh taubat, dia adalah lbh suci dr org yg x pernah berzina. taubat nasuha seorg hamba adalah lbh mulia dr org yg x pernah buat dosa. kita bukan Allah nak menghukum sesorg atas kesilapan masa lalunya. cuba ingat byk kisah zaman Nabi boleh dijadikan iktibar. Rabiatullah adawiyah juga x lepas dr dosa. sblum bertaubat, dia penyayi n menuang arak pada golongan2 kaya. ada jugak kisah seorg pelacur yg telah taubat n berkahwin ngn lelaki yg beriman.

        tak perlu saudara risau andai diri saudara baik, pasti dpt pasangan yg baik jgak. itulah janji Allah dlm Surah An-Nur “Lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik, lelaki yg jahat adalah utk perempuan yg jahat begitu jugak perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik dan perempuan yg jahat adalah utk lelaki yg jahat”… adil kan!

        yg ptng pilih isteri yg ada agamanya, blh jd isteri yg baik n taat pada suami, jaga kehormatan, jaga hak2 yg dipertanggungjawapkan padanya….

        banyakkan solat tahajud n solat istiqarah.. jgn pts asa… 🙂

  5. assalamaualaikum..

    kwn2 sy panggil solehah..sy seorang student foundation medic..sy thn ni mencecah 19 tahun m’jadi khalifah..sy seorang bekas penuntut sekolah agama di johor..penampilan sy stakat ni alhmdulillah sy istiqamah kan dgn memakai tudung labuh..x pon tdg lerang 60..keluarga sy biase2 saje..

    sy ade satu kemusykilan..harap2 nye ustazah dpt jawab..mcm ni..sy ade minat seorang lelaki di institut sy blaja skrg..setakat yg sy tau,tmpt die tinggal je..maknenye nk ckp kt sini,sy x brape kenal die..bercakap pon x pernah..sy jarang berckp ngn kaum adam kt kolej..cume dlm group discussion je..sy skrg ngah dlm dilema..sama ade sy nk ckp atau x pd die.sy takot pon ade jugak..segan pon ade jugak..sy da ckp kt mak ayah sy..sy ingat mule2 nye nk minx tlg ayah sy utk ckp kan kt die..tp sy hold dulu..senang cite,sy agak berkenan la pd lelaki tu..istikharah sy blum buat lagi..

    di kolej,sy simpan je..sy x ckp ngn kwn2..nnti istilah ‘perigi cari timba’ pula keluar..sy baru bace buku ustaz zaharuddin yg ade mengatakan x salah perigi cari timba..tp sy pikir2 balik,die insyaAllah akan sambung blaja dlm engineering..sy pulak medic..tujuan sy kalo bleh, sy nk ade sorang ‘pegang’ sy sblm sy keluar dari kepompong kolej yg dianggap masih selamat..kalo nk diperhati dari penampilan dan akhlak lelaki tu,sy rase insyaAllah ok..bkn nk me’lebih2’kn die..sy tau die pon ade kekurangan..sy pon byk kekurangannye..

    so,kesimpulannye kt sini..mcm mane sy nk selesaikan?? adakah sy perlu berdiam diri?? atau adakah cara yg terbaik utk beritau lelaki tu dari sudut pandangan Islam?? minta tlg ye.. sy sgt2 perlukan pertolongan org yg lbih b’pengalaman..

    sekian,wallahua’lam..
    assalamualaikum..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: