Sepintas lalu….

                    

Sepintas Lalu….

Agak lama berdiam diri dari mencoretkan sesuatu dalam blogs kesayangan ni… ngn blogs kwn2 yg slalu di jenguk suatu ketika dulu pun dah tak berpeluang nak singgah kejap… inilah kehidupan dalam meneruskan liku perjalanan sebagai HAMBA ALLAH… tak akan lari dari MSLH dan DUGAAN juga UJIAN HIDUP…. ini lah jua yang akan mematangkan diri ini… hanya kata2 semangat dari insan2 yang tersayang yg diharapkan sebagai penyuntik semangatku.

Ku ingat cerah hingga ke ptg, bila aku dah jumpa keje baru yg pada pandangan mata kasarku boss ku adalah baik dan bertangjwab terhadap diri ku… maklum, tak pernah plak dpt boss MELAYU… biasa bekeje dibawah boss cina aje…. tapi lain situasi plk ku terima sekarang… aku begitu sedih yg teramat sangat bila melihat seagama ku langsung tak mengamalkan solat 5 waktu yang dituntut…. di mana hak ALLAH yang perlu di jaga…. terkejut dan terkilan tapi aku teruskan jua berkhidmat…. sehingga satu ketika aku sudah tidak mampu untuk teruskan, bila aku solat di tegur. Aku solat sudah makan masa, org atasan ku tak mahu aku tinggalkan opis, nak aku 24jam agaknyer dkt meja ku ni…. mang terkilan sbb andai dia sebagai seorg islam dia pasti tau step mula nak beribadah… mestilah kita perlukan masa yg pjg tapi tidak lah berjam…. kena bersihkan diri dulu ngn gosok gg, amek wuduk pastu baru solat… solat pun tak kan 5 minit plak nak di buat… Ya ALLAH, banyaknya dugaanMU pada ku… dlm ku meneruskan kewajipan menyara dan membantu orgtuaku, ku di uji plak ngn ibadahku…. sedangkan yg ku harap aku mahu perbaiki ibdahku, mahu meningkatkan qualitynya…. solat itulah yg paling aku tegaskan… sehingga aku tidak akan lupa baca doa Nabi ibrahim setiap kali selepas solat, yg minta dikuatkan untuk menjaga solat.. Namun aku tetap di uji ngn solat ku…. akhirnya kesabaranku sudah sampai ke penghujung…. aku menghantar notis seminggu meletakkan jawatan…. itupun selepas aku berbincang ngn mak dan mak risau keadaan ku…. jalan terbaik, aku perlu cari keje lain yg lebih baik dan longgar aku solat….

Bukanlah aku hina dan membuka aib boss ku tuhh, cuma sedikit kesan dlm hati ku yang ku rasa begitu sakit bila solat ku ditegur sedangkan jika di fikir secara rasional dia patutnya lebih faham sbb dia juga seorg islam dan beza usia juga agak jau dari ku… perlu ker aku balas balik ngn cakap pada dia ‘ingat2 lah lubang kubur’…. tak perlu aku buat begitu, akhlak percakapanku perlu aku jaga juga agar aku tak dicampak dlm lurah neraka secara percuma.

Minggu depan aku last keje ngn opis baru ku ni… doa ku hulur agar org2 dkt sini akan diberikan HIDAYAH oleh yang esa…. agar org2 opis ni faham apa itu syurga dan apa itu SIKSA NERAKA…. Nauzubillah minzalikk…. moga kita bukan dari golongan yg rugi…. wpun ibadah terhalang ngn tugas… sehari ku pastikan jua akan sujud kepadaNYA….

Ya Allah berikan aku KEKUATANMU agar aku mampu untuk terus berdiri…. kepayahan ku mencari pekerjaan ni, akan ku ingt hingga akhir idup ku… bukan senang nak dapat keje yg stabil dan bukan mudah tangjwb kita sebagi seorg anak…. selagi mampu, akan aku jalankan kewajipan ku sbg seorg anak….  wahai ibu ku dan ayah ku sayang, sabarlah atas ketentuan qada dan qadar anak mu ini….

Advertisements

Satu Respons

  1. salam sayang Sue..lamanya tak jenguk blog Sue.ni..moga tabah ya..doakan semoga semuanya di beri hidayah oleh Allah s.w.t…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: