Main ‘zina-zina’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

 

 

Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.

Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.“Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.

“Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja,” katanya.

Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.

“Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih ‘pandai’ akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar ‘main rogol-rogol’ saja,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.

“Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan,” katanya.

Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.

Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan ‘main rogol-rogol’ itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.

“Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik,” katanya.

Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.

Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti ‘main rogol-rogol’ bersama adik saudaranya.

Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.

Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.

 

4 Respons

  1. salam sayang Sue..apa khabar?akakpun terkejut baca tajuk ni Sue..mengucap panjang..rasa gerunnya nak jaga anak2 zaman sekarang ni Sue..zaman akak dulu hanya tahu main masak2…ttp anak2 sekarang? Sebagai ibu bapa pedulikan lah anak2 kita..periksalah dalam beg sk anak2..tp entahlah sue..tak boleh salahkan mam bapak jugak kalau vcd yg tak senonoh tu senang dapat..ttp rasanya kalau di tanam sedari kecil…dan terangkan dengan cara ygt baik..rasanya tidak akan berlaku perkara sekeji itu…dan ibu bapapun jgnlah nak simpan2 cd2 yg tak bermoral ni dalam rumah……..entahlah sue pening pk masalah kegawatan akhlak zaman sekarang ni……..

  2. Ya Allah, selamatkanlah si anak kecil ini…….

  3. salam kak iman n nur hakim… moga sihat hendaknya…

    mslh kanak2 ni mang sdh jadi kebiasaan zaman skrng… bagi sue, didikan yg sempurnah dari ibu n ayah itu yg penting…. ibu n ayah yg mencorakkan idup anak2…. anak2 tuh mudah dibentuk… jde bila salah bentuk maka terpesonglah idupnya… membesar ngn dunia fantasi org2 dewasa…. smpi x kenal mana dosa n pahala…. zina pun di anggap main2….

    tapi bila kita didik anak2 itu dengan sempurna didikan agama… pasti anak2 akan tahu beza mana dosa n pahala… akan kenal apa itu ‘zina’ yg hanya boleh dilakukan untuk hubungan suamisteri yang dah sah dari hukum syarak….

    time sue kecek dulu2 pun, sue hanya tahu panjat pokok buah n terjun sungai….hehehe… kanak2 zaman skrng mang paras kritikal kalo tak diperhatikan setiap masa….

    sbg ibu bapa.. jgn kita tertinggal ‘doa’ untuk generasi kita… sgt2 penting dlm membentuk peribadi hidup anak2…. amalkan lah berterusan doa nabi ibrahim juga nabi zakaria agar zuriat baik dari sisi ALLAH…. n doa penyejuk hati keluarga…. jagalah warisan sebaik2nya…

  4. nauzubillah..kecik2 pun dah terdedah dengan perkara2 tak baik mcm..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: