Sabar senjata lebih hebat berbanding bom nuklear

SABAR adalah sifat suci dalam Islam. Malah, ia satu daripada empat dasar perlembagaan hidup bagi seorang Islam, seperti dalam surah al-Asr, iaitu keimanan, beramal soleh (baik) serta ingat mengingati mengenai kebenaran dan kesabaran.

Ia sering diulang dalam kitab al-Quran, menunjukkan pentingnya sifat sabar. Bahkan lebih banyak disebut ber banding sifat lain. Menurut Imam al-Ghazali, sifat sabar disebut al-Quran lebih 70 kali, manakala Ibnu Qayyim mengatakan, kira-kira 90 kali.

Nah, begitu banyak sifat sabar ditegaskan dalam al-Quran, menunjukkan ia bukan sebarang sifat, sebaliknya sifat yang utama, perlu diberikan tumpuan oleh manusia, khususnya mereka yang menjadikan Islam amalan hidup, iaitu golongan beriman.

Justeru, tentu ia wajar diberi perhatian, direnung dan diambil untuk menjadi perhiasan di dalam diri setiap orang, kerana gunanya tidak mengira waktu, keadaan dan tempat.

Menurut bahasa, sabar ialah menahan diri, manakala sudut istilahnya ialah menahan dan menanggung diri, daripada perkara yang tidak disukai Allah, daripada perkara yang disukai nafsu, daripada apa jua yang dituntut kewarasan akal dan kebenaran syarak, semata-mata mengharap reda Allah.

Dapatlah disimpulkan, sabar adalah satu sifat membabitkan berbagai-bagai nama dan makna, mengikut jenis perkara yang kita disuruh supaya menahan diri atau menanggung diri daripada melakukannya, malah menanggung suatu kesulitan sama ada bersifat fizikal atau spritual.

Contohnya, menahan diri daripada satu-satu keinginan nafsu, yang disebut juga ‘al-iffah’, menahan diri daripada kenikmatan (dabtun nafs), menahan diri daripada sifat marah, menahan diri daripada membocorkan rahsia dan menahan diri daripada keseronokan hidup.

Sifat sabar tidak ada pada haiwan dan kerana itulah haiwan tidak dapat menahan diri daripada keinginan semulajadinya, seperti keinginan makan dan hubungan kelamin.

Oleh itu, tidak hairan jika haiwan makan sesuka hati dan semahu-mahunya tanpa mengira kepunyaan sesiapa. Malah, apabila berahinya memuncak, tanpa mengira tempat me ngadakan hubungan kelamin. Ini kerana haiwan tiada sifat sabar.

Manusia saja yang dikhususkan Allah dengan sifat sabar, bahkan ia adalah sifat asasi bagi anak Adam kerana dengan sifat inilah dapat menjamin usaha mengekalkan kelangsungan hidup dan mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang.

Dalam menempuh cabaran duniawi, sabarlah yang men jadikan seseorang manusia tahu menggunakan budi bicara, pertimbangan dan tolak ansur. Tanpa sifat itu pasti manusia hanyut dan tenggelam dalam arus dunia yang tidak kenal erti belas dan kasihan.

Kerana sifat itu memainkan peranan penting, ia semestinya tersemat pada diri setiap individu. Menurut Ibnu Qayyim, sabar itu adalah wajib, secara ijmak umat, iaitu pada ke seluruhannya tetapi tidak secara terperinci.

Ulama berpendapat, hukum ini berasaskan kepada nas, seperti pada ayat 200, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah ke sabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan ne gerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu ber untung.”

Sifat sabar wajib bagi orang Islam, manakala secara ter perinci (khusus) hukumnya berbeza bergantung kepada perkara dan bahan yang disabarkan, misalnya sabar dalam melakukan perkara wajib, hukumnya wajib, sabar pada perkara makruh atau sunat, hukumnya sunat.

Banyak bidang dikaitkan dengan sabar, antaranya sabar atas kesusahan dan bala bencana yang menimpa, seperti kefakiran, kelaparan, kesakitan, masa peperangan atau dalam ketakutan, kehilangan wang dan harta benda.

Manusia juga dinasihatkan bersabar atas keinginan nafsu, yang menjadi urusan syaitan, sabar atas kemewahan orang lain seperti orang kafir, sabar dalam melakukan ketaatan, berdakwah dan sabar dalam melalui kehidupan berma syarakat.

Nafsu tidak mengenal erti puas, kehendak tidak memahami keterbatasan, malas sentiasa menghimpit diri, bercampur baur dengan rasa kesukaran. Sekiranya sifat sabar tidak berfungsi sebaik-baiknya, sudah tentu anasir terbabit me musnah diri.

Ini kerana jika diturutkan nafsu, akhirnya diri menjadi lesu dan tidak bermaya, diikutkan kehendak hati (seperti mahu itu dan ini, bahkan mahu mengata dan berbuat sesuatu sesuka hati) nanti badan yang merana, malas pula tidak membawa diri ke mana-mana, bahkan disisih kawan dan lawan.

Justeru, pendek kata sifat sabar amat diperlu semua orang, baik golongan pelajar, pendidik, pendakwah, masyarakat awam atau golongan pemimpin, tua atau muda, remaja atau dewasa, cuma yang berbeza keadaan dialami.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: