Antara cinta dan nafsu

Cinta dan nafsu bagaikan dua saudara kembar yang sulit dipisahkan. Cinta kadangkala membuat seseorang menjadi buta dan mendewakan ‘hawa nafsunya’ daripada akal sihatnya. Cinta dapat membuat seseorang mabuk dan mengorbankan kehormatan dan norma dirinya sendiri. Cinta membuat seorang raja bagaikan seorang hamba sahaya dan cinta seringkali diatasnamakan oleh orang-orang yang mengejar kenikmata untuk memuaskan hawa nafsunya belaka.

Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta antara dua anak manusia tetapi islam mengajarkan untuk menempatkan perasaan cinta itu dalam tempat yang sewajarnya. Islam mengajarkan bahawa kecintaan kepada Allah dan Rasul-NYA haruslah lebih utama daripada kecintaan kepada lawan makhluk

Dengan memiliki kecintaan ini nescaya dua orang yang sedang saling mencinta akan tetap menjaga cintanya tetap suci jauh dari tingkahlaku yang dilarang Allah dan Rasul-NYA yang akan mengotori cinta itu sendiri. Kecintaan seperti inilah yang akan mengubati rasa sakit akibat cinta itu dan menumbuhkan perasaan kasih sayang yang tulus ikhlas.

Islam sangatlah melarang untuk menempatkan rasa cinta terhadap sesuatu diatas kecintaan bukan kerana Allah dan Rasul-NYA kerana kecintaan seperti itu hanyalah akan membawa malapetaka dan bukanlah kebaikan. Firman Allah SWT,

“ dan diantara mannusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman amat sangat cintanya kepada Allah” (Surah Al-Baqarah: 165)

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“tidaklah seseorang diantara kalian beriman sehingga aku menjadi orang yang lebih dia cintai daripada anak dan bapanya serta semua manusia” (HR Ahmad)

Kecintaan yang tulus kepada Allah dan Rasul-NYA memberikan ketenangan dalam hidupnya terhadap persoalan-persoalan cinta serta mengawal gejolak nafsunya kepada hal yang diredhai Allah. Kecintaannya kepada Allah dan Rasul-NYA yang mampu menahan godaan-godaan yang lebih diakibatkan nafsu berahi  yang mampu menjerumuskannya dan kekasihnya ke jalan yan dimurkai Allah. Kerana cinta yang tulus dan murni itu datangnya hanyalah dari Allah sebagai sebuah fitrah yang harus disyukuri bukan diderhakai.

Satu Respons

  1. Ya, cinta itu anugerah yang tak ternilai drp Allah swt…Namun ramai yang tidak tahu menghargai anugerah yg telah diberikan pada nya.
    Cinta kepada manusia jika bukan kerana Allah swt mampu membinasakan dan mengotorkan hati. Seolah-olah cinta telah menghalalkan apa yang diharamkan. Sehingga maksiat kecil pun dipandang nya remeh..

    Berpndukan kata-kata diatas, sy sangat la bersetuju..krn sy mempunyai seorg sahabat yg sgt mnjaga tingkah laku dan kesopanan nya suatu ketika dahulu…setelah pernah dilanda kekecewaan trhadap cinta pertama…akhirnya Allah swt mmberi nya satu lagi cinta baru…yg tidak bagus nya utk cinta yang kedua ini, dia seakan2 memandang remeh soal perbuatan yg boleh mndatangkan mksiat kecil…hilang segala kesopanan..dan dia seakan smakin berani dgn tndakkan nya bersama kekasih hati walaupun suatu ketika dulu dia sangatlah menegah perbuatan tersebut. Cinta yg membuta kan nya atau dia yg membutakan cinta….?
    Pernah sy menegur nya tentang hal ni, malang nya dia menjawab ” Eleh, belum bercinta lagi boleh la ckp itu ini…esok2 kalau dh bercinta entah-entah dia yg lagi over”.Mcm tu la reaksi nya. Memang panas hati sy mendengar, tp sy bersabar memandangkan dia adalah sahabat yg sudah lama sy kenal. Sy amat takut jika dia terlalai-lalai dan terhanyut….lebih merisaukan sy apabila perbuatan yang pernah dikecam nya dulu kini dia pula yang lakukan…..sy tak tahu dimana pendirian nya? Bg sy dia seolah2 spt ‘ CAKAP TAK SERUPA BIKIN’…
    Inilah salah satu contoh bila gagal mengawal diri kerana asyik dibuai perasaan cinta manusia yang konon nya ingin berlandaskan agama tetapi masih melakukan perkara-perkara yg dilarang dan ditegah.
    Saya amat berharap dan sentiasa berdoa agar Allah swt tidak memesongkan nya dan menjauhi kedua-dua nya dr segala maksiat mahupun besar atau kecil. InsyaAllah~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: