Dalam ketidaksedaranku…

 

 

Dalam ketidaksedaranku

Dalam kelekaanku

Dalam kehanyutanku

Didunia yang tidak aku ketahui

Aku tidak menyangka

Ada hati yang terusik

Hati yang sakit

Hati yang tertekan

Hati yang tergores

Hati yang terpendam penderitaannya

Hati yang mengharap pengertian seseorg

Hati yang terluka

Hati yang bimbang dan gusar

Hati yang tercalar kesakitan

Hati yang sanggup menjadi ‘lilin’ demi kebaikkan insan disayangi

Di mana ketidakpedulianku??

 

Antara kasih dan sayang

Antara hormat menghormati

Antara kerelaan yang hakiki

Antara rasa rendah diri

Antara ketulusan hati

Di mana rasa belas simpatiku terhadap kaum sejenisku?

Dan di mana rasa sayangku pada orang yang ku sayangi?

Antara dua insan buat aku betul-betul bercelaru

 

Hanyut didalam duniaku sendiri

Dunia yang aku cipta dengan ‘harapan’

suatu impian

suatu kasih sayang yang hakiki

suatu ikatan yang kukuh

suatu persaudaraan sesama agama

suatu jalinan yang suci

suatu pengorbanan yang ikhlas

Di mana kesudahan kisah perjalananku ini??

Di mana penghujung jalan kisahku ini??

 

Ya Allah,

Tolonglah aku yang lemah ini

Jangan biar aku terus hanyut dalam ketidakpedulianku

Dengan org-org yang aku sayangi

Letakkan mereka kukuh dlm hatiku

Jangan biarkan aku menjadi manusia yang tidak bertimbang rasa

Lembutkan hati-hati mereka yang berkaitan denganku

Agar mereka dapat menerimaku

Dengan keikhlasan yang tulus

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: