Di mana aku sekarang?

 

Ini bukan diriku

Ini bukan hatiku

Di mana aku sekarang?

Siapa aku sekarang?

Mengapa aku seakan-akan tidak kenali diri ini

Sebelum ini, aku bukan di sini

Mengapa perlu aku sebegini

Perlukah aku berubah sebegini

Aku sememangnya insan biasa

Tidak punya mukjizat mahupun maksum dari dosa

Mengapa aku tunduk

Mengapa aku terleka

Mengapa aku hanyut

Mengapa aku cintakan duniawi dan keseronokan

Mengapa aku tewas dalam permainan ‘cinta’

Mengapa aku tunjukkan perhatian sebelum ku milikinya

Mengapa aku memenangkan insan bergelar manusia

Mengapa aku belakangkan Rabb ku

 

Bukan ini sepatutnya aku lakukan

Bukan ini sebetulnya tanda kasih sayangku

Bukan ini jalan terbaik aku tunjukkan perhatian kasih sayangku

Tapi dengan doa tidak putus untuknya

Agar dia sentiasa disayangi Rabb

Diampunkan segala dosa dan dipermudahkan segala urusan duniawinya

Perlukah aku merebut hatinya

Dengan kemungkaran…

Perlukah aku menarik hatinya

Dengan melekakan dan menjatuhkan imannya…

Perlukah aku mengikuti segala kemahuan

Demi meletakkan diriku dalam hatinya…

Dia juga manusia biasa sepertiku

Punya rasa ingin disayangi dan menyayangi

Aku silap dalam melayarkan cintaku padanya

Dengan iman yang sedikit

Mampukah aku menjaga ia

Mengapa aku harus memenangkan ia

Hanyutkan perasaan…

 

Rupanya, sudah terlalu lama

Air mata ini tidak mengalir kerana takutkan azab Allah

Sudah lama mata ini tidak menjamah santapan rohani ilmiah

Dek kerana kesibukan kerja seharian

Aku rindu diriku yang lepas

Di mana diriku yang dulu

Di mana kenikmatan ibadah aku rasakan dulu

Di mana perginya airmata ketakutan dan rindu sebut nama ilahi

Di mana menghilang kenikmatan zikir dikala subuh menjelang

Di mana hilangnya kekuatanku dulu

Di mana perasaan syahdu merinduiMU ya Rabb

Di mana air mata ini yang selalu menangis di atas kejahilan masa lalu

Hanya sepi yang menemani aku dikala seperdua malam itu

Itulah rutin hidupku sebelum tidur

Tapi…. sekarang seakan-akan bukan diriku lagi

Ku diduga dengan pelbagai ujian

Ku lihat orang2 didepan mataku dan disekelilingku

Rupanya semua dengan 1001 ragam dan feel

Hanya dengan pandangan yang  sayu yang dapat aku buat

Baru terasa beratnya tangungjawab sebagai insan bergelar MANUSIA

Mudah leka dan hanyut dibawah kemodenan duniawi

 

Tolong aku ya Rabbi

Kembalikan diriku yang dulu

Kuatkan hatiku menerima petunjukMU

Kuatkan hatiku meneruskan amalan harianku padaMU

Jangan pesongkan aku menjadi orang-orang yang FASIK

Aku tidak mampu memikul segala dosa

Aku terlalu lemah

Aku tidak mampu berdiri tanpaMU

Ampunkan segala dosa-dosa ku ya Rabbi

Dosa yang sengaja dan tidak sengaja aku lakukan

Aku tidak sanggup KUFUR kepadaMU

Jagalah hatiku dan

Pegang hatiku dengan kuat ya Rabbi

 

“Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam mentaatMU dan tetapkanlah hatiku menurut agamaMU”…. ameennn ya Rabbal alamin…

 

 

 

Tinggalkan komen