Hatiku yang jauh…

 

 

 

Dalam mencari erti kehidupan

Aku tidak dapat lari dari kemungkaran

Lemahnya aku…

Semakin ku cuba menjauhi kemungkaran itu tetapi

Semakin ia dekat dan

Semakin kuat ia menggodaku…

Baru ku sedar

Lemahnya imanku…

Di antara sayang dan kasih

Ada terselit ‘dosa’ secara tidak sedar

Ataukah aku yang buat-buat tak sedar?

Mengapa harus begini

Bukan ini yang aku pinta…

Kuatkah hatiku mengingatimu Ya Allah…

Dalam leka dan hanyut dibawa arus dunia

Aku masih takut azabMU…

Terlalu jauh aku meninggalkanMU

Bantu aku Ya Allah…

Bisakah aku buang apa yang telah aku lalui

Masih bisakah aku pertahankan kesucian seorang  wanita

Secara zahiriah dan batiniah

Bantu aku Ya Allah…

Aku tidak mampu mempertahankan aqidahku Tanpa MU….

2 Respons

  1. Nursyirah, baca blog awk betul2 menenangkan hati saya. Terima kasih tulisan awk byk membantu. Kita ni tau byk, tp selalu lupa..bila baca nukilan ikhlas mcm ni…jd teringat blk..balik pd Yang Maha Penyayang. Teruskan berkarya =)

  2. salam sayang nur ain…

    sue luahkan semua persoalan dan liku hidup dlm blogs ni… inilah JIWA sue…. sue bukan x punya kawan tapi rasa tenang menyuarakan kekusutan dlm blogs kesayangan sue ni… serba sederhana dan byk perlu ditingkatkan…

    sememangnya kita manusia, bukan malaikat n bukan juga para rasul… sentiasa lalai…. leka…. adatlah dunia ni kan dibuat terlalu indah pada mata kasar kita… hakikatnya tak ada nilai bila difikir secara mendalam… penuh dengan mslh, dugaan, ujian dan rintangan demi rintangan… itulah tujuan dunia ni dicipta….

    kekdg kita tak dapat bertahan ngn mslh yang timbul bagaikan lemon… kena terus sabar n sabar jer…. sentiasa muhasabah diri spy tidak terus hanyut….
    insyaAllah, sentiasa dlm lindungan Rabb…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: