Penyebab DOA Tidak Termakbul

 

Bolehkah kita mendapat kasih sayang Allah sedangkan setiap apa yang kita lakukan terhijab di sebalik dosa-dosa kita atau perbuatan-perbuatan mungkar yang Allah benci kita lakukan. Tentu sekali setiap amalan dan ibadah yang dilakukan jika diiringi hijab akan sia-sialah di sisi Allah.

 

Di antara ibadah yang perlu diperhatikan agar tidak dicampurkan dengan maksiat dan mungkar ialah DOA. Rasulullah SAW telah bersabda 

 

“Doa itu adalah otak ibadah”.

 

 Ertinya doa itu adalah sesuatu  yang sangat penting di dalam ibadah. Dan di dalam mencari rasa kehambaan, berdoa adalah merupakan satu jalan yang sangat penting untuk memohon hajat, keampunan dan rahmat.

 

Oleh itu untuk dikabulkan doa, maka perlulah dijaga perkara-perkara yang menyebabkan amalan atau doa seseorang itu ditolak antaranya:

 

 

Dosa dengan ibu bapa

 

Ibu bapa adalah insan yang bersusah payah melahirkan kita di dunia ini, juga bersusah payah membesar dan memberikan segala kemewahan dan kesenangan kepada kita. Itu semua adalah pengorbanan mereka buat kita agar kita menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Sesiapa yang menderhakai kedua ibu bapa atau menyakiti hati ibu bapanya bererti Allah murka kepadanya dan ia akan dicap sebagai anak yang derhaka. Doa anak yang derhaka tidak diangkat oleh para malaikat ke hadrat ilahi.

Oleh tu walau berapa banyak ibadah dan doa dilakukan, tidak akan ada perubahan dan peningkatan pada dirinya kerana doanya tertolak. Jadilah mereka ini orang yang rugi di dunia dan akhirat.

 

 

Dosa dengan suami

 

Bagi seorang isteri, suaminya adalah wasilah (jalan) untuknya mendapatkan keredhaan Allah. Bersabda Rasulullah SAW.

 

“Apabila seseorang wanita tetap bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, mematuhi suaminya, maka dapatlah dia memasuki syurga” (Riwayat Al-Bazzar)

 

 

Dosa dengan guru

 

            Guru merupkan oarng yang bertangjawab mendidik dan mengasuh kita, maka segala perintah dan suruhnnya wajib ditaati. Jauhilah daripada menceritakan atau mendedahkan keaiban guru yang mendidik kita. Sekiranya guru tersebut berkecil hati dengan sikap dan tindakan kita maka akan berlakulah beberapa perkara pada diri kita seperti:

 

1.     Susahnya menerima ilmu pengetahuan

2.     Gelap hati atau keras hati untuk menerima kebenaran

3.     Malas beribadah, walaupun beribadah tetapi cuai dan lalai

4.     Doa dan amalan tidak dinilai oleh Allah SWT

5.     Tidak dapat membaiki diri kea rah akhlak yang terpuji dan mulia

 

 

Dosa kerana menzalimi atau menganiaya orang lain

 

Golongan orang yang suka menganiayai dan menzalimi orang termasuk juga orang yang suka mengumpat, menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka dan suka menyakiti hati orang lain sama ada dengan lidah, dengan perbuatan atapun dengan tindakannya, doa dan amalannya tidak akan dinilai oleh Allah SWT.

 

 

Maksiat dan dosa tanpa TAUBAT

 

            Amalan terhijab tidak dinilai kerana banyak dosa yang dilakukan. Hati yang berdosa tanpa ada rasa penyesalan adalah hati yang dikutuk oleh Allah SWT kerana merasa senang hati dengan maksiat seolah-olah mencabar Allah SWT.

 

 

Makan daripada barang yang haram

 

            Bagaimana mungkin Allah menerima amalan orang yang berdoa sedangkan dia makan dan pakai daripada barang yang haram. Sesungguhnya Allah itu tidak menerima amalan yang bercampur dengan sesuatu yang haram.

 

           

Satu Respons

  1. Assalamualaikum…

    Mohon copy untuk peringatan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: